Stress atau tekanan perasaan? Pernahkah anda stress? Sudah tentulah pernah Stress dengan pelajaran, pekerjaan, kawan, keluarga dan sebagainya. Bila stress macam-macam boleh berlaku kerana waktu itu keadaan fikiran kita terganggu. Okeylah, perkongsian kali ini adalah mengenai stress. Apa kata kita manfaatkan stress kita ke arah yang lebih positif. kerana jika kita berbuat sedemikian yang untungnya kita jugakan. Jom baca seterusnya. Semoga entri ini memberi manfaat dan faedah kepada pembaca. Insya-Allah.. Selamat mencuba.. :)
Manfaat Stress
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas
ü Stress akibat takut gagal, menyebabkan kita bangun berusaha dengan lebih gigih.
ü Stress akibat hubungan kita yang tidak mesra dengan ibu bapa, menyebabkan kita bertindak meminta maaf, berterus terang dan melakukan tindakan-tindakan positif bagi membetulkan keadaan.
ü Stress kerana jahil akan mendorong seseorang itu bangun menimba ilmu.
ü Stress keran merasakan diri berdosa akan mendorong orang yang masih ada sekelumit iman dalam hati beristighfar, bertaubat dengan bersungguh-sungguh dan berazam tidak akan mengulangi dosa silam.
ü Stress kerana merasakan diri tiada percapaian akan memotivasikan diri berusaha meraih kejayaan dalam hidup.
ü Stress kerana melihat perbuatan mungkar berleluasa akan menyebabkan jiwa memberontak ingin melaksanakan amar makruf nahi mungkar.
ü Stress kerana didiagnosis ada risiko kesihatan akan menyebabkan si pesakit berusaha menjaga pemakanan dan melakukan pelbagai usaha untuk menyembuhkan.
Dari Majalah Solusi keluaran Isu 39.
betul2.. kekadang buat kite jadi berani.. =.=
ReplyDeletejom ke blog syieda =.=
http://lovestory313.blogspot.com