Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber

Sunday, January 24, 2010

CETUSAN IDEA DAN PANDANGAN TENTANG MASA DEPAN URUT DAN JURU URUT GOLONGAN CACAT PENGLIHATAN (BUTA) DI MALAYSIA.

Pada pandangan dan pemikiran saya industri urut bagi orang buta di Malaysia masih lagi di tahap yang belum memuaskan. Ini kerana masih banyak perkara yang perlu diatasi. Antara perkara tersebut ialah persaingan daripada pusat-pusat pelacuran yang menjadikan kegiatan urut tradisional dan urut refleksologi sebagai topeng mengelak mereka daripada di ambil tindakkan oleh pihak berkuasa. Ini mengakibatkan persepsi dan pandangan masyarakat menganggap tempat-tempat urut sebagai tempat melakukan maksiat. Tanggapan seperti inilah yang mengakibatkan golongan OKU penglihatan yang menceburi bidang urut 100% sebagai sumber rezeki mengalami kesan daripada persepsi tersebut.

Selain itu, kekurangan ilmu dalam bidang urut ini juga menyumbang kepada tahap dan kualiti kerja pengurut tidak memberangsangkan di mana mereka hanya menceburi bidang ini setelah mereka kecewa mendapat pekerjaan lain. “tangkap Muat” dengan hanya mempelajari daripada kawan-kawan tanpa mengetahui fungsi sesuatu bahagian. Tindakkan ini menyebabkan standard dan kualiti yang dimiliki tidak mencapai tahap piawaian yang sama dengan negara-negara yang maju delam bidang urut seperti Negara China dan Jepun.

Masa depan urut bagi pengurut dikalangan orang buta masih lagi tidak menjamin masa depan yang baik berbanding pekerjaan-pekerjaan lain. Contoh soal gaji, kebanyakkan pengurut di Malaysia hanya mendapat gaji berdasarkan komisen sepenuhnya, jika tiada pelanggan maka mereka tidak mendapat sebarang gaji. Hal ini akan menimbulkan masalah bagi mereka yang telah berkeluarga dimana mereka perlu menyara anak-anak, membayar bil dan sebagainya. Ini boleh mengakibatkan mereka akan terjerumus dengan hutang.

Masalah-masalah seperti dinyatakan di atas boleh diatasi dengan beberapa langkah bagi meningkatkan mutu dan gaya hidup masyarakat Buta di Malaysia. Antara langkah-langkah yang dapat dicetuskan adalah seperti berikut;

Malaysia memerlukan undang-undang khas di mana hanya golongan OKU penglihatan sahaja dibenarkan menjalankan dan mengusahakan pusat-pusat urut. Hal ini sangat wajar dilaksanakan kerana ia dapat mengurangkan kegiatan-kegiatan pelacuran malah menhapuskan terus kegiatan pelacuran tersebut, selain itu, ia boleh menghakis persepsi masyarakat bahawa bidang urut dikaitkan dengan kegiatan maksiat dan yang paling penting adalah memberi peluang yang luas kepada golongan cacat penglihatan ini mendapat pekerjaan sekiranya bidang urut ini dikhaskan kepada orang-orang buta sahaja.

Pusat-pusat pengajian bertaraf IPTA atau IPTS perlu mengujudkan kursus-kursus yang berkaitan dengan perubatan alternatif. Ini sangat penting kerana mereka yang bekerja urut ini perlu tahu tentang sistem anatomi, fisiologi, teknik dan sebagainya. Dengan cara ini bidang urut di Malaysia dapat diprofesionalkan. Hal ini dapat meningkatkan kualiti pekerja-pekerja urut dan Pelanggan yang ingin diurut mendapat perkhidmatan sebenar yang profesional.

Bagi menjamin kebajikan pekerja-pekerja urut ini, Pihak majikan perlu mengambil tanggungjawab dengan mencerun wang kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Dengan caruman ini pekerja urut tidak perlu terlalu bimbang apabila mereka bersara kelak daripada pekerjaan urut kerana mereka masih mempunyai wang simpanan. Sekiranya caruman tidak dibuat masa depan pengurut masih samar kerana khudrat untuk melakukan pekerjaan urut ini tidak akan berkekalan selamanya.

Selain itu juga, Bidang urut ini perlu dimasukkan sebagai salah satu cabang perubatan atau kaedah rawatan di hospital-hospital. Dengan itu, secara tidak langsung bidang urut ini menjadi bidang yang professional.

Kesimpulannya, Industri urut di Malaysia masih lagi perlu diperbaiki berdasarkan cadangan-cadangan yang telah dicetuskan. Orang Buta di Malysia tidak akan maju sekiranya tiada bidang yang khusus bagi orang buta kerana bidang-bidang lain telah dipelopori oleh orang-orang normal. Namun begitu janganlah ditutup peluang golongan orang buta untuk terus menceburi bidang-bidang lain.

“1 BIDANG 1 GOLONGAN 1 MALAYSIA”

Pengenalan Perubatan tradisional cina (TCM) dan Ciri-ciri TCM

Negara China memang terkanal dengan perkembnagan sejarah awal tamadun di dunia. Antara sejarah awal tersebut ialah dalam bidang perubatan. Perubatan tradisonal cina atau TCM (Traditional Chinese Medicine) bermula sejak lebih 3000 tahun lalu. Kaedah perubatan TCM sangat berbeza dengan kaedah perubatan barat atau moden. Kaedah TCM merangkumi penggunaan herba-herba sebagai ubat-ubatan, Moksa, Acupuncture, dan Urutan refleksologi.

Pada dasarnya perubatan China adalah hasil daripada kepercayaan magik dan kuasa ghaib. Dari asas ini orang Cina cuba untuk memberi jawapan tentang fenomena-fenomena alam Dalam TCM terdapat 3 aliran pendapat dari orang-orang cina iaitu pengalaman, teori dan praktikal. Ketiga-tiga aliran ini mempunyai pandangan yang berbeza tetapi menggunakan kaedah perubatan yang sama.

Pengalaman nenek moyang mereka telah menyebabkan TCM berkembang hingga ke hari ini, Melalui pengalaman tersebut mereka mengumpul segala kaedah yang digunakan menjadi satu teknik perubatan.

Aliran kedua melalui teori dimana mereka telah melakukan kajian dengan melakukan pembedahan ke atas manusia mahupun haiwan dan mereka telah menyamakan organ-organ dalam tubuh badan dengan alam sekitar. Sebagai contoh mereka telah menyamakan organ dengan elemen-eleman alam sekitar seperti kayu, api, tanah, logam dan air.

Seterusnya adalah melalui praktikal, Praktikal sangat penting kerana dengan melakukan praktikal mereka dapat mengenalpasti penyakit yang dihidapi pesakit. Mereka telah mencari titik di tubuh badan dan mempratikkan melalui kaedah perubatan.

Terdapat beberapa ciri dalam TCM yang telah menjadi sebahagian indentiti TCM sendiri. Pertama, Dalam amalan TCM konsep dua angkasa atau mempunyai dua bahagian iaitu alam sekitar dan manusia. Alam sekitar yang dinyatakan merupakan unsur-unsur persekitaran seperti tumbuh-tumbuhan, bukit-bukau, gunung-ganang, laut dan sebagainya yang berkaitan dengan alam sekitar. Manakala satu lagi bahagian ialah melalui kehidupan manusia itu sendiri.

Ciri-ciri kedua adalah Manusia. Ini meliputi unsur luaran dan dalaman manusia di mana ia berkait rapat dan saling memerlukan antara satu sama lain seperti zahir dan batin. Tanpa zahir dan batin atau luar dan dalam ini manusia dilihat tidak sempurna dalam kehidupannya.

Ketiga, Dalam TCM cara untuk mengenali sesuatu penyakit adalah tidak pasti atau lebih mudah ialah TCM mengenali sesuatu penyakit melalui andaian dan ramalan. Amalan dan ramalan ini berdasarkan konsep Yin dan Yang iaitu (Perkara yang bertentangan) seperti Hitam-Putih, Sejuk-Panas, Malam-Siang. Selain itu, Konsep Luaran dan dalaman – Luaran meliputi anggota luar tubuh badan seperti kulit.

Manakala bahagian dalaman merangkumi aliran di dalam tubuh badan manusia. Seterusnya ialah konsep kuat dan lemah yang menggabungkan keenam-enam eleman.
(Contoh-contoh Yin dan Yang)

Yin - Yang
Gelap - Cerah
Pasif - Agresif
Lembik - Keras
Sejuk - Panas
Malam - Siang
Bumi - Langit
Bulan - Matahari
Utara - Selatan
Dalam - Luar
Hitam - Putih
Bawah - Atas
Perempuan - Lelaki

Ciri TCM yang keempat ialah Rawatan keseluruhan badan – tak merawat penyakit semata-mata tapi merawat pesakit itu sendiri. Sebagai contoh pesakit dirawat dengan menggunakan kaedah urutan refleksologi

Kelima, TCM menggabungkan merawat dan mengenalpasti pesakit dan mengenali penyakit. (Mencari penyakit pesakit dan merawat penyakit pesakit) 2 dalam 1. Ia tidak sama dengan perubatan moden di mana lebih menfokuskan penyakit yang dihadapi oleh pesakit.

Ciri-ciri TCM keenam ialah TCM menggunakan cara istimewa di mana ia tidak dapat dikesan melalui perubatan moden, iaitu menggunakan titik-titik meridian. Titik meridian ini lebih kepada penggunaan kaedah Acupuncture dalam amalan TCM.

Ketujuh, TCM menyarankan mencegah sesuatu penyakit atau mencegah daripada merawat adalah focus utama dalam amalan TCM dari dulu lagi.

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket

Blog Untuk Download