Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber

Monday, January 30, 2012

Ubat Penyakit Marah

Assalamualaikum Semua

Jumpa lagi di ruangan blog ni... Semua orang pernah marah atas pelbagai sebab. Namun sifat marah ini adalah sifat yang negatif yang patut kita hindari. Walaupun sukar ia tetap perlu dijauhi.. Apakah cara untuk kita menjauhikan diri dari sifat marah ini.? Untuk mengetahuinya, sila luangkan masa untuk membaca entri ini. mudah-mudahan ianya memberi pengajaran dan panduan kepada kita semua. Semoga bermanfaat... :)

Ubat Penyakit Marah
 
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

1. Sabar dan sentiasa mengawal perasaan marah atau emosi. Biasanya kalau kita mengawal perasaan negative dalam diri kita nanti hati kita jadi beku.

2. Usah bertangguh untuk memohon maaf kepada orang yang kita marahi. Biasanya kalau kita cepatcepat meminta maaf atau memaafkan nanti kita dijauhi daripada sifat bodoh.

3. Insaflah diri dengan mengingati bahawa kemarahan itu ditangkan seksaan Allah s.w.t. Biasanya kalau kita tidak insaf nanti syaitan akan duduk di hati kita.

4. Sentiasa menghindarkan diri daripada sifat benci, dengki dan dendamterhadap orang lain. Biasanya kalau kita biarkan perasaan nagetif itu bersarang dalam hati nanti syaitan akan menyukai kita untuk dijadikan teman.

5. Selalulah memantapkan keimanan kita dengan kerap melakukan perbuatan yang baik. Biasanya kalau kita tidak melakukannya maka nanti perkara jahat mudah pula kita buat.

6. Inglah selalu bahawa Allah s.w.t. membenci sifat marah. Biasanya kalau kita tak beringat nanti syaitan mudah membawa kita ,elakukan perkara yang dibenci oleh Allah s.w.t.

7. Tanamkan sikap lemah lembut dan sentiasa saling hormat-menghormati dengan orang lain. Biasanya kalau kita tidak bersikap begitu nanti orang lain akan takut untuk mendekati kita.

  Dari Majalah Gen-Q Isu 05.

No comments:

Post a Comment

MSG-Zone

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket

Blog Untuk Download