Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber

Thursday, October 06, 2011

Hak-hak Orang Islam #6

Assalamualaikum Semua :)

Kali ini saya hendak sambung entri mengenai Hak-hak orang Islam sesama Islam. Entri kalai ini saya mahu tambahkan tiga point lagi yang perlu kita ambil berat sebagai seorang muslim.. untuk rujukan entri-entri sebelum ini bolehlah klik pada tajuk-tajuk berikiut - ♥ Hak-hak Orang Islam #1Hak-hak Orang Islam #2Hak-hak Orang Islam #3Hak-hak Orang Islam #4Hak-Hak Orang Islam #5 ♥ Semoga memberi manfaat yang berguna kepada perpaduan umat Islam..


Hak-hak Orang Islam #6
Sumber Gambar: Google
 
16. Hendaklah menutup kesemua keburukkan kaum muslimin. Rasullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa menutup keburukan orang Islam, maka Allah Taala akan menutup keburukannya di dunia dan akhirat.”  (Diriwayatkan oleh Muslim)

Selain itu Baginda s.a.w. juga bersabda yang bermaksud:
“Tidaklah seseorang mukmin itu melihat suatu keburukan dari saudaranya kemudian menutupnya, melainkan ia akan masuk syurga.” (Diriwayatkan oleh Thabrani)
Lagi sabda baginda s.a.w. yang bermaksud:
“Hai orang yang hanya beriman dengan ucapannya tetapi keimanan yang itu belum lagi meresap ke dalam hatinya! Janganlah kamu semua mengumpat orang-orang lain, jangan pula mencari keburukan mereka sebab barangsiapa yang mencari keburukan saudaranya sesame muslim, maka Allah akan mencari keburukannya dan barangsiapa yang dicari keburukannya oleh Allah, maka Allah akan membuka rahsia itu sekalipun di dalam rumahnya.” (Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tarmizi)


Pada suatu kejadian, iaitu ada seorang khalifah pada zaman dahulu pada suatu malam sedang meninjau keadaan rakyatnya. Kemudian ia mendengar suar seorang lelaki sedang menyanyi di dalam sebuah rumah. Ia memanjat dinding rumah itu. Di situ kelihatan di samping lelaki tadi, seorang wanita dan dihadapannya ada minuman keras (arak). Dengan nada marah sekali, Khalifah tadi berkata,. “Hai musuh Allah, apakah kau kiraa Allah akan menutup kelakuanmu  yang keji itu? Sedangkan engkau sedang melakukan kemaksiatan padaNya?” Orang itu berkata “dan tuan sendiri, bagaimanakah hai Amir, jangan tergesa-gesa marah. Kalau saya melakukan kemaksiatan, maka hanyalah satu maksiat sahajayang kulakukan, tetapi tuan telah melakukan tiga kemaksiatan sekaligus.” Khalifah itu masih marah terus dan berkata, “Apa yang aku lakukan?” Orang itu menjawab, Bukankah Allah Taala telah berfirman yang bermaksud:
“Janganlah kamu mengintip dan mencari-cari kesalahan.” (Surah Al-Hujuraat. 49: 12)

Sedangkan kini tuan sedang melakukannya. Bukankah Allah juga berfirman yang bermaksud:
“Dan bukanlah perkara kebajikan kamu mamasuki rumah dari bahagian belakangnya” (Surah Al-Baqarah. 2: 189)
Sedangkan tuan malahan memanjat dinding. Bukankah Allah Taala berfirman yang bermaksud:
“Janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu” (Surah An-Nur 24: 27)
Sedangkan tuan kini berada di dalam rumahku tanpa izin dan tanpa ucapan salam. Bukankah tiga kemaksiatan telah tuan lakukan?.” Khalifah itu hilang kemarahannya dan bertanya. “Apakah kiranya engkau akan menjadi orang baik, sekiranya engkau aku ampuni kelakuanmu ini?” Ia menjawab. “Ya dapat. Demi Allah, sekiranya tuan suka mengampuni kemaksiatanku ini, pasti aku tidak akan mengulanginya lagi.” Khalifah itu lalu memaafkannya dan keluar meninggalkannya.

Rasullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Semua umatku akan meneriima pengampunan melainkan orang-orang yang melakukan kesalahan secara terang-terangan. Termasuk melakukan kesalahan terang-terangan itu ialah apabila seseorang itu melakukan kesalahan secara sembunyi-sembunyi pada malam hari, kemudian paginya, Allah menutupi kesalahannya itu tetapi ia sendiri yang memberitahu perbuatannya itu. Sesungguhnya Allah telah menutupinya tetapi ia membuka tutupan itu.” (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)
Baginda s.a.w. bersabda lagi yang bermaksud:
“Barangsiapa yang mempendengarkan (menghebahkan) berita sesuatu kaum sedangkan mereka itu membencinya. Maka orang tadi akan dituang ke dalam telinganya dengan timah mendidih pada hari kiamat.” (Diriwayatkan oleh Bukhari)
17. Hendaklah menjaga dan berhati-hati daripada tempat-tempat yang menbawa prasangka yang buruk dan lidah-lidah mereka dari mengumpat. Sebabnya ialah kerana apabila mereka itu melakukan maksiat kepada Allah dengan prasangka buruk maka kita yang mendapat dosa kerana kitalah asal maksiat itu, maka itu bererti kita bersekutu dalam dosa itu.

Dalam hal ini Allah Taala telah berfirman yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan." (Surah Al-An’am  6 : 108)
Dalam sebuah hadis dicerita demikian Rasullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Bagaimanakah pandangan kamu terhadap orang yang mencaci maki kedua orang tuanyasendiri?” Para sabahat menjawab “Apakah ada orang yang mancaci maki kedua orang tuanya sendiri?” Baginda s.a.w. lalu bersabda lagi: “Ya ada, iaitu orang yang mencaci maki kedua orang tua orang lain, lalu orang itu membalas mencaci maki kedua orang tuanya.”
Umar r.a. berkata: “Barangsiapa yang meletakkan dirinya di tempat yang menimbulkan prasangka, maka janganlah ia mencela orang lain kalau mereka itu bersangka buruk terhadapnya.”

18. Hendaklah member syafaat (menolong) untuk memenuhi keperluan orang lain atau mereka yang ada hubungan dengan seseorang yang berkedudukan, terutama dari kaum muslimin, dan orang itu mempunyai hubungan dengannya. Jadi sebaik-baiknya keperluan sahabatnya itu disuahakan dengan sepenuh tenaganya. Dalam hal ini Rasullah s.a.w. bersabda yang bermaksud
“Berikanlah syafaat (pertolongan untuk memenuhi hajat seseorang), maka kamu akan diberi pahala.”  (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)
Dari Buku Bimbingan Untuk Mencapai Tingkat Mukmin  Jilid 1.

 P/s: Entri ini mempunyai sambungan  

No comments:

Post a Comment

MSG-Zone

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket