Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber
Showing posts with label Pedoman. Show all posts
Showing posts with label Pedoman. Show all posts

Saturday, December 10, 2011

Belajar Dari Kesilapan

Assalamualaikum Semua

Entri ini saya hendak mengajak pengunjung mengenal apa dia KESILAPAN.... Pernahkah anda melakukan kesilapan? sudah tentulah pernah sebab tiada manusia yang tidak membuat kesilapan. Mari kita belajar dari KESILAPAN kerana ianya banyak pengertian.. Bahan ini saya ambil daripada Facebook kawan... Semoga ianya memberi manfaat yang berguna untuk kita dalam memperbaiki diri... Insya-ALLAH.. :)



Belajar Dari Kesilapan
SUMBER GAMBAR: Google je


KESILAPAN adalah GURU untuk kita PELAJARI …
KESILAPAN adalah CERMIN untuk kita PERHATI …
KESILAPAN adalah MUSUH untuk kita JAUHI …
KESILAPAN adalah MIMPI untuk kita RENUNGI …
KESILAPAN adalah KESESATAN untuk kita TIDAK ULANGI …

dan

Dengan KESILAPAN kita belajar erti KEJAYAAN
Dengan KESILAPAN kita belajar erti KESABARAN
Dengan KESILAPAN kita belajar erti KECEKALAN
Dengan KESILAPAN kita belajar erti KEBENARAN
Dengan KESILAPAN kita belajar erti KEBERANIAN
Dengan KESILAPAN kita belajar erti SEBUAH KEHIDUPAN....

SAYA MAHU BELAJAR DARI KESILAPAN KERANA IA SANGAT BERERTI.... :)

Saturday, November 05, 2011

Sifat Bakhil

Assalamualaikum Semua :)

Siapa kat sini yang ada sifat kedekut atau bakhil? Kalau takde baguslah. tapi kalau ada atau pernah ada boleh la baca entri ini sampai habis. Mudah-mudahan ia dapat memberi keinsafan kepada diri kita... Jom baca selanjutnya... :)

Sifat Bakhil
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Ya Allah Jauhkanlah Hatiku daripada dipengaruhi sifat bakhil. Amin.

Abu Bakar Al-Siddiq r.a. memberi nasihat: “Orang yang bakhil atau kikir tidak terlepas daripada salah satu daripada tujuh perkara:

1. Ketika dia mati, hartanya akan dewarisi oleh orang yang akan menghabiskannya kepada sesuatu yang tidak berfaedah.

2. Allah akan membangkitkan pemimpin zalim yang akan merenggut seluruh hartanya setelah menyeksanya terlebih dahulu.

3. Allah menggerakkan dirinya untuk menghabiskan harta bendanya.

4. Muncul idea pada dirinya untuk mendirikan bangunan di kawasan bencana sehingga satu ketika bangunan tersebut habis runtuh.

5. Dia ditimpa musibah yang memusnahkan hartanya, seperti banjir, terbakar, kecurian dan sebagainya.

6. Dia ditimpa penyakit kronik sehingga habis hartanya dibelanjakan untuk mengubati penyakit tersebut.

7. Dia terlupa di mana hartanya disembunyikan.
  Dari Majalah Gen-Q Isu 3.

Tuesday, May 31, 2011

Apa Itu Nafsu?

Assalamualaikum dan Salam Mesra.

Hari ini Message yang ingin disampaikan pada diri sendiri dan semua pembaca ialah berkaitan dengan nafsu. Apa itu nafsu? Semoga kita terlepas daripada lingkungan nafsu-nafsu yang merosakan hati kita. Jom teruskan membaca....

 Apa Itu Nafsu? 
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas


Nafsu itu tempat berkumpulnya kekuatan amarah dan syahwat (keinginan) dalam diri manusia. Di sinilah terkumpulnya sifat-sifat tercela, dan sentiasa mendorong diri manusia itu kea rah kejahatan.

Daripada nafsu itulah timbulnya sifat mazmumah sepeti hasad dengki, pemarah, takbur, gila pujian, cintakan dunia, penakut dan lain-lain lagi. Itulah akibat buruk apabila nafsu dibiarkan dan tidak dididik. Nafsu adalah generator kejahatan dalam tubuh badan manusia.

Imam Al-Ghazali mengumpamakan nafsu sebagai kuda yang liar. Jika tidak tirdidik kuda itu akan mengamuk dan menjatuhkan orang yang menunggangnya. Sebaliknya jika Berjaya dijinakkan, kuda itu dengan mudah dapat ditunggang mengikut mana jua hala tujuan.

Begitulah nafsu, jika dididik dengan betul ia boleh membawa kepada kebaikan.

Dorongan nafsu yang berbeza-beza ini dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran. Antaranya ialah nafsu mutma’innah yang sifatnya tenang dan bebas daripada gangguan kejahatan.

Firman Allah s.w.t.:
yaa ayyatuhaa alnnafsu almuthma-innatu


27. Hai jiwa yang tenang.

irji'ii ilaa rabbiki raadiyatan mardhiyyatan


28. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya.

(Surah al-Fajr 89: 27-28)

Adakalanya nafsu belum stabil. Kebaikan yang dilakukan belum terasa indah, namun apabila berbuat kejahatan terasa pula kekesalanya. Nafsu ini dinamakan nafsu lawwamah.

Firman Allah s.w.t.:
walaa uqsimu bialnnafsi allawwaamati


2. dan aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali (dirinya sendiri) [1531].

[1531] Maksudnya: Bila ia berbuat kebaikan ia juga menyesal kenapa ia tidak berbuat lebih banyak, apalagi kalau ia berbuat kejahatan.

(Surah al-Qiyamah 75: 2)

Dan kedudukan yang paling parah apabila nafsu berada di peringkat ammarah bi al-su’ – Yakni nafsu yang tunduk seratus peratus kepada kehendak syahwat dan syaitan.

Firman Alla s.w.t.:
wamaa ubarri-u nafsii inna alnnafsa la-ammaaratun bialssuu-i illaa maa rahima rabbii inna rabbii ghafuurun rahiimun


53. Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang.

(Surah Yusuf 12: 53)

Dari Majalah Solusi keluaran Isu 25.


Friday, May 27, 2011

Pengaruh Dalam Berkawan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kali ini Message yang ingin dikongsikan kepada semua berkaitan dengan pengaruh dalam berkawan. Kita sedia maklum bahawa kawan merupakan guru yang paling berpengaruh dalam kehidupan sesorang. Jika tersalah pilih kawan nescaya ianya akan mengakibatkan masa depan menjadi tidak menentu. Walau apapun, pilihan diri kita yang buat dan akibatnya kita juga yang akan menanggungnya... Tidak salah berkawan tapi berhati-hatilah dalam membuat penilaian.

Padah Pengaruh Kawan Yang Jahat.
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

“Guru” Kejahatan 

Kejahatan itu bermula dengan sedikit-sedikit. Atas pujukan atau ajakan kawan-kawan, mula-mula sekadar mencuba-cuba, dengan kejahatan. Kemudian ia menjadi perkara biasa dan terbiasa. Akhirnya hilang rasa bersalah apabila membuat kejahatan itu. Mereka sama sekali tidak sedar atau tidak ambil peduli kesan buruk perkara jahat itu terhadap diri dab orang lain.

Inilah antara pengaruh kawan-kawan kepada anak-anak kita.

Misalnya dalam menipu ibu bapa. Mula-mula serba salah antara mahu menipu ataupun tidak. Namun apabila melihat ibu bapa boleh atau mudah ditipu, anak-anak akan menjadi terbiasa. Apabila Berjaya dikesan oleh ibu bapa, mereka akan menafikan dan mencari helah, maka terjebak kepada menipu lagi.

Antara akhlak buruk akibat silap memilih kawan ialah bercakap kotor, mencarut, melawan cakap orang tua, terlibat dengan vandalism, ponteng sekolah, merokok dan sebagainya. Biasanya perkara-perkara buruk tersebut tidak terhenti di situ sahaja, malah akan menular kepada perbuatan buruk yang lain.

Hilang Minant Untuk Belajar

Perkara yang paling ketara apabila anak-anak cenderung kepada kejahatan ialah mereka mula tidak minat untuk belajar. Keseronokan membuang masa dan membuat sesuatu keburukan secara “team work” ini telah menutup hati mereka. Bagaimana hendak menerapkan ilmu di ruang hati jika ia dikotori dosa-dosa dan mazmumah?

Justeru, berusahalah dan bimbinglah anak-anak kita supaya menjadi Mukmin dan teman Mukmin kawan-kawannya.

Rasullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Janganlah engkau berteman kecuali dengan seorang Mukmin.” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi).

Dari Majalah Solusi keluaran Isu 31.

Tuesday, May 03, 2011

Saham-saham Ke Neraka

Saham-saham ke Neraka

Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Berikut disenaraikan beberapa perkara yang boleh menghumbankan sesiapa yang mempunyai satu (1) atau lebih cirri-ciri berikut ke neraka jahanam:
  • Syirik kepada Allah iaitu menyekutukan Allah dengan sesuatu sama ada dalam rububiyyah, uluhiyyah mahupun nama-nama dan sifatsifat-Nya.
Allah berfirman :

laqad kafara alladziina qaaluu inna allaaha huwa almasiihu ibnu maryama waqaala almasiihu yaa banii israa-iila u'buduu allaaha rabbii warabbakum innahu man yusyrik biallaahi faqad harrama allaahu 'alayhi aljannata wama/waahu alnnaaru wamaa lilzhzhaalimiina min anshaarin




72. Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya Allah ialah Al Masih putera Maryam", padahal Al Masih (sendiri) berkata: "Hai Bani Israil, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu". Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya surga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun.
(Surah al-Ma’idah 5:72)

  • Kufur kepada Allah, para malaikat, kitab, rasul, hari kiamat, qada dan qadar Allah.
  • Mengingkari salah satu daripada rukun Islam yang lima (5)
  •  Mengolok-olokkan Allah, agama-Nya atau rasul-Nya. Benarlah Firman Allah:


wala-in sa-altahum layaquulunna innamaa kunnaa nakhuudhu wanal'abu qul abiallaahi waaayaatihi warasuulihi kuntum tastahzi-uuna



65. Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan manjawab, "Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja." Katakanlah: "Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?"


laa ta'tadziruu qad kafartum ba'da iimaanikum in na'fu 'an thaa-ifatin minkum nu'adzdzib thaa-ifatan bi-annahum kaanuu mujrimiina



66. Tidak usah kamu minta maaf, karena kamu kafir sesudah beriman. Jika Kami memaafkan segolongan kamu (lantaran mereka taubat), niscaya Kami akan mengazab golongan (yang lain) disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa.
(Surah al-Taubah 9:65-66)
  • Mencaci Allah, agama Islam atau rasul-Nya iaitu mencela, mengaibkan atau merendahkan.
  • Berhukum dengan selain daripada hokum Allah dengan keyakinan bahawa hokum yang dibuat itu lebih besar atau sama dengan hokum Allah. Allah berfirman: 

innaa anzalnaa alttawraata fiihaa hudan wanuurun yahkumu bihaa alnnabiyyuuna alladziina aslamuu lilladziina haaduu waalrrabbaaniyyuuna waal-ahbaaru bimaa istuhfizhuu min kitaabi allaahi wakaanuu 'alayhi syuhadaa-a falaa takhsyawuu alnnaasa waikhsyawni walaa tasytaruu bi-aayaatii tsamanan qaliilan waman lam yahkum bimaa anzala allaahu faulaa-ika humu alkaafiruuna



44. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya (yang menerangi), yang dengan Kitab itu diputuskan perkara orang-orang Yahudi oleh nabi-nabi yang menyerah diri kepada Allah, oleh orang-orang alim mereka dan pendeta-pendeta mereka, disebabkan mereka diperintahkan memelihara kitab-kitab Allah dan mereka menjadi saksi terhadapnya. Karena itu janganlah kamu takut kepada manusia, (tetapi) takutlah kepada-Ku. Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.
(Surah al-Maidah 5:44)
    • Munafik iaitu apabila seseorang menyembunyikan kekafirannya dalam hati tetapi secara lahiriah seorang Muslim. Ini jelas dalam firman Allah s.w.t:

       
      inna almunaafiqiina fii alddarki al-asfali mina alnnaari walan tajida lahum nashiiraan

       
      145. Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolongpun bagi mereka.
      (Surah al-Nisa’ 4:145)

    Petikan: Syeikh Muhammad bin Shalih al-Uthaimin, Majelis Bulan Ramadhan, terbitan Pustaka Imam asy-Syafi’I, Jakarta, hlm 355-362.

    Dari Majalah Solusi keluaran Isu 17.


    Thursday, April 14, 2011

    Niat Menjadikan Diri Luarbiasa dan Istimewa

     Niat Menjadikan Diri
     Luarbiasa dan Istimewa 

    Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas
    1. Aku berjanji pada hari ini akan menjadi hamba Allah yang taat- Aku dengar dan aku patuh.

    2. Pada hari ini aku hapuskan segala kemarahan yang ada melainkan marahku apabila Allah marah terhadap perbuatan mungkar

    3. Pada hari ini aku akan menghapuskan kebimbangan dan kerisauanku kerana semuanya Allah telah Qada dan Qadarkan semuanya adalah baik untuku

    4. Pada hari ini aku akan sentiasa memanjatkan syukur pada Allah dan berterima kasih pada manusia kerana Allah akan tambahkan nikmat atasku.

    5. Mulai hari ini aku bebaskan segala tekanan yang aku rasa kerana dengan mengingati Allah hati ku menjadi tenang dan tenteram

    6. Pada hari ini aku akan melakukan kerja dengan amanah dan jujur kerana inilah sifat para nabi

    7. Pada hari ini aku akan lakukan kebaikkan dan menyayangi pada semua orang di sekelilingku.

    Lakukan lafaz ini sambil resapkan di dalam hati dengan memahaminya apa yang anda sebut selama 30 hari dan anda akan dapati suatu perubahan yang hebat berlaku pada diri anda kerana anda menjana tenaga getaran emosi positif di dalam dan di luar diri anda.




    P/S: Bukan mudah untuk kita berubah. jadi sama-samalah kita nasihat menasihati antara satu sama lain... Mudah-mudahan kita berjaya mencapai impian kita menjadi Insan yang beriman dan berakhlak.

    Tuesday, April 12, 2011

    Ancaman Liwat - Homoseks

     Ancaman Liwat -Homoseks 

     Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas 
    Liwat adalah antara perbuatan derhaka yang boleh merosakkan sendi-sendi kehidupan manusia serta boleh menghancurkan keharmonian di dunia ini. Ini kerana, lelaki dan perempuan yang terlibat dengan liwat sebenarnya hidup tanpa mempedulikan peraturan di dunia, apatah lagi peraturan Allah s.w.t.




    Maka amat logik jika hukumannya sama ada di dunia mahupun akhirat sangat berat, bahkan hukuman yang paling berat antara hukuman-hukuman berat yang lain.


    Takrif Liwat

    Dikemukakan di sini dua takrif berkenaan dengan maksud perbuatan terkutuk di atas: 
    1. Liwat iaitu hubungan jenis melalui dubur. Sedangkan meliwat pula ialah seseorang melakukan liwat terhadap seseorang. (Kamus Dewan Edisi Ke-4, hlm. 950) 
    2. Homoseks. Ia memberi beberapa maksud: 
    • Cenderung, tertarik dari segi seks kepada orang yang sama jenis jantina dengannya.
    • Orang yang tertarik nafsu syahwatnya kepada orang yang sejenis dengannya terutamanya antara lelaki dengan lelaki.
      Sementara homoseksualiti pula bererti keinginan nafsu syahwat atau hubungan seks hanya dengan orang yang sama jantina dengannya.



      Ancaman Liwat

      Banyak dalil yang menunjukkan haramnya perbuatan liwat . Antaranya:

      -          Al-Quran

      i.              Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
      “Dan Nabi Lut juga (Kami Utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: ‘Patutkah kamu melakukan perbuatan keji yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun daripada penduduk ala mini sebelum kamu?” (Surah al-A’raf 7:80)

      Al-Maraghi berkata: “Perbuatan yang tidak pernah dilakukan oleh seseorang pun sebelum kamu pada mana-mana zaman tetap perbuatan itu termasuk dalam perkara baru yang kamu buat dalam soal kerosakan  sehingga kamu merupakan contoh dan teladan perbuatan yang jahat. Oleh sebab itu, kamu akan menerima dosa daripada sesiapa sahaja yang mengikuti kamu dalam melakukannya hingga hari kiamat”


      ii.              Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
      “Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki daripada kalangan manusia. Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang yang salah) bahkan kamu ialah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)!” (Surah al-Syu’ara’ 26: 165-166)

      Ibn Kathir berkata: “Tatkala Nabi Allah Lut a.s. melarang mereka daripada melakukan perbuatan keji dan hina dengan mendatangi lelaki secara liwat atau homoseks, baginda menunjukkan mereka supaya bersama dengan wanita yang Allah jadikan mereka sebagai pasangan tetapi malangnya mereka mengingkari saranan Nabi Lut malah menghalaunya keluar dari negeri tersebut.”


      -          Hadis

      Antara Hadis yang menunjukkan ancaman liwat ialah:

      i.              Ibn Abbas mendapat hadis daripada Nabi Muhammad s.a.w. yang isinya tentang ukuman pelaku liwat bahawa Baginda bersabda yang bermaksud: “Sesiapa antara kamu yang menemui seseorang yang melakukan sebagaimana yang dilakukan kaum Lut, maka bunuhlah kedua-duanya sama ada pelaku liwat mahupun orang yang diliwat.” (Hadis ini diriwayatkan oleh Ashab al-Sunan dan disahihkan oleh Ibn Hibban dan lainnya sedangkan pendapat Imam Ahmad berdasarkan hadis ini dan sanadnya mengikut syarat al-Bukhari)


      ii.             Dalam hadis lain disebutkan, Nabi  s.a.w. bersabda yang bermaksud: Allah s.w.t. melaknati seseorang yang melakukan sebagaimana yang dilakukan kaum Lut, Allah melaknati seseorang yang melakukan sebagaimana yang dilakukan kaum Lut,  Allah melaknati seseorang yang melakukan sebagaimana yang dilakukan kaum Lut.” (Riwayat al-Tabarani).


      -          Athar

      Dalam kitab al-Kaba’ir oleh al-Zahabi menyebut: “Orang yang melakukan pernuatan keji dengan mendatangi lelaki pada duburnya iaitu daripada kaum Nabi Lut a.s. bertempat di perkampungan Sadom. Mereka sangat suka melakukan perbuatan keji dan terkutuk sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah s.w.t. dalam al-Quran. Amtara perbuatan terkutuk tersebut ialah homoseksual atau liwat dengan menyetubuhi pada duburnya. Mereka tanpa segan silu melakukannya di hadapan khalayak ramai atau pun di kelab-kelab pertemuan khas sesama mereka.

      Menurut riwayat Ibn Abbas r.a. terdapat sepuluh perbuatan keji yang dilakukan oleh golongan tersebut:

      ·         Menggulungkan rambut dan melepaskan kain tutup aurat.
      ·         Menembak dengan senapang.
      ·         Melontar dengan kerikil.
      ·         Melaga atau menyambung burung-burung merpati yang dara.
      ·         Meniup dengan jari-jari sebagai peluit.
      ·         Mengikat buku-buku lali.
      ·         Melabuhkan pakaian (Sehingga menyapu jalan).
      ·         Melepaskan kancing baju.
      ·         Mencandui minuman keras.
      ·         Mendatangi lelaki pada dubur. 




      Hukuman Liwat Lebih Berat daripada Zina?

       Para ulama berbeza pendapat sama ada hukuman liwat itu lebih berat daripada zina, ataupun sebaliknya hukuman zina lebih berat daripad liwat, ataupun hukuman kedua-duanya sama berat.

      Ada Tiga (3) pendapat yang dikemukakan oelh ulama

      Pertama: Abu Bakar al-Siddiq, Ali Ibn Abi Talib, Khalid Ibn al-Walid, Abdullah Ibn Zubair, Abdullah Ibn Abbas, Jabir Ibn Zaid, Abdullah Ibn Mu’ammar, al-Zuhri, Rabi;ah Ibn Abdul Rahman, Malik, Ishak Ibn Rahawaih, Imam al-Syafi’I dalam satu pendapatnya bahawa Hukuman liwat adalah lebih berat daripada hukuman zina dan sebagai hukumannya adalah wajib dibunuh sama ada orang yang telah bernikah atau yang belum bernikah.

      Kedua: Atha’, Ibn Abi Rabah, Hasan al-Basri, Sa’id Ibn Musayyab, Ibrahim al-Nakha’I, Qatadah, al-Auza’I, al-Syafi’I dalam mazhab zahirnya, Imam Ahmad pada riwayatnya yang kedua, Abu Yusuf dan Muhammad bahawa hukuman zina dengan hukuman liwat adalah sama.

      Ketiga: Pendapat Abu Hanifah bahawa hukuman liwat itu lebih ringan berbanding dengan hukuman zina. Oleh sebab itu, orang yang melakukan liwat hukumannya ditakzir (dihukum agar serik). Menurut pendapat ini kerana kemaksiatan yang dilakukan oleh hamba di dunia ini ada hukuman yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. dan ada yang tidak ditentukan-Nya. Liwat ini termasuklah kederhakaan yang tidak ditentukan hukumnya oleh Allah s.w.t. dan Rasul-Nya.

      Untuk kemaksiatan yang hukumannya masih tidak mutlak, langkah yang paling tepat adalah dengan member hukuman takzir sebagaimana maksiat memakan makanan haram, anjing, babi dan sebagainya. Menurut pendapat ketiga ini, liwat termasuk bersetubuh tidak pada tempatnya. Allah s.w.t. tetap murka terhadap perbuatan seperti itu meskipun dilakukan oleh haiwan namun hukumannya tidak seperti orang berzina.

      Penutup

      Syed Qutub berkata: “Dosa keji dengannya dikenali kaum Lut ialah keganjilan seks iaitu dengan meninggalkan perempuan dan melakukan persetubuhan dengan lelaki. Ini adalah penyelewengan fitrah yang amat buruk.”

      Allah s.w.t. telah menciptakan lelaki dan perempuan dan menanamkan kecenderungan semula jadi pada kedua-duanya saling cintai antara satu sama lain untuk melaksanakan hikmah dan kehendak Illahi iaitu melangsungkan kewujudan zuriat menerusi hubungan kelamin antara lelaki dan perempuan.

      Kecenderungan lelaki kepada perempuan dan sebaliknya ini merupakan sebahagian daripada undang-undang alam iaitu undang-undang yang menjadikan segala apa yang wujud di ala mini berada dalam keadaan yang selaras dan bekerjasama untuk melaksanakan kehendak Allah s.w.t. Perbuatan hubungan kelamin sesame lelaki tidak membawa kepada sesuatu matlamat atau tujuan tertentu, jisteru amat tidak sesuai dengan kehendak dan undang-undang alam.

      Kelazatan yang dirasai lelaki dan perempuan dalam hubungan tersebut merupakan fitrah untuk melaksanakan kehendak Illahi. Oenyelewengan daripada undang-undang alam sebagaimana perbuatan kaim Lut itu amat jelas.

      Oleh yang demikian, sama ada mereka membetulkan penyelewengan tersebut atau menghadapi akibat kebinasaan kerana mereka telah keluar daripada garisan fitrah dan mengabaikan hikmah kewujudan mereka iaitu melanjutkan hayat manusia melalui perkahwinan dan beranak pinak.

      Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.

       Dari Majalah Solusi keluaran Isu 30.

      Thursday, March 31, 2011

      April Fool Diraikan Setelah Islam Dikalahkan


      *APRIL FOOL, 
      BUAT RENUNGAN & PEDOMAN KITA SEMUA !!!*


      Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day
      sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah
      orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang ke barat'.
      1. Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada , Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.
      2.  Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dala rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol. 
      3. Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.
      4. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.
      5. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.
      6. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.
      7. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.
      8. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.
      9. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam merek sendiri
        Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.


        Petikan Risalah Fikrah

        Saturday, March 19, 2011

        Pohon Iman

        Pohon Iman
        Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas
         
        Akhlak umpama buah di pohon iman. Akar Tunjang pada pohon itu adalah persoalan Iman, Batangnya adalah rukunIslam, Dahannya persoalan Fardhu Kifayah, Rantingnya umpama amalan-amalan sunat manakala Akhlak adalah buahnya.

        Sesungguhnya revolusi akhlak inilah yang dinantikan oleh manusa kini. Hanya dengan inilah kemajuan teknologi dan ketinggian tamadun material akan dapat menjamin kesejahteraan hidup manusia pada alaf baru akan dating.

        Dari Majalah Solusi keluaran Isu 28.

        Iman Mutiara - Raihan

        Friday, March 18, 2011

        Analogi Sebatang Pokok

        Analogi Sebatang Pokok

        Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas


        Belajarlah daripada kesabaran dan ketabahan sebatang pohon. Pohon yang besar mampu menahan ribut dan taufan kerana ia mempunyai batang yang kukuh dan kuat. 

        Bermula dari benih yang kecil, ia tumbuh menjadi pohon yang besar dan semakin kuat akarnya. Sebelum menjadi sebatang pohon yang kuat, Ia belajar menahan teriknya matahari, kuatnya angin, dinginnya hujan dan gangguan daripada manusia juga haiwan.

        Setelah melalui semua itulah, daripada sebiji benih yang tidak terlihat, menjadi tunas yang bercambah dan akhirnya bertukar menjadi pohon yang besar.

        Mari kita jadi manusia yang tidak kalah dengan keadaan dan suasana seperti ikan di lautan masin, meskipun sekitarnya masin dagingnya tetap tawar..... 

        Renungan bersama.

        Dari Majalah Solusi keluaran Isu 28.

        Saturday, March 12, 2011

        7 Kalimat Bermanfaat

        7 Kalimat Bermanfaat Untuk Diamalkan

        Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

        Sabda Rasullah S.A.W:

        " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia  terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

        1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

        2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

        3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut.

        4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

        5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

         6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

        7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang dan malam sehingga tidak terpisah dari lidahnya

        Mudah-mudahan kita dapat manfaat dari 7 kalimat ini. dan menjadikan ia sebagai amalan setiap masa... 

        Tuesday, February 08, 2011

        Baju Lama vs Baju Baru...

        Baju Lama vs Baju Baru...

        (2001) Gambar Hiasan



        (2011) Gambar Hiasan



        Baju baru biasanya akan diutamakan, dijaga dgn baik, diletak ditempat yang senang dijumpai... TAPI baju lama main sumbat je dalam almari, kdg2 sampai lupe letak kat mane... dan kdg2 sampai jadi sarang anai2....

        Baju Lama: Masa aku baru mula-mula dimiliki tuan aku sangat sayang pada aku, hari-hari aku bersamanya, aku dijaga dengan baik, banyak pengalaman manis dan pahit aku laluii. Namun sejak Tuanku dapat Baju Baru aku telah dilupakan, aku tidak lagi digunakan, jasa-jasaku seolah dilupakan. Tapi itulah hakikat yang harus aku terima, aku tidak lagi dihatinya... Aku sudah lusuh dan tidak menarik lagi dimatanya.

        Kepada Baju baru kau juga akan melalui perkara yang sama suatu hari nanti, berseidakah kau untuk meharungi situasi itu?

        Ibarat dapat Gading, Tanduk tidak berharga lagi..


        Begitulah juga hidup dalam berkawan... bila dapat kawan baru kawan lama akan di pinggirkan... bila terdesak baru cari.. macam baju lama la.. bila baju baru di basuh baru cari baju lama... kesiankan... :'(

        Jadi Hargailah semua kawan-kawan kita

        Kadang-Kadang Kita akan utamakan yang baru dari yang lama...

        Fikir dan renungkanlah.....


        Dari Aku:
        MSG CYBER

        Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

        Best Red yellow
        PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket

        Blog Untuk Download