Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber
Showing posts with label Anekdot. Show all posts
Showing posts with label Anekdot. Show all posts

Sunday, September 25, 2011

Rosak Amalan kerana Ingin Dipuji

Assalamualaikum Semua :)

Kadang-kadang kebanyakkan orang Islam jika berbuat sedikit amalan mereka mahupun pujian dari orang ramai. Contoh yang jelas kita boleh tangok adanya majlis penyerahan cek, terpampang angka sumbangan yang diberikan. adakah itu menunjuk-nunjuk. Ok entri kali ini saya hendak kongsikan kisah sahabat Nabi s.a.w. semoga dengan kisah ini menyedarkan kita baik buruknya jika bersikap sebegitu. Jom baca..

Rosak Amalan kerana Ingin Dipuji
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Dalam sirah Nabi s.a.w. menerusi kisah kematian Qazman; seorang yang menyamar sebagai muslim, berjuang bersama-sama dengan para sahabat. Sedangkan hatinya menyertai para sahabat hanyalah bertujuan mendapat jolokan pejuang yang berjiwa bangsa Arab untuk menjaga kepentingan Yathrib. Penyertaannya hanyalah untuk dipuji orang. Akhiranya beliau telah Berjaya membunuh ramai musuh yang menyerang Madinah.

Walaubagaimanapun, Nabi s.a.w. agak keberatan menyebut kematiannya sebagai salah seorang syuhada. Akhirnya Nabi s.a.w. dengan tegas mengatakan dia mati sebagai seorang kafir yang tidak diterima usahanya sedikit pun di sisi Allah s.w.t. Kenyataan Nabi ini disokong seorang sahabat yang menyaksikan bahawa Qazman ini telah membunuh dirinya sendiri dengan pedang yang dimiliki kerana kesakitan daripada luka yang dialaminya dalam peperangan Uhud ini.

Ini amat berbeza dengan keadaan seorang lagi perajurit Islam dalam kalangan sahabat yang bernama Usayrim r.a. yang memeluk Islam agak lambat. Walau bagaimanapun beliau telah menjejaki syurga dengan ketelusannya beriman kepada Allah s.w.t. dan Rasul-Nya s.a.w. Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Usayrim ialah ahli syurga walaupun tempoh keislamannya amat pendek dan beliau belum pernah solat walaupun satu rakaat.”

Kedua-dua personality ini berbeza kerana Qazman adalah suatu gambaran manusia yang menderita seperti pengembara yang mengharapkan kewujudan air di tempat yang amat payah menemuinya, sedangkan Usayrim r.a. ialah seorang bertaraf sahabat yang menyahut panggilan fitrah dalam dirinya, lantas meneyrtai Nabi s.a.w. walaupun belum sempat berbuat apap-apa amalan termasuk solat.

          Dari Majalah Solusi keluaran Isu 35.

Tuesday, August 02, 2011

Di Mana Bahagia?

Assalamualaikum Semua... :)

Di manakah letaknya kebahagiaan? Adakah pada harta, wang, pangkat atau pada iman di hati? Jom kita baca petikan daripada buku iman dan kehidupan oleh Dr Qaradawi. mudah-mudah memberi manfaat dalam kehidupan kita. Terutamanya kepada mereka yang telah berumahtangga....:)

Di Mana Bahagia?
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Seorang suami yang marah kepada isterinya dengan segera mengecam isterinya: “Aku akan lenyapkan kebahagianmu.” Si isteri menjawab dengan tenang, “Anda tidak mampu melenyapkan kebahagiaku sebagaimana anda tidak mampu memberikan kebahagiaan kepadaku.”

Suami bertanya: “Mengapa aku tidak akan mampu melenyapkan kebahagiaanmu?”

Isteri menjawab dengan penuh keyakinan: “Kalau seandainya kebahagiaanku terletak dalam pembelanjaan, tentu anda akan mampu menghilangkannya. Dan kalau terletak dalam pakaian dan perhiasan, tentu anda juga sanggup menahannya. Tetapi kebahagiaanku adalah sesuatu yang bukan milikmu dan tidak dapat kamu kuasai, baik kamu sendiri ataupun orang lain.”

Suami bertanya dengan penuh kehairanan: “Di manakah kebahagiaanmu?” Isteri menjawab dengan penuh keyakinan: “Sesungguhnya aku memperoleh kebahagiaan dalam keimananku. Dan imanku itu dalam hatiku. Tiada seorang pun yang dapat menguasai hatiku selain Allah.”

Petikan daripada buku iman dan kehidupan oleh Dr. Yusuf al-Qaradawi.

Dari Majalah Solusi keluaran Isu 6.

Tuesday, July 26, 2011

Berkasih Sayang Kerana Allah

Assalamualaikum semua sahabat yang dikasihi... Apa Khabar?

Sebagai seorang manusia kita mempunyai sifat kasih dan sayang sesama makhluk. Namun apakah kasih sayang kita itu benar-benar kerana kita kasih atau sekadar mahukan sesuatu balasan daripada mereka? Harap-harap kita tergolong dalam golongan seperti itu. Message yang hendak dikongsikan kali ini ialah mengenai berkasih sayang kerana Allah... jom kita baca seterusnya.. mudah-mudahan menjadikan kita pengajaran dari kisah ini...

Berkasih Sayang
Kerana Allah
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Kisah ini diriwayatkan daripada Rasullah s.a.w. sendiri. Abu Hurairah meriwayatkan daripada Baginda s.a.w. bahawa ada seorang lelaki ingin menziarahi sahabatnya yang menetap di sebelah kampong yang lain.

Maka Allah s.w.t. telah menghantar malaikat ke jalan yang dilaluinya untuk memerhatikan lelaki itu.

Apabila lelaki itu melalui jalan yang ditunggu oleh malaikat itu, malaikat bertanya: “Ke mana kamu ingin pergi?”

Jawab lelaki itu jujur: “Aku ingin bertemu saudaraku di kampong ini.”

Malaikat bertanya lagi: “Adakah bagi kamu ada apa-apa nikmat yang akan kamu peroleh daripadanya?”

Lelaki itu menjawab: “Tidak, Aku menziarahinya hanya kerana aku menyayanginya kerana Allah.”

Berkata malaikat: “Sesungguhnya aku merupakan utusan Allah kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah Taala menyayangi saudaramu kerana-Nya.” (Riwayat Muslim)

Orang yang ihklas bersahabat kerana Allah tidak menaruh apa-apa kepentingan peribadi daripada hubungan persahabatan yang terbina. Bukankah harta dan pangkat yang dicari walaupun sahabat mampu memberikan kelebihan seperti itu. Namun mereka yakin hakikat persahabatan yang baik itu hanya Allah yang mampu member ganjaran yang terbaik.

 Dari Majalah Solusi keluaran Isu 33.

Monday, July 11, 2011

Boleh Buat Maksiat, dengan Syarat.............

Assalamualaikum semua rakan-rakan dan pengunjung blog ini... :)

Maksiat? Boleh ke kita sebagai hamba Allah membuat maksiat? Boleh je kalau hendak buat maksiat tapi ada syaratnya... Apa syarat yang perlu kita ikut untuk membuat maksiat? Message kalai ini akan memberi tahu apa syarat-syaratnya. Jom kita baca dan semoga ianya menjadi pengingatan kepada kita sebagai hamba Allah... . Ya Allah jauhkanlah kami dari malakukan maksiat di muka bumi-Mu ini.. berikanlah cahaya iman dalam hati kami ini, Agar kami peroleh kebaikkan di dunia dan di akhirat.... Amin...

Boleh Buat Maksiat, 
dengan Syarat……
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Dalam kitab al-Tazkirah fi Ahwal al-Mawta wa Umur al-Akhirah oleh Imam al-Qurtubi, diceritakan berkenaan seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk mencari hidayah telah bertemu dengan seorang sufi yang hebat, iaitu Ibrahim Adham.

Beliau bertanya, apakah ada ruang kepada beliau untuk melakukan maksiat.

Lalu dijawab oleh Ibrahim Adham: “Kamu boleh melakukan maksiat dengan syarat:

1. Jangan kamu makan rezeki Allah kerana tidak layak orang yang makan rezeki Allah derhaka kepada Allah.

2. Jangan kamu tinggal di bumi Allah kerana tidak layak orang yang tinggal di bumi Allah melakukan maksiat dan penderhakaan kepada-Nya.

3. Buatlah maksiat di tempat yang Allah tidak Nampak akan kamu.

4. Sekiranya malaikat maut dating hendak mencabut nyawamu, maka katakana kepada malaikat maut untuk menangguhkan sedikit masa lagi umurmu supaya engkau sempat bertaubat. Sekiranya engkau dapat melakukan perkara tersebut, maka persilakan untuk melakukan maksiat.

5. Sekiranya malaikat Zabaniah penjaga neraka dating hendak mengheretmu ke dalam neraka, maka katakana kepadanya bahawa kamu tidak akan mengikutnya. Sekiranya engkau dapat berbuat demikian, maka dipersilakan untuk melakukan maksiat.”

Setelah mendengar kata-kata tersebut, lelaki itu menangis teresak-esak kerana dia sedar bahawa tidak layak bagi seorang hamba Allah untuk melakukan maksiat kepada-Nya.

Akhirnya, lelaki itu menemui jalan hidayah. Dia bertaubat kepada Allah s.w.t. dengan bersungguh-sungguh. Sejak itu, dia bersegera menuntut ilmu dan beramal dengannya serta menjadi hamba Allah yang soleh.

 Dari Majalah Solusi keluaran Isu 33.

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket

Blog Untuk Download