Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber

Saturday, November 05, 2011

Sifat Bakhil

Assalamualaikum Semua :)

Siapa kat sini yang ada sifat kedekut atau bakhil? Kalau takde baguslah. tapi kalau ada atau pernah ada boleh la baca entri ini sampai habis. Mudah-mudahan ia dapat memberi keinsafan kepada diri kita... Jom baca selanjutnya... :)

Sifat Bakhil
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Ya Allah Jauhkanlah Hatiku daripada dipengaruhi sifat bakhil. Amin.

Abu Bakar Al-Siddiq r.a. memberi nasihat: “Orang yang bakhil atau kikir tidak terlepas daripada salah satu daripada tujuh perkara:

1. Ketika dia mati, hartanya akan dewarisi oleh orang yang akan menghabiskannya kepada sesuatu yang tidak berfaedah.

2. Allah akan membangkitkan pemimpin zalim yang akan merenggut seluruh hartanya setelah menyeksanya terlebih dahulu.

3. Allah menggerakkan dirinya untuk menghabiskan harta bendanya.

4. Muncul idea pada dirinya untuk mendirikan bangunan di kawasan bencana sehingga satu ketika bangunan tersebut habis runtuh.

5. Dia ditimpa musibah yang memusnahkan hartanya, seperti banjir, terbakar, kecurian dan sebagainya.

6. Dia ditimpa penyakit kronik sehingga habis hartanya dibelanjakan untuk mengubati penyakit tersebut.

7. Dia terlupa di mana hartanya disembunyikan.
  Dari Majalah Gen-Q Isu 3.

Wednesday, November 02, 2011

Membasni Maksiat

Assalamualaikum Semua :)

Kita sering dengar kempen membasmi kemiskinan, namun saya bukanlah hendak buat entri berkenaan membasmi kemiskinan. Tapi entri saya kali ni hendak berkongsi tip untuk kita membasmi maksiat. Zaman sekarang di mana-mana saja ada maksiat, malah dalam dunia teknologi maklumat lagilah mudah untuk kita terlibat dengan maksiat. Okeylah walaupun entri ini ringkas tapi diharapkan ia dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang membaca entri ini.. Mudah-mudahan kita sentiasa terhindar daripada melakukan maksiat. Insya-Allah.

Membasmi Maksiat
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas
Nabi s.a.w. mengajar kita agar menjauhi daripada Mendengar perkara-perkara yang dibenci oleh Allah: Melihat perkara-perkara yang dibenci oleh Allah: Bercakap perkara-perkara yang dibenci oleh Allah: Dan apa sahaja yang menjurus kepada perlakuan maksiat.
Perlaksanaan menghindari daripada terjerumus kea rah kemaksiatan:
1. Aktif melakukan perkara yang berfaedah supaya dapat menghilangkan fikiran pada perkara negative.

2. Hendaklah menundukan pandangan daripada melihat perkara-perkara yang mengajaknya kepada melakukan maksiat.

3. Melakukan perkara-perkara yang dihalalkan bagi mengurangkan kecendurungan melakukan maksiat.

4. Memikirkan akibat buruk melakukan perkara larangan itu semasa hidup di dunia lagi.
 Dari Majalah Gen-Q Isu 3.

Tuesday, November 01, 2011

Komputer Manusia vs Komputer Allah s.w.t.

Assalamualaikum Semua :)

Entri kali ini saya hendak sambung pasal DNA. Sebelum ini saya telah kongsikan betapa hebatnya ciptaan Allah. Kali ini saya hendak memperlihatkan pembandingan teknologi ciptaan manusia dengan teknologi yang telah dicipta oleh Allah s.w.t. Jom baca seterusnya mudah-mudahan terbuka minda kita dan merasai kebesaran Allah s.w.t.

Komputer Manusia vs Komputer Allah s.w.t.
Sumber Gambar - Google Je

Pada zaman kecanggihan teknologi sekarang, manusia menggunakan computer untuk menyimpan maklumat. Ia dianggap teknologi yang paling maju bagi enyimpan dan menguruskan sesuatu maklumat. Pada peringkat awal penciptaanya, saiz sebuah bilik. Namun kemampuannya untuk menyimpan sesuatu maklumat sangat terbatas. Perkembangan teknologi membolehkan saiznya menjadi semakin kecil dan keupayaannya untuk menyimpan maklumat semakin baik sehinggakan banyak maklumat boleh disimpan di dalam sebuah mikrocip yang kecil.

Namun kehebatan teknologi manusia masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan teknologi penyimpanan maklumat di dalam sel yang dicipta  oleh Allah s.w.t. “computer” yang Allah s.w.t. ciptakan ini terlalu kecil sehingga tidak mampu dilihat dengan mata kasar. Namun kehebatanya menyimpan maklumat tidak dapat ditandingi oleh mana-mana komputer yang paling canggih yang pernah diciptakan manusia.



Entri ini ada sambungannya.... 

Entri Berkaitan: : 


 Dari Majalah Solusi keluaran Isu 35.

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket

Blog Untuk Download