Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber

Tuesday, March 15, 2011

Mementingkan Orang Lain Daripada Diri vs Mementingkan Diri

Mahmudah vs Mazmumah

Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas


Mahmudah

Mementing Orang Lain dari Diri (Ithar)

Ithar dalam bahasa digambarkan sebagai mengorbakan diri sendiri uantuk orang lain. Demikianlah indahnya Islam, tanpa mengira warna kulit, bangsa, kabilah dan sebagainya. Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu rasa.

Mereka adalah model ideal masyarakat satu aqidah, yang diikat dengan satu slogan “Tiada Tuhan yang Di Sembah Melainkan Allah dan Muhammad Itu Pesuruh Allah.”

Jiwa yang mengutamakan saudara seislam yang lain tidak lain dan tidak bukan  sekadar mengharapkan keredaan Allah S.W.T. Tiada agenda tersembunyi disebalik tindakannya itu.

Firman Allah yang bermaksud:

“Mereka juga mengutamakan orang yang berhijrah itu lebih daripada diri sendiri sekalipun mereka berada dalam keadaan kekurangan dan sangat-sangat berhajat.” (Surah Al-Hashr 59:9)

Sebenarnya bukannya mudah untuk ithar dalam sesuatu perkara. Namun tiada yang mustahil apabila iman meraja di hati. Malah ithar ini juga antara lambing ukhuwah yang sejati.

Harus di ingat, tiada istilah ithar dalam ibadah. Jadi, jika berdepan  dengan sebarang situasi, Solat misalnya utamakan diri sendiri terlebih dahulu.

Mazmumah

Mementingkan Diri (Ananiyyah)

Ananiyyah ialah sifat dan sikap keakuan atau mementingkan diri sendiri serta berasa megah  akan diri sendiri.

Manusia makhluk yang saling memerlukan antara satu sama lain. Tiada siapa yang mampu hidup sendirian. Apa saja milik kita adalah pinjaman dan diberkani oleh Allah untuk berkongsi.

Golongan kafir dikritik hebat kerana sikap mereka yang terlalu mementingkan diri sendiri. Matlamat disisi mereka boleh menghalalkan cara asalkan yang digemari nafsu dapat dipenuhi. Itulah punca fasad di muka bumi, apabila perubahan dilakukan demi memenuhi selera sendiri.

Hakikat ini telah dijelaskan oleh Allah S.W.T dalam Firman-Nya yang bermaksud:

“Mereka akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu padu, kecuali didalam kampong-kampung yang berbenteng atau bertembok. Permusuhan antara sesame mereka adalah sangat hebat. Kamu kira mereka semua bersatu, sedang hati mereka berpecah belah, Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka ialah kaum yang tidak mengerti.” (Surah Al-Hashr, 59:14)

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang terlalu mencintai diri sehingga membawa kepada mengutamakan kepentingan diri sendiri.


Di Petik dari Majalah SOLUSI Isu no - 28

1 comment:

MSG-Zone

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket

Blog Untuk Download