KARAWANG, Jawa Barat - Mohd. Safee Mohd. Sali tidak perlu menunggu lama untuk meledak gol kemenangan kelab barunya Pelita Jaya dalam aksi sulungnya, semalam.
Safee membuka gelanggang dengan langkah kanan menerusi jaringan tunggal perlawanan yang menggegar sorakan peminat pada minit ke-62.
Percubaan kedua bekas penyerang Selangor itu untuk menambah jaringan 11 minit kemudian bagaimanapun tersasar meskipun kedudukannya agak selesa di depan gawang.
Gol tunggal Safee, semalam sekali gus melengkapkan rekod peribadinya kepada 110 gol sejak mula terlibat sebagai pemain bola sepak profesional pada tahun 2003. Teruskan membaca SINI

Video Jaringan Safee Sali Di Pelita Jaya
Upload by : MalayaTigers
No comments:
Post a Comment
MSG-Zone