Perlukah kita membaca Bismillah sebelum membaca surah al-Fatihah? jika ya apakah bacaan Bismillah itu perlu kuat atau perlahan? Okey, Entri kali ini saya hendak kongsikan sedikit info yang dapat menjawab persoalan tersebut. Jom kita jenguk info tersebut....
Membaca Bismillah (Basmalah) Sebelum Al-Fatihah:
Kuat atau Perlahan?
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas
Pandangan Ulama | | Keterangan |
Membaca Secara perlahan | | Merupakan amalan sahabat Nabi s.a.w. antaranya Abu Bakar, Ali, Ibn Mas’ud, Ibn Zubair, Ammar dan Ijtihad ulama seperti Imam Abu Hanifah dan Ahmad. (Al-Mughni, jld.2, hlm. 27) Anas berkata: “Aku solat bersama Rasullah s.a.w. dan Sayidina Abu Bakar, Sayidina Umar dan Sayidina Uthman dan tidak kudengari seorang pun antara mereka yang membaca Bismillahir rahmannirrahim (dengan kuat)” (Riwayat Muslim) |
Membaca secara lantang (jahr) | | Imam al-Syafii’I, Said Ibn Jubiar, Ata’ bin Abi Rabah dan Mujahid berpandangan: Ijtihad mereka didasari oleh riwayat yang menunjukkan Nabi s.a.w. menguatkan basmallah. Ini bertepatan dengan hadis Rasullah s.a.w. yang bermaksud: “Apa-apa yang diperdengarkan oleh Rasullah s.a.w. maka kami akan memperdengarkannya kepadamu (dengan menguatkan bacaan) dan apa-apa yang Baginda perlahankan, kami turut memperlahankannya.” (Riwayat al-Bukhari) |
Tidak perlu sebut | | Ia pandangan Imam Malik dan hanya sunat dibaca ketika solat sunat. Manakala hadis-hadis yang berkenaan membacanya secara kuat, sekali lagi diperdebatkan oleh para ulama. Terdapat juga hadis yang melemahkan keseluruhannya. Namun Ibn Hajar membawakan hadis berikut sebagai salah satu pegangan dalam mazhab Syafi’i: “Sekumpulan sahabat membaca basmallah secara kuat: iaitu Umar al-Khattab.” (Musannaf Ibn Abi Syaibah, jil.1, hlm. 362 no.4156) Ibn Zubair, mu’awiyah dan lain-lain. Namun masih terdapat komenter kerana telah sabit juga mereka tidak membaca basmallah secara jhar, antaranya hadis sahih di atas. |
Kesimpulan
Diharuskan membaca basmalah secara jahr semasa solat jahr terutamanya apabila diyakini ijtihad yang menganggao basmalah adalah salah satu daripada surah al-Fatihah. Dalam hadis yang bermaksud: “Apabila kamu membaca al-Fatihah, maka bacalah basmalah kerana sesungguhnya ia Ummul Quran dan tujuh pujian yang diulang-ulang dan basmalah adalah salah satu daripada ayatnya.” (Riwayat al-Daraqutni)
Dalam hadis lain yang bermaksud: daripada Nu’aim Ibn al-Mujmir berkata: “Aku solat di belakang Abu Hurairah r.a., maka beliau membaca basmalah dan kemudian membaca al-Fatihah sehingga akhir. Lalu Abu Hurairah berkata: ‘Demi nyawaku di tangan Allah, sesungguhnya solatku adalah yang paling hamper kepada Rasullah s.a.w.’”
Petikan Formula So;at Sempurna, Ustaz Zaharuddin Abd Rahman. Telaga Biru Sdn Bhd.
Dari Majalah Solusi keluaran Isu 33.
No comments:
Post a Comment
MSG-Zone