Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber

Tuesday, September 13, 2011

Kata-kata Mutiara Imam Syafii tentang Kehidupan

Assalamualaikum Semua :)

Entri kali ini saya hendak kongsikan kata-kata mutiara daripada Imam Syafi'i tentang kehidupan... Semoga memberi pedoman dan panduan kepada kita semua agar sentiasa melihat diri sendiri agar tidak terpesong dari landasan sebenar... Selamat membaca... :)

"Ya Allah, Bukalah jiwaku ini kepada perkara-perkara yang baik-baik sahaja" Amin

Kata-kata Mutiara Imam Syafii tentang Kehidupan
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

1. Belajarlah imlu fiqah sebelum kamu menjadi ketua kerana jika tidak kamu tiada kesempatan untuk mempelajarinya.

2. Menuntut ilmu lebih baik daripada sembahyang sunat.

3. Sesiapa benar dalam persaudaraan dengan sahabatnya diterima alas an-alasan, ditutup kekurangan dan diampun kehinaannya.

4. Sesiapa hendak kepada dunia maka hendaklah dia mencari ilmu dan siapa-siapa berkehendak kepada akhirat, juga hendaklag dia mencari ilmu.

5. Seseorang tidak akan Berjaya dalam menuntut ilmu melainkan dia menuntut semasa dalam kemiskinan.

6. Sesiapa menuntut ilmu hendaklah dia mendalaminya, tanpanya kehalusan ilmu akan hilang.

7. Kemiskinan orang berilmu ialah kemiskinan ikhtiar. Manakala kemiskinan orang jahil ialah kemiskinan kesusahan.

8. Insan yang paling tinggi darjatnya ialah yang tidak melihat darjatnya. Dan insan yang paling mulia ialah insan yang tidak melihat kemuliaannya.

9. Persahabatan dengan orang yang tidak takut kepada keaiban akan mendapat malu di hari akhirat.

10. Orang yang menjaga maruah sentiasa dalam perjuangan.
 Dari Majalah Gen-Q Isu 2.

1 comment:

MSG-Zone

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket

Blog Untuk Download