Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber
Showing posts with label Info Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Info Ramadhan. Show all posts

Monday, August 08, 2011

Dapatkan Bonus Ramadan

Assalamualaikum Semua.. :)

Bonus apa tu? kuih raya ke? Baju raya ke? atau duit raya? sebenarnya bukan itu yang ingin disampaikan. Apa yang dimaksudkan dengan Bonus Ramadan ini ialah berdasarkan Hadis yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. Apa Hadis itu? Jom sama-sama kita baca seterusnya... semoga Ramadan ini merupakan Ramadan yang membawa keberkatan sekaligus kita memperoleh bonus-bonus tersebut. :)

 5 Bonus Khas Ramadan

Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadan iaitu:

Bonus 1 :
Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah.
Bonus 2 :
Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.
Bonus 3 :
Allah memperindahkan syurga-Nya setiap hari dan berfirman: “Hampir-hampir hamba-hamba-Ku yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu” (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.)
Bonus 4 :
Syaitan-syaitan dibelenggu tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadan.
Bonus 5 :
Mereka mendapat keampunan pada akhir malam (orang yg beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya). Mengenai bonus ke-5 ini, ada sahabat bertanya kepada Baginda Sallallahu ‘alaihi wa salam : “Ya, Rasullullah, apakah itu berlaku pada Lailatulqadar?” Baginda menjawap : “Bukan, tetapi pelaku kebaikkan akan disempurnakan pahalanya sesuai menyelesaikan amalannya.” (Riwayat Ahmad)
Dari Majalah Solusi keluaran Isu 34.

Wednesday, July 20, 2011

Puasa

Assalammualaikum semua yang berkunjung ke sini...

Puasa ialah menahan lapar dan dahaga daripada makan dan minum. Entri sebelum ini juga ada kaitan dengan puasa iaitu Latih Diri Berpuasa entri tersebut membantu kita untuk membiasakan diri kita dengan berpuasa,.Namun kali ini, message yang hendak disampaikan ialah info mengenai puasa iaitu golongan yang dikecualikan berpuasa, hari-hari yang disunatkan berpuasa, hari-hari yang diharamkan untuk berpuasa dan puasa yang wajib dilakukan. jom kita baca seterusnya. mudah-mudahan bertambah pengetahuan kita Insya-Allah...


Puasa
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas


Golongan yang dikecualikan berpuasa

1. Orang kafir.

2. Orang gila.

3. Kanak-kanak yang belum baligh.

4. Perempuan nifas.

5. Perempuan haid.

6. Orang sakit.

7. Musafir.

8. Orang yang terlalu tua.

9. Perempuan hamil, jika berpuasa boleh memudaratkan.

10. Perempuan yang menyusukan anak jika memudaratkan anak kerana kekurangan susu.

Hari-hari yang Haram Berpuasa
1. Dua hari raya (1 Syawal dan 10 Zulhijah)

2. Tiga hari tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijah)

3. Hari Syak (30 Syaaban)

4. Berpuasa hari Arafah di Arafah
Hari-hari Sunat Berpuasa
1. Enam hari dalam bulan Syawal.

2. Hari Arafah (Bagi mereka yang tidak menunaikan haji).

3. 10 Muharam (Puasa Asyura) dan sehari sebelumnya (9 Muharam).

4. Hari Isnin dan Khamis.

5. Tiga hari setiap bulan Hijrah (13, 14 dan 15).

6. Berpuasa sehari dan berbuka sehari (Puasa Nabi Daud a.s.).

7. Puasa awal Muharam.

8. Puasa bulan Syaaban.
 Dari Majalah Solusi keluaran Isu 18.

Tambahan Info:

Puasa yang diwajibkan
1. Sebulan di bulan Ramadhan.

2. Orang yang bernazar untuk berpuasa (Sekiranya apa yang di nazarkan berhasil).

3. Puasa kifarat atau denda

Wednesday, September 03, 2008

Ramadan bulan keberkatan

Assalamualaikum Semua :) 

Oleh Idris Musa
idris@hmetro.com.my

PUASA ialah menahan diri daripada segala yang membatalkannya sepanjang hari, bermula dari terbit fajar hingga tenggelam matahari disertakan dengan niat.

Ia diwajibkan kepada umat Islam pada Ramadan.

Ia difardukan atas umat Islam pada bulan Syaaban, tahun kedua Hijrah. Puasa Ramadan ialah satu daripada rukun Islam yang lima, sebagaimana ditegaskan al-Quran dan hadis, (maksudnya):

“Dari Ibn Umar, r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Islam itu dibina dan ditegakkan di atas lima dasar (lima rukun), iaitu mengucap dua kalimah syahadah (dengan menyakini serta menerangkan kebenaran) bahawa sesungguhnya tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan sesungguhnya Nabi Muhammad pesuruh Allah, mendirikan solat, memberi zakat, berpuasa pada bulan Ramadan dan mengerjakan haji ke Baitullah". (Hadis Sahih Riwayat Muslim)

Puasa Ramadan wajib ditunaikan bagi orang Islam yang mencukupi syaratnya, dengan menahan diri daripada makan minum serta hubungan seksual, malah semua perkara yang boleh membatalkannya sebagai satu amal ibadat kepada Allah s.w.t.

Ibadat itu mampu merapatkan jurang perbezaan di kalangan manusia terutama antara si kaya dan miskin kerana sama-sama berlapar dan menahan dahaga.

Malah, ia menyumbang kepada kesihatan akal dan jasmani seseorang, melatih diri bersabar, menahan kehendak nafsu dan melahirkan sifat lemah-lembut, tolak ansur, belas kasihan dan prihatin terhadap sesama manusia.

Ditinjau dari sudut sejarah, puasa bukan saja dilakukan umat Islam, tetapi turut diamalkan generasi terdahulu.

Al-Quran ada menegaskan, maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa.” (al-Baqarah: 183)

Nabi Adam dan Hawa manusia pertama berpuasa untuk membersihkan diri daripada keterlanjuran kerana memakan buah khuldi yang menjadi larangan Allah ketika mereka di syurga.

Bahkan, Nabi Adam diperintahkan tidak memakan buah khuldi, ditafsirkan ulama sebagai suatu bentuk puasa pada masa itu. “Dan Kami berfirman: Wahai Adam, diamilah kamu dan isterimu syurga ini dan makanlah makanan yang banyak lagi baik di mana saja kamu suka dan janganlah kamu dekati pohon ini yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.” (al-Baqarah: 35)

Nabi Idris, iaitu keturunan keenam Nabi Adam, memberikan beberapa nasihat, antaranya ialah kesabaran yang disertai iman kepada Allah membawa kemenangan, orang yang bahagia adalah orang berwaspada dan mengharapkan syafaat dari Allah dengan amal solehnya dan apabila memohon sesuatu kepada Allah, berdoa dengan mengikhlaskan niat termasuk dengan solat dan puasa.

Putera Nabi Ayub, iaitu Nabi Zulkifli sanggup menerima amanah raja untuk berpuasa pada waktu siang dan beribadat pada malamnya serta sanggup bersabar.

Nabi Musa bersama kaumnya berpuasa selama 40 hari. Dalam surah Maryam, dinyatakan Nabi Zakaria dan Maryam sering mengamalkan puasa.

Nabi Daud pula berpuasa secara selang-seli, iaitu berpuasa secara selang sehari dan puasa baginda diibaratkan Allah sebagai puasa yang amat mulia.

Perkara ini dinyatakan Nabi Muhammad s.a.w melalui sabdanya yang bermaksud: “Puasa yang amat dikasihi Allah adalah puasa Nabi Daud yang berpuasa sehari dan berbuka sehari.”

Nabi lain yang dikatakan turut berpuasa ialah Nabi Daniel, Nabi Musa, Nabi Isa dan golongan penyokongnya yang dikenali sebagai al-Hawariyun.

Nabi Musa ketika bermunajat kepada Allah di Bukit Tursina selama 40 hari 40 malam, berpuasa daripada memakan roti dan meminum air. Selepas diselamatkan Allah daripada buruan Firaun dan tenteranya, Nabi Musa juga berpuasa bersama kaum Bani Israel.

Nabi Isa diriwayatkan pernah berpuasa selama 40 hari, manakala di kalangan penyokongnya iaitu al-Hawariyun, mereka berpuasa daripada makan daging, ikan, telur dan susu.

Begitupun, cara puasa generasi terdahulu tidak dinyatakan secara jelas dan terperinci baik melalui wahyu Allah atau pernyataan daripada Nabi mahupun ulama melalui penulisan mereka.

Saidatina Aisyah r.a menceritakan, seperti yang diriwayatkan Hisyam bin 'Urwah, bahawa orang Quraisy Arab selalu menjalankan puasa pada bulan Asyura walaupun untuk sehari.

Namun sejak Allah melantik Muhammad sebagai rasul-Nya, puasa dilaksanakan pada Ramadan, manakala puasa pada bulan 'Asyura masih disyariatkan tetapi berada dalam status sunat.

Nabi Muhammad s.a.w sendiri sebelum diangkat menjadi rasul mengamalkan puasa tiga hari setiap bulan dan turut mengamalkan puasa Asyura (10 Muharram).

Berpuasa pada 10 Muharam sebenarnya turut menjadi amalan orang Yahudi dan Nasrani di Madinah. Amalan berpuasa pada hari itu terus menjadi amalan Rasulullah selepas hijrah Baginda ke Madinah hingga turun ayat kewajipan puasa Ramadan pada tahun kedua hijrah.

Orang Yahudi di Madinah mewarisi amalan puasa daripada Nabi Musa yang diriwayatkan berpuasa bersama-sama kaumnya selepas mereka diselamatkan Allah daripada buruan Firaun dan bala tenteranya.

Syeikh Muhammad Ali as-Sabuni dalam kitabnya Tafsir Ayat-Ayat Hukum menjelaskan puasa yang difardukan kepada orang Yahudi dan Nasrani juga sebulan, tetapi mereka sengaja menukar waktu dan bilangan harinya yang sepatutnya dilakukan selama sebulan itu hingga menjangkau 50 hari.

Ini kerana ahli kitab kadangkala meminda jumlah hari puasa ketika musim panas atau sejuk dengan alasan terlalu sejuk dan panas, lalu mereka menukar puasa itu pada musim bunga.

Sesetengah ulama mengatakan, puasa pertama kali disyariatkan pada zaman Nabi Nuh a.s dan tetap dilaksanakan sehingga zaman Muhammad. Malah, Ibnu Katsir dalam tafsirnya mengatakan, sejak Nabi Nuh hingga Nabi Isa, puasa diwajibkan selama tiga hari pada setiap bulan.

Tetapi penulis kitab Tafsir Ruh-l-Ma'ani, Syihabuddin al-Alusi , berhujah dengan berdasar hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abdullah bin 'Umar lebih percaya puasa Ramadan disyariatkan sejak Adam a.s. Al-Zamakhsari melalui kajiannya juga menegaskan puasa amal ibadah yang sudah lama.

Melihat kepada hadis diriwayatkan Abdullah bin Umar dan beberapa faktor lain seperti proses penurunan syariat yang tidak diawali sebab tertentu serta beberapa hal lain, jelas menunjukkan puasa pada Ramadan memang disyariatkan kepada manusia sejak sekian lama tetapi diselewengkan umat terdahulu.

Ini boleh diterima kerana kerasulan Nabi Muhammad s.a.w untuk membimbing manusia kepada jalan Allah, meluruskan dan memperkuat kembali syariat yang diturunkan-Nya selepas golongan sesat dan perosak menyelewengkan ajaran terbabit sehingga menimbulkan kekeliruan.

Apabila mengetahui puasa juga ibadat generasi terdahulu, sewajarnya umat Islam tidak berasa ibadat itu sesuatu yang membebankan kerana jika orang dahulu boleh berpuasa, mengapa tidak kita hari ini?

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket

Blog Untuk Download