Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber

Saturday, December 10, 2011

Memohon Kemanisan Beribadah

Assalamualaikum Semua ♥

Terlebit dahulu saya ingin mintya maaf kerana sekarang saya kesuntukkan masa untuk update blog ini. walaubagaimanapun jika ada kelapangan dan kesempatan saya akan cuba mengupdatekan blog ini.. Okeylah Haentri kali ini saya hendak kongsikan cara bagaimana untuk kita mendapat kemanisan dalam beribadah. dalam entri sebelum ini saya pernah kongsikan cara bagaimana untuk kita Memburu Impian Agar Mendapat Kemanisan Iman . Semoga entri-entri ini memberi manfaat kepada kita semua Insya-ALLAH...

 
Memohon Kemanisan Beribadah
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Untuk mendapatkan khusuk dalam solat:
1. Sentiasa melaksanakan solat berkemaah (yang afdalnya di masjid).

2. Menjaga makanan dan minuman agar terjamin halalnya.

3. Memperbanyakkan sedekah kepada fakir miskin.

4. Jangan bersolat dengan menangguh untuk membuang aur besar atau air kecil.

5. Memahami segala bacaan solat.

6. Membaca surah al-Nisa, selawat, istighfar sebelum mengangkat takbir.

7. Mengingati mati dan membayangkan bahawa itulah solat yang terakhir.
 Dari Majalah Gen-Q Isu Perdana.

Sunday, December 04, 2011

Aurat - Antara Tutup dan Bungkus

Assalamualaikum Semua ♥

Kali ini saya hendak kongsikan mengenai perbezaan antara tutup dan bungkus. Mungkin ada di antara anda yang telah membacanya namun saya tetap akan kongsikan di sini agar ianya dapat memberi manfaat kepada kita semua terutama kepada mereka yang berkenaan. Jadikanlah ia sebagai panduan dan pengajaran agar kita terhindar dari melakukan dosa.. Insya-Allah..Mari kita baca seterusnya :)  ♥♥♥♥♥

Aurat - Antara Tutup dan Bungkus
TUTUP vs BUNGKUS

Situasi 1:
Aisyah: Ahmad, cuba teka aku tengah BUNGKUS ape? 
Ahmad: Alaaa, nasi lemak. 
Aisyah: Aik? Mane ko tau? 
Ahmad: Aku nampak nasi terkluar sikit tu. Lagi pun aku tau ko memang jual nasi lemak. 
Aisyah: Ok2. Cube teka nasi lemak ni banyak ke sikit? 
Ahmad: Alaaa lagi senang. Banyak la. 
Aisyah: Ha? Camane ko tau ni? 
Ahmad: Tengok bentuk & saiz laa. BUNGKUSan besar, banyak. BUNGKUSan kecik, sikit. Haha kantoi. 
Aisyah: Pandainye ko ni. 
Ahmad: Bukan aku yang pndai, ko yang tak pndai. Haha. 
Aisyah: Ceh. Malas la soal.

Situasi 2:
Aisyah: Ahmad, cube teka aku TUTUP ape dengan tudung saji ni? 
Ahmad: Hmmm. Ikan goreng? 
Aisyah: Salah. 
Ahmad: Telur dadar? 
Aisyah: Salah lg. 
Ahmad: Karipap? 
Aisyah: Salah jugak. 
Ahmad: Fail MQA? 
Aisyah: Ish. Lagi la salah. 
Ahmad: Abis tu ape? Mane la aku nak tau ape yang ko TUTUP tu. 
Aisyah: Nasi lemak laa. Cube teka banyak ke sikit? 
Ahmad: Ceh. Mane aku nak tau. Malas la jawab.

Maka pilihlah TUTUP.... :-)
Renung-renungkan dan fikir-fikirkan
Selamat beramal~ ;)

Sifat Mahmudah (Terpuji)

Assalamualaikum Semua ♥

Apa khbar semua? Lama tak update blog nie.. kepada yang selalu singgah ke blog ni saya ingin minta maaf. Hari ini saya hendak kongsikan mengenai sifat mahmudah (terpuji) yang telah digariskan oleh Imam Ghazali. Semoga apa yang disampaikan ini memberi manfaat kepada kita semua..Marilah kita lengkapkan diri kita dengan mengisinya dengan sifat mahmudah. Insya-Allah saya akan kongsikan juga sifat mazmumah (tercela) yang juga telah digariskan oleh Imam Ghazali..

“Ya Allah Abadikan Hati Ini Dengan Sifat Mahmudah (Terouji)” Amin  ♥♥♥

Sifat Mahmudah (Terpuji)
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas


Imam Ghazali menggariskan sifat mahmudah (terpuji) kepada beberapa bahagian:

1. TAUBAT – Keazaman untuk meningglkan segala kesalahan dan dosa-dosa besar, melalui jalan il,u, penyesalan dan niat untuk tidak mengulanginya.

2. TAKUT AKAN ALLAH s.w.t. – Perasaan takut terhadap Allah akan membuatkan seseorang itu melipat gandakan amalan soleh dan meninggalkan larangan-Nya.

3. MAHABBAH – Mengasihi Allah dan Rasul melebihi segala yang lain akan melahrkan rasa cinta kepada agama dan rela berjuang kerana mempertahankan Islam.

4. ZUHUD – Kehidupan insane Mukmin yang mengekang jiwa daripada segala rupa kesenangan dunia yang berlebihan dan meninggalkan perkara yang tidak baik.

5. SABAR – Perasaan memujuk jiwa dengan keimanan. Ia merangkumi sabar atas ketaatan dan juga sabar dalam menjauhi maksiat.

6. SYUKUR – Bersyukur kepada Allah s.w.t. atas nikmat kesihatan, rezeki kemudahan hidup, kurniaan pancaindera dan sebagainya.

7. IKHLAS DAN BENAR – Untuk mencapai tingkatan ikhlas ini, amat dituntut untuk mematahkan dorongan hawa nafsu dan kasih akan dunia.

8. TAWAKAL – Tawakal ialah meletakkan pergantungan hanya pada Allah s.w.t. setelah berazam. Seterusnya diikuti dengan usaha.

9. REDA DENGAN QADAK ALLAH – Segala ketentuan Allah sama ada baik atau buruk diterima dengan syukur atau sabar oleh insane Mukmin.

10. MENGINGATI MATI – Sepintar-pintar manusia ialah orang yang sentiasa ingat pada mati dan sentiasa bersedia menghadapinya, mereka itulah orang yang bijaksana.

 Dari Majalah Gen-Q Isu Perdana.

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket

Blog Untuk Download