Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber

Thursday, October 06, 2011

Hak-hak Orang Islam #6

Assalamualaikum Semua :)

Kali ini saya hendak sambung entri mengenai Hak-hak orang Islam sesama Islam. Entri kalai ini saya mahu tambahkan tiga point lagi yang perlu kita ambil berat sebagai seorang muslim.. untuk rujukan entri-entri sebelum ini bolehlah klik pada tajuk-tajuk berikiut - ♥ Hak-hak Orang Islam #1 ♥ Hak-hak Orang Islam #2 ♥ Hak-hak Orang Islam #3 ♥ Hak-hak Orang Islam #4 ♥ Hak-Hak Orang Islam #5 ♥ Semoga memberi manfaat yang berguna kepada perpaduan umat Islam..


Hak-hak Orang Islam #6
Sumber Gambar: Google
 
16. Hendaklah menutup kesemua keburukkan kaum muslimin. Rasullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa menutup keburukan orang Islam, maka Allah Taala akan menutup keburukannya di dunia dan akhirat.”  (Diriwayatkan oleh Muslim)

Selain itu Baginda s.a.w. juga bersabda yang bermaksud:
“Tidaklah seseorang mukmin itu melihat suatu keburukan dari saudaranya kemudian menutupnya, melainkan ia akan masuk syurga.” (Diriwayatkan oleh Thabrani)
Lagi sabda baginda s.a.w. yang bermaksud:
“Hai orang yang hanya beriman dengan ucapannya tetapi keimanan yang itu belum lagi meresap ke dalam hatinya! Janganlah kamu semua mengumpat orang-orang lain, jangan pula mencari keburukan mereka sebab barangsiapa yang mencari keburukan saudaranya sesame muslim, maka Allah akan mencari keburukannya dan barangsiapa yang dicari keburukannya oleh Allah, maka Allah akan membuka rahsia itu sekalipun di dalam rumahnya.” (Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tarmizi)

Tuesday, October 04, 2011

Apakah Itu DNA?

Assalamualaikum Semua :)

Entri kali ini saya nak ajak pembaca kenali apa dia DNA tu. entri ini juga lanjutan dari entri sebelum ini yang bertajuk DNA Membuktikan Kekuasaan Allah. Semoga dengan adanya entri sebegini dapatlah kita menambah sedikit lagi ilmu untuk dijadikan rujukan mahupun sebagai pendidikan.. Teruskan membaca... :)

Apakah Itu DNA?
Sumber Gambar: http://games.goadrich.com/dna.html

DNA ialah singkatan bagi Deoxyribonucleic acid. Ia terletak didalam nucleus (inti) setiap sel manusia dan haiwan termasuklah bacteria. Semua sel di dalam badan kita mengandungi DNA kecuali sel darah merah. DNA merupakan inti pati setiap sel dan ia mengandungi semua maklumat genetic asas mengenai seseorang individu. Ia juga dipanggil sebagai molekul warisan kerana DNA mewariskan sifat-sifat organism induk (ibu bapa) kepada keturunannya.

Setiap sel manusia mempunyai satu nukleus. Di dalam nucleus terdapat 46 pasang kromosom yang mengandungi 2 juta DNA dan 3 bilion subumit-subumit DNA. Ia diumpamakan seperti sebuah bank data bagi seseorang manusia.

Sunday, October 02, 2011

Da'i Nada - Astaghfirullah + Lirik Lagu

Assalamualaikum Semua :)

Sebuah lagu nasyid yang dapat menenangkan fikiran. Liriknya sungguh menyentuh perasaan. Lagu ini sesuai di dengar oleh mereka yang sedang stress yang mahukan ketenangan. Kumpulan Nasyid ini berasal dari Indonesia nama kumpulan ini ialah Da'i Nada. Lagu-lagu mereka kebanyakkan macam acapella. Apa-apapun jom layan... Semoga mendapat ketenangan di hati... :)

Da'i Nada - Astaghfirullah

Astaghfirullah robbal baroyaa
Astaghfirullah minal khothooya
Robbiy zidniy ‘ilman naafi’aa
Wawaffiqnii ‘amalan soliha 2x

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket

Blog Untuk Download