Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber

Wednesday, April 27, 2011

Perkara Yang Membatalkan Solat

 Perkara Yang Membatalkan Solat  
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Menurut mazhab al-Syafi’i, perkara yang membatalkan solat adalah seperti di bawah.

1. Jika salah satu syarat rukun solat tidak dikerjakan atau sengaja ditinggalkan.

2. Berlaku hadas kecil atau hadas besar.

3. Terkena najis secara langsung yang tidak dapat dimaafkan pada badan, pakaian atau tempat solat.

4. Berkata-kata dengan perkataan yang bukan lafaz dalam solat, dengan dua perkataan yang boleh difahami.

5. Terbuka aurat dengan sengaja sehingga kelihatan ¼ daripada anggota wuduknya. Walau bagaimanapun, sekiranya dengan pantas ia menutup kembali, maka tidak membatalkan solat menurut al-Syafi’I dan Hambali.

6. Makan dan minum walaupun sedikit kerana ia bertentangan dengan sifat solat. Solat juga batal jika makan dengan banyak walaupun dalam keadaan terlupa. Demikian menurut al-Syafi’I dan Hambali.

7. Mengubah niat ketika sedang solat, misalnya berniat memutuskan solat.

8. Bergerak besar mana-mana anggota berturut-turut sebanyak tiga (3) kali, seperti melangkah atau berjalan. Demikian menurut mazhab al-Shafi’i. Maksud “berturut-turut” ialah apabila dikira setiap satu pergerakan terpisah dengan yang lain. Bagaimanapun, pergerakan yang sedikit tidak embatalkan solat berdalilkan kepada tindakan Nabi s.a.w. yang pernah membuka pintu untuk Aisyah semasa Baginda sedang solat.

Rasullah s.a.w. juga pernah mendukung cucunya bernama Umamah, yang mana semasa solat Baginda s.a.w. meletakkan di tepi ketika sujud dan apabila ingin bangkit berdiri, Baginda s.a.w. kembali mendukungnya (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

9. Beralih dada dari arah kiblat tanpa uzur yang kuat menurut Hanafi dan al-Shafi’I. Maliki mempunyai pandangan lain.

10. Menambah rukun yang berupa perbuatan seperti rukuk dan sujud.

11. Ketawa terbahak-bahak. Jika sekadar senyum, ia tidak membatalkan solat.

12. Mendahului imam.

13. Murtad (Terkeluar daripada agama Islam)

Sumber: 
Formula Solat Sempurna oleh Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman, terbitan Telaga Biru Sdn Bhd.

Dari Majalah Solusi keluaran Isu 26.


1 comment:

MSG-Zone

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket

Blog Untuk Download