Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber

Wednesday, February 29, 2012

Astro Oasis Live streaming

Assalamualaikum Semua

Hari ini saya hendak kongsikan siaran live streaming untuk TV Astro Oasis 106. Saluran berkonsepkan dakwah Islam amat sesuai di tonton oleh semua lapisan masyarat yang mahu mendapatkan ilmu. Semoga pengkongsian ini memberi manfaat kepada semua...Pastikan line internet anda dalam keadaan baik untuk menonton siaran Astro Oasis ini... :)



Adab Seorang Rakan

Assalamualaikum Semua

Dalam kehidupan kita di dunia ini pasti kita mempunyai ramai rakan disamping kita, sentiasa bersama kita dan sebagainya. Tapi tahukah anda apa yang perlu ada untuk seorang rakan? Apakah adab yang perlu ada untuk menjadi seorang rakan yang baik. Hari ini saya mahu kongsikan tentang adab seorang rakan. di mana sebagai seorang rakan kita perlu tahu untuk menjamin diri kita menjadi seorang rakan yang bermanfaat kepada rakan kita. untuk mengetahuinya sudah pasti kenalah baca seterusnya.. hehe... Semoga entri ini memberi manfaat dan faedah kepada kita semua... Insya-Allah.


Adab Seorang Rakan
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Rakan yang baik adalah orang yang sentiasa bersama dalam apa jua keadaan dan selalu member nasihat yang baik jika kita melakukan kesilapan dan menerima pandangan yang baik apabila dia melakukan kesalahan. Namun, pastinya ada adabnya:

1. Memulakan dengan member salam ketika bertemu. Usah berkata, “Hai!” tanpa mendoakan kesejahteraanya.

2. Membantu dengan kadar segera apabila diperlukan. Usah membiarkan rakan meminta tolong berkali-kali.

3. Menyembunyikan rahsia rakan. Usah mengadu-domba atau berkata-kata tentang diri rakan kepada orang lain.

4. Mendengar nasihat atau pandangan rakan. Usah melawan atau membantah perkataan rakan tanpa asas.

5. Memaafkan kesilapan rakan. Usah terlalu memaksa rakan untuk meminta maaf seandainya dia melakukan kesalahan.

6. Selalu mendoakan kesejahteraan rakan. Usah kita rupa dengan tidak mengendahkan kesihatan dan kebahagiaannya.

7. Berdiam dan dmendengar seketika rakan sedang bercakap. Usah suka mencelah sehingga rakan tidak senang untuk bercakap.
 Dari Majalah Gen-Q Isu 07.

Tuesday, February 28, 2012

Doa Mohon Terhindar dari Keputusan Peperiksaan / Ujian yang Tidak Baik

Assalamualaikum Semua


Dikesempatan masa ni, saya ingin kongsikan satu doa. Doa ni boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang sedang menunggu keputusan peperiksaan atau ujian diumumkan. Insya-Allah jika ada masa saya akan kongsikan doa-doa lain yang berkaitan dengan doa ini. Semoga pengkongsian yang tidak seberapa ini memberi manfaat kepada anda semua. dan saya juga berharap anda mendapat kejayaan yang cemerlang dalam apa jua peperiksaan dan ujian... Selamat beramal..

Doa Mohon Terhindar dari Keputusan
Peperiksaan / Ujian yang Tidak Baik
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas
Maksudnya: “Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari musibah yang sangat buruk, kebinasaan, qada yang jelek dan kehinaan dari musuh-musuh.”
  Dari Buku Doa dan Amalan Berjaya di Sekolah & Kerjaya

Monday, February 27, 2012

Astro Ceria Live Streaming

Assalamualaikum Semua

Hari ini saya hendak kongsikan TV Online ASTRO CERIA. Akan datang saya akan kongsikan TV lain pula.Insya-Allah...

Thursday, February 23, 2012

Tip Menjadi Usahawan Terbilang

Assalamualaikum Semua

Alhamdulillah berjumpa lagi kita di sini. Apa khabar semua yang melawat blog yang tidak seberapa nie... :). Kali ini seaya hendak kongsikan tip-tip untuk menjadi usahawan yang terbilang.. semoga point-point yang diberikan ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. jika ada yang mahu menambah boleh la di tinggalkan di ruangan komen. Selamat membaca. insya-Allah.


Tip Menjadi Usahawan Terbilang
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

ü Patuh perintah Allah.
ü Sentiasa jujur.
ü Telus dalam sebarang tindakan.
ü Berdisiplin tinggi.
ü Sistematik dalam melaksanakan kerja.
ü Mesra dengan pelanggan.
ü Suka berjumpa dengan semua orang.
ü Mendapat sokongan padu daripada pasangan.
ü Sanggup dan sentiasa bekerja lebih masa.
ü Memiliki bakat semula jadi.
ü Cinta kepada alam perniagaan.
ü Mampu menjadi ketua yang berkualiti.
ü Mempunyai daya saing yang tinggi.
ü Peka perbezaan antara rahmat dan istidraj.
ü Pandai mengurus diri serta cekap dalam mengurus perniagaan.
ü Bersedia membantu orang lain.
ü Tidak mementingkan diri sendiri.
ü Sentiasa ceria dan bermotivasi tinggi.
ü Faham dan mengamalkan kaedah membuka pintu-pintu rezeki.

Dari Majalah Solusi keluaran Isu 40.



Friday, February 10, 2012

Ubat Penyakit Dengki

Assalamualaikum Semua

Berjumpa kembali setelah sekian lama menyepikan diri... mari kita teruskan dengan pengkongsian ilmu. Kali Ini saya ingin kongsikan ubat penyakit dengki. Apakah ramuannya? untuk ketahui kenalah baca sampai habis... Membaca dapat menajamkan otak kita untuk berfikir. Semoga pengkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.. Insya-Allah


Ubat Penyakit Dengki
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

1. Sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah s.w.t. pinjamkan. Biasanya kalau tak bersyukur nanti ada rasa tak puas hati tengok kejayaan orang lain.

2. Selalulah melakukan amal soleh dan membantu orang yang memerlukan. Biasanya kalau tak beramal soleh nanti maksiat pula yang dating dekat kita.

3. Perlu ingat setiap masa bahawa rasa dengki itu akan merosakkan amal kebajikkan. Biasanya kalau tak ingat begitu nanti kita lebih suka buat maksiat daripada amal kebajikkan.

4. Tekun dan berusaha mencari rezeki yang halal. Biasanya kalau kita berusaha untuk sesuatu yang haram nanti kita terjerumus ke lembah hina.

5. Berbaik sangka terhadap orang lain dalam setiap tindakkan. Biasanya kalau kita berburuk sangka nanti orang lain akan menjauhi kita.

6. Selalulah mengikat silaturahim dan saling bantu-menbatu antara satu sama lain. Biasanya kalau tidak berbuat begitu nanti tiada siapa yang mahu berkawan dengan kita.

7. Sentiasa menjaga perkataan dan perbuatan daripada menyinggung perasaan orang lain. Biasanya kalau kita bersikap kasar nanti kita akan hilang kawan dan saudara mara.
   Dari Majalah Gen-Q Isu 05.

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket

Blog Untuk Download