Apakah nasib kita di padang Mahsyar nanti? Mudah atau sebaliknya? Entri kali ini saya kongsikan satu lagi doa. Doa kali ini adalah doa agar dipermudahkan hisab kita. Semoga perngkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua... Insya-Allah.
Doa Agar Dipermudahkan Hisab
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas
Maksudnya: “Ya Allah, permudahkanlah perhitunganku.” (Al-Misykat no. 5562)
Amalan
Dalam sebuah hadis riwayat daripada Aisyah r.ha. bahawa Rasulullah s.a.w. berdoa dalam solat Baginda dengan doa ini.
Sayidatina Aisyah r.ha. bertanya kepada Rasululllah s.a.w. tentang apakah yang dimaksudkan dengan hisab yang itu. Baginda menjawab yang bermaksudL “Allah s.w.t. melihat amalan dalam catatan amalan seseorang itu dan kemudian Dia memaafkannya begitu sahaja. Sesiapa yang dipertanggungjawabkan atas dosanya akan binasa. Dan apa jua yang menimpa seseorang Mukmin itu menghapuskan dosanya hinggakan duri kecil yang menusuk kakinya sekalipun.”
Amalan membaca doa ini selepas solat fardhu dan sepanjang berada di Tanah Suci. Mudah-mudahan dengan limpah kurnia-Nya kita dianugerahkan rahmat-Nya, Insya-Allah.
Dipetik daripada Zikir, Doa dan Wirid di Tanah Suci, Ustaz Zahazan Mohamed, Telaga Biru Sdn Bhd.
Dari Majalah Solusi keluaran Isu 38.
goyard bag
ReplyDeletegap yeezy
cheap jordans
kd 14
Travis Scott Jordan
bape outlet
kyrie 9
kobe byrant shoes
palm angels hoodie
yeezy boost 700