Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber

Monday, August 15, 2011

Bagaimana Al-Fatihah di Belakang Imam

Assalamualaikum Semua... :)

Perlukah makmum membaca surah al-Fatihah apabila kita solat berjemaah? Untuk mengetahui jawapannya mestilah baca sampai habis entri ini.. semoga pengkongsian ini dapat memberi kita pengetahuan tentang solat. Ini juga penting sila baca Berhati-hati Membaca Surah Al-Fatihah dan Membaca Bismillah (Basmalah) Sebelum Al-Fatihah: Kuat atau Perlahan?

Bagaimana Al-Fatihah di Belakang Imam
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Ada pandangan menyatakan makmum wajib membaca al-Fatihah di belakang imam, berdasarkan hadis berikut: “Sesiapa yang mempunyai imam (ketika solat), maka bacaan imam adalah bacaannya.” (Riwayat al-Dar Qutni)

Ini berdasarkan kepada hadis yang berikut:

Rasullah s.a.w. menunaikan solat Subuh di mana pembacaan Baginda agak berat (kerana terganggu) dan tatkala tamat solat, Baginda bersabda yang bermaksud: “Aku dapati kamu membaca (al-Quran) di belakang imam kamu.” Sahabat menjawab: “Ya mengapa, wahai Rasullah?” Baginda berkata: “Jangan kamu berbuat demikian kecuali bacaan Umm al-Quran kerana tidak sah solat bagi sesiapa yang tidak membaca Fatihah.” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Rasullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Jangan sesekali seseorang kamu membaca apa jua daripada al-Quran tatkala aku (sebagai imam) mengeraskan bacaan kecuali bacaan Umn al-Quran (al-Fatihah) (Riwayat al-Dar Qutni, Ahmad)

Terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban dan sanadnya bertaraf hasan menurut al-Hafiz Ibn Hajar yang bermaksud: “Jangan kamu membaca kecuali al-Fatihah (di belakangh imam).” (Nay al-Awtar, jil, 2, hlm. 511)

Kesalahan Biasa Ketika Membaca al-Fatihah
1. Membaca tanpa wakaf.

2. Berhenti (wakaf) di tempat yang dilarang berhenti.

3. Bertukar makraj huruf-huruf.

4. Melalaikan pembacaan di tempat yang perlu tasydid; iaitu di 9 tempat.
Menyebut ‘Amin’ di Akhir Al-Fatihah.

Lafaz ‘Amin’ bererti “perkenankanlah” disunatkan untuk makmum mengucapkan bersama-sama imam. Ia berdasarkan hadis Abu Hurairah yang bermaksud: “Apabila imam mengucapkan lafaz ‘Amin”, para malaikat turut sama mengaminkannya bersama-sama imam kerana sesungguhnya sesiapa lafaz aminnya bertepatan dengan lafaz para malaikat, diampunkan baginya dosa yang terdahulu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Jika imam lupa menyebut ‘amin’, para makmum boleh menguatkan “amin” bagi mengingatkan imam kerana ia adalah termasuk dalam perkara sunat. (Al-Mughini, jil 2, hlm. 38)

Saktah Sebelum dan Selepas al-Fatihah

Sunat jika menjadi imam bagi solat berjemaah untuk saktah (berhenti sebentar) sebelum dan selepas membaca al-Fatihah dan sebelum memulakan bacaan surah. Ia adalah ijtihad mazhab Syafi’I dan Hambali. (Al-Mughini, jil 2, hlm 40)

Dari Majalah Solusi keluaran Isu 34.

No comments:

Post a Comment

MSG-Zone

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket