Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber

Wednesday, July 13, 2011

Latih Diri Berpuasa

Assalamualaikum semua rakan-rakan blogger dan pengunjung.

Sudahkah kita bersedia untuk berpuasa di bulan Ramadan? Jika belum jom baca entri kali ini, Semoga kita dapat menunaikan kewajiban berpuasa di bulan Ramadan dengan lebih sempurna. Kepada yang belum menggantikan puasa cepat-cepatlah gantikan.. Maklumlah Bulan Ramadan dah semakin dekat.... :)

Latih Diri Berpuasa
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas


Ramadan semakin hampir, apakah yang telah kita lakukan untuk menempuhinya? Rasullah s.a.w. telah mempersiapkan dirinya sejak bulan Syaaban lagi untuk menyambut Ramadan. Baginda membuat pelbagai persiapan sama ada secara fizikal ataupun mental.

Diriwayatkan daripada Aisyah r.ha.: “Rasullah s.a.w. berpuasa sehingga kami mengira Baginda tidak berbuka, dan Baginda berbuka sehingga kami mengira Baginda tidak berpuasa. Tidaklah kami melihat Rasullah menyempurnakan puasanya sebulan penuh selain bulan Ramadan, dan tidaklah kami melihaty beliau berpuasa lebih banyak selain bulan Syaaban.” (Riwayat al-Bukhari)

Antara hikmah berpuasa pada bulan Syaaban adalah sebagai persiapan dan kebiasaan untuk melaksanakan puasa wajib pada bulan Ramadan nanti, kerana orang yang belum terbiasa berpuasa terkadang terlupa bahawa mereka berada pada bulan Ramadan.

Abul Razzaq bin ‘Amr bin Dinar meriwayatkan bahawa seseorang datang menemui Abu Hurairah r.a. lalu mengadu: “Aku berpuasa, tetapi aku makan dan minum kerana lupa.” Abu Hurairah menjawab: “Tidak mengapa, Allah-lah yang telah memberi makan dan minum kepadamu.”

Tidak lama kemudian, orang tersebut mengadu lagi kepada Abu Hurairah: “Selepas itu, aku berkunjung ke rumah yang lain. Aku terlupa (untuk kali kedua) dan aku telah makan lagi.” Beliau berkata: “Engkau orang yang belum terbiasa melaksanakan puasa.”

Bagi orang soleh, mereka mempersiapkan diri mereka dengan rapi untuk menyambut kedatangan Ramadan. Muhasabah diri kita, apa yang telah kita lakukan sebagai persiapan menghadapi bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.

 Dari Majalah Solusi keluaran Isu 33.

No comments:

Post a Comment

MSG-Zone

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket

Blog Untuk Download