Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber

Thursday, May 17, 2012

Khasiat Bangun Pagi

Assalamualaikum Semua :)

Apa khabar? Kali ini di kesempatan ini saya hendak kongsikan kelebihan bangun di awal pagi. Semoga pengkongsian ini akan memberi manfaat kepada kita semua. untuk mengetahuinya jom teruskan membaca.. Semoga kita dapat mengamalkannya untuk kebaikkan diri kita dan orang sekeliling kita. Insya-Allah.

Khasiat Bangun Pagi
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas


Pukul berapakah kita biasanya bangun daripada tidur? Jika hari bekerja atau sekolah, mungkin kita mampu untuk bangun dengan lebih awal. Namun jika hari cuti umum, adakah kita mampu untuk bangun seperti hari-hari lain? Amat rugi jika kita menghabiskan waktu yang sangat bermanfaat itu untuk tidur. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Ya Allah berilah keberkatan kepada umatku pada waktu pagi.”

Sebagai orang Islam, tujuan kita bangun di awal pagi adalah untuk menunaikan solat Subuh. Paling baik, jika kita dapat menunaikanya secara berjemaah di masjid. Namun manfaat bangun awal pagi bukan sahaja memberikan pahala yang besar kerana solat di masjid. Bahkan ia sebenarnya mengandungi banyak manfaat dari sudut kesihatan. Maka sebab itulah Islam amat menggalakkan kita untuk bangun di awal pagi dan juga tidak menggalakkan kita tidur selepas waktu subuh.

Berikut merupakan manfaat yang kita perolehi dengan bangun di awal pagi:

1. FIKIRAN MENJADI LEBIH SEGAR.

Bangun seawall 6 pagi sebelum matahari terbit dapat membuatkan fikiran kita menjadi lebih segar dan ia mampu mengurangkan tekanan dan stress dalam diri kita. Fikiran yang segar akan membuatkan kerja-kerja yang dilakukan pada hari tersebut menjadi lebih efeien dan efektif. Hormon-hormon kortisol mula meningkat dalam badan kita untuk menyediakan badan kita bekerja dengan berkualiti.

2. DAPAT MENGAMBIL SARAPAN.

Bangun di awal pagi membolehkan kita mengambil sarapan dengan selesa sebelum ke pejabat atau sekolah. Sarapan merupakan amalan yang sangat penting kerana ia membekalkan tenaga kepada otak dan juga seluruh badan kita untuk aktiviti seharian. Bahkan kajian menunjukan pengambilan sarapan pada awal pagi tidak akan menyumbang kepada kegemukkan kerana makanan yang dimakan akan cepat dihadam dan digunakan oleh badan kita yang mengalami kadar metabolism yang tinggi pada waktu itu. Sebaliknya jika tidak mengambil sarapan, ia boleh merosakkan sel-sel otak kita kerana kekurangan glukosa dan sumber tenaga.

3. DAPAT MELAKUKAN AKTIVITI SENAMAN PAGI.

Senaman pada waktu pagi merupakan satu aktiviti yang sangat baik kepada kita. Bahkan senaman pada waktu pagi membolehkan kita menyedut udara yang sangat bersih dan nyaman. Pastinya kita tidak akan temui udara sebersih itu pada waktu lain kerana ia akan dicemari oleh habuk-habuk dan juga asap-asap kenderaan. Kita juga akan dapat menikmati pancaran cahaya matahari pada waktu pagi yang sangat bermanfaat untuk kita terutama sekali bagi menjana vitamin D demi kebaikkan tulang dalam badan kita.

4. TIDAK TERGESA-GESA DAN TERBURU-BURU.


Jika kita bangun lewat, tentu sekali kita akan tergesa-gesa dalam mempersiapkan segala sesuatu dalam satu masa. Kerja yang dilakukan dengan tergesa-gesa akan membuahkan hasil yang tidak menarik. Bahkan, kita akan tertinggal banyak barang yang penting seperti dompet, buku dan sebagainya kerana kita tidak memfokuskan kepada sesuatu yang kita lakukan pada waktu itu. Jadi bangun lewat pagi membolehkan kita merancang aktiviti kita dengan sempurna dan terancang.

  Dari Majalah Gen-Q Isu 3
.

1 comment:

MSG-Zone

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket

Blog Untuk Download