Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber

Sunday, October 11, 2009

Main Boling

Salam Semua... hari ini aku telah menyertai satu pertanding boling anjuran Orang-orang kerdil.. tapi akui masuk ketogeri Orang Buta sebab akun tergolong dalam ketogeri ini... Dan hari ni juga aku jumpa kawan-kawan lama aku masa kat sekolah dulu... aku ni main takde la hebat sangat.. sekadar suka-suka je.... mencari pengalaman dan sambil ntu mintak tip dari dorang.. terutama Bro Suhaili, Bro Idriyal dan beberapa orang lagilah.... ENJOY TAPI TANG TAK BESTNYA.... BAYAR YURAN MAHAL TAPI MAKANAN DAN MINUMAN TAK DISEDIAKAN LANGSUN... Tak patut....

Monday, October 05, 2009

5 oct 2009

Hari ni 5 oct 2009 aku dah mendafterkan diri di Cyber Putra Collage CPC Cyberjaya. Hari ni belum belajar lagi sebab masih dalam minggu orintasi… student yang ikuti kursus ini tak ramai hanya lebih kurang 16 urang. Entahlah sekali rasa macam tak semangat je tapi bila difikir banyak kali bagus jugak… aku pun tak keje tetap… umur dah 26 sampai bila nak macam nikan? Oh ye aku ambil kursus dalam bahasa orang putih cakap Reflexology & Therapeutic Massage… tapi ni sijil je.. kalu aku nak sambung ambil Diploma palak makan masa 2 tahun… bila masa plak aku nak keje… walaupun aku ada Bachelor Park Amenity Management tapi susah nak dapat keje… aku fikir positif mungkin rezeki aku dalam bidang lain. Dan kursus yang aku amik kat UiTM dulu hanya sekadar memberi pengalaman belajar kat university… maklumlah bukan semua orang terpilih…. Apapun aku bersyukur sebab Berjaya menamatkan pengajian aku kat UiTM dulu….. Berbalik kepada kursus aku di CPC ni, aku berterima kasih kepada pihak kolej sebab sudi mengambil OKU penglihatan sebagai pelajar di tempat ni... juga tak dilupa kepada Pn Norimah yang telah berusaha selama ni untuk menjadikan bidang refleksologi sebagai kursus di IPT...

Wednesday, June 24, 2009

Syarat tanaman pasu hidup



Pastikan bekas tidak retak, berlubang dan sesuai dengan ketinggian pokok

SELEPAS membincangkan dengan panjang lebar mengenai campuran tanah dalam artikel yang lalu, minggu ini tajuk perbincangan berkisar cara menanam pokok dalam pasu.

Pasu adalah antara bekas yang menjadi pilihan ramai untuk menanam pokok terutama mereka yang tinggal di kawasan yang tidak bertanah seperti rumah pangsa, apartmen dan kondominium.

Ada juga yang tinggal di rumah teres tetapi tidak mempunyai laman bertanah kerana ia sudah dibina dengan konkrit atau pelantar kayu.

Justeru, pilihan paling sesuai bagi penanaman pokok adalah di dalam pasu. Selain pasu, bekas seperti tempayan atau takungan khas juga sesuai digunakan.

Sebenarnya menanam pokok di dalam pasu adalah aktiviti yang senang tetapi bukan mudah untuk mendapatkan hasil yang diingini jika peraturan penanaman tidak diikuti dengan betul.



Apabila membicarakan mengenai penanaman pasu, perkara yang paling penting dan perlu ada, sudah tentu pasu. Pasu yang sesuai adalah yang mempunyai lubang tiga di bahagian bawahnya yang berfungsi untuk peredaran udara dan pengaliran air.

Pasu yang baik juga perlu sesuai dan sepadan dengan pokok yang ditanam termasuk ketinggian. Seeloknya elakkan menggunakan pasu yang retak atau sumbing.

Berikut adalah peralatan dan bahan yang perlu untuk penanaman pokok dalam pasu:

* 1. Pasu
* 2. Serpihan pasu - seeloknya 5 hingga 7 sentimeter (cm) dan perlu ada serpihan lekuk dan leper. Jika tidak ada serpihan pasu boleh digantikan dengan batu kerikil, kulit kerang dan sabut kelapa (cocoa fiber).
* 3. Campuran tanah
* 4. Peralatan pertanian - sudip tanah, pisau, gunting pokok, papan pemotong, teko penyiram tanaman dan anak benih pokok (pilih yang sihat dan tidak berpenyakit)

Langkah-langkah menanam pokok dalam pasu:

* 1. Sediakan pasu mengikut kesesuaian pokok dan ketinggiannya. Boleh gunakan pasu tembikar, plastik atau gentian fiber dan kayu.
* 2. Aturkan serpihan pasu yang berlekuk untuk menutup lubang pasu bagi membolehkan ada ruang untuk laluan air dan menghalang tanah keluar daripada pasu. Kemudian letakkan serpihan yang leper dan disusn berlapis-lapis. Serpihan leper bertindak menjadi lapisan penapis air. Seeloknya buatkan tiga hingga empat lapisan.
* 3. Masukkan tanah campuran menggunakan sudip
* 4. Ambil benih anak pokok dan potong bahagian bawahnya kira-kira satu per tiga daripada saiz plastik anak benih. Masukkan pokok dengan plastik dalam pasu dan letakkan di tengah-tengah.
* 5. Masukkan tanah campuran di sekelilingnya dan selepas itu, tarik keluar plastik dengan menariknya ke atas.
* 6. Padatkan tanah dan akhir sekali siram pokok.

Tip penjagaan:

* Siram pokok yang baru ditanam untuk minggu pertama sekurang-kurang dua kali sehari.
* Selepas pokok matang siram dengan kadar sederhana dan hanya sekali siraman sehari.
* Baja pokok seminggu sekali dan apabila pokok semakin matang sebulan sekali.
* Buat pemangkasan atau potong ranting dan dahan mengikut keperluan. Buangkan ranting dan dahan yang mati dan jangan takut untuk memangkas kerana ia akan menggalakkan pertumbuhan pucuk baru.
* Selain baja, taburkan di keliling pokok dengan tanah gambut proses Peatgro.

Sumber: Berita Harian

Tuesday, May 12, 2009

Tip Menjaga Pokok Hiasan

Semakin ramai suka menghias rumah dengan pokok hiasan segar. Ini tabiat yang baik kerana aktiviti menanam pokok bukan saja mampu menghilangkan tekanan, malah ia juga dapat menyemai rasa cinta kepada alam sekitar. Sebagai permulaan anda boleh membeli pokok hiasan. Jika baru hendak memulakan hobi ini, sebaiknya pilihlah pokok yang mudah dijaga, tahan lasak dan cepat membesar.

Pastikan pokok yang dibeli sihat iaitu bebas dari sebarang penyakit dengan melihat ciri berikut:

* Lihat keseluruhan pokok, adakah warnanya sekata dan tampak segar

* Pastikan ada banyak tunas baru

* Periksa tanah yang ada dalam pasu, adakah ia lembap, kering atau terlalu kering hingga terdapat rekahan kecil. Jika tanah terlalu kering, pilih pasu lain. Tanah terlalu kering tidak dapat memegang air dengan baik walaupun disiram. Siraman tidak dapat mengembalikan komposisi tanah yang asal

* Periksa adakah akarnya tertanam sempurna

* Tidak perlu membeli pokok hiasan dalam pasu (walaupun memudahkan anda) yang biasanya lebih mahal berbanding pokok dalam polibe

* Pilih saiz pasu sesuai dengan ketinggian pokok dan pindahkan pokok dalam polibeg ke dalam pasu;

* Caranya, bersihkan pasu, tutup lubang air pada pasu dengan meletakkan ketul batu atau serpihan pasu supaya tanah tidak keluar

* Masukkan tanah hingga memenuhi satu per empat daripada ketinggian pasu. Taburkan baja dan gaul dengan tanah

* Kemudian masukkan pokok yang paling tinggi di bahagian tengah. Tanam pokok yang lebih kecil mengelilinginya Gunakan jari untuk menggemburkan tanah pada bahagian akar

* Tambah tanah hingga penuh atau sekurang-kurangnya dua sentimeter dari permukaan pasu. Siram -perlahan-lahan dan biarkan air menyerap hingga ke lapisan bawah

* Jangan lupa beli piring alas pasu untuk mengelakkan air daripada membasahi rumah anda. Atau untuk lebih cantik, beli pasu hiasan yang lebih besar dan masukkan pasu asal di dalamnya

* Jika mahu menggunakan semula pasu lama, pastikan ia dibersihkan dulu. Berus dan kikis semua tanah yang melekat pada pasu. Basuh pasu dengan air sabun hingga bersih dan biarkan ia kering dengan menjemur secara telangkup sebelum digunakan. Ia bertujuan menghalang bakteria, telur serangga perosak daripada berpindah dan menyerang pokok baru

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket

Blog Untuk Download