Kisah Goku dan Naruto
Tips Lupakan Si Dia
Dalam mencari jalan untuk menghilangkan rasa kecewa di hati, Goku berborak-borak dengan kawan rapatnya yang bernama Naruto. Goku menceritakan masalah dia pada Naruto dengan harapan Naruto dapat memberi beberapa tips untuk dia menghilangkan rasa kecewanya itu.. berikut adalah perbualan mereka.
Goku : Naruto aku sebenarnya suka seseorang awek ni, aku sangat sayang pada dia.
Naruto : Kau dah luahkan ke perasaan kau pada awek tu?
Goku : Aku dah luahkan tapi… (Goku terdiam)
Naruto : Tapi ape?
Goku : Tapi dia hanya mahu aku anggap dia sebagai kawan je.. aku sangat sedih..
Naruto : Oh gitu ke? Aku dulu pun ada rasa macam kau rasa ni… memang susah nak terima orang yang kita sayang tu tolak kita. Meh sini aku kasi ko tips macam mana nak hilangkan kesedihan kau tu…
Goku : Apa tipsnya?
Naruto : Tips ni pun aku search kat internet je.. Hahaha.. Tapi aku rasa ia berguna untuk kau buat masa ni..
Goku : Tak kisahlah asalkan aku dapat hilangkan perasaan aku ni.. Buat apa kita nak ingat kat dia kalau dia tak menghargai diri kita… betul tak?
Naruto : Betul betul betul….
Goku : Tu macam ayat Upin dan Ipin je…
Naruto : Hehehe… Yang baik kita Cilok, Yang buruk kita Blok..
Golu : Aku harap tips yang kau nak kasi ni sangat berguna untuk aku…
Naruto : Insya-Allah… berguna untuk kau. Mula-nula kau mesti Terima Hakikat.
awek yang kau minat tu tak suka kau. Kau perlu belajar untuk menerima kenyataan bahawa pertemuan akan berakhir dengan perpisahan dan perpisahan adalah permulaan kepada pertemuan.
Goku : Ya.. aku akan cuba… terima hakikat. Lagi
Naruto : kedua, kau Melarikan diri..
Goku : Takkanlah sampai nak melarikan diri kot… taknak la aku lari.. kalau guna awan terbang bolehkan?
Naruto : Hahaha.. macam-macam la ko ni… buat lawak lak… pada aku Siapa kata melarikan diri tidak menyelesaikan masalah? Memang melarikan diri tidak akan menyelesaikan masalah sepenuhnya tetapi ia dapat mengurangkan tekanan kau . Cuba kau pergi ke satu tempat yang agar jauh dari tempat kau dan rehatkan minda kau . Tapi jangan laaa.. kau buat kerja gila pergi panjat menara lepas tu terjun… kau kena ingat kau nak selesaikan masalah bukannya nak menambah masalah…
Goku : Menjauhkan diri la ni? Takkan la aku nak terjun menara kot.. kalau guna paying terjun pun aku piker berkali-kali. Lagipun buat apa nak terjun bunuh diri… lebih baik aku terjun kolam mandi. Lagi syok…. Hehehe… seterusnya apa lagi?
Naruto : Yup. Tapi kau ni sebenarnya tengah sedih ke tak ni?
Goku : Sedih la bro.. asal kau Tanya aku macam tu?
Naruto : Dah aku tengok kau boleh buat lawak lagi…
Goku : Luar je kau tengok aku macam ni tapi kat dalam hati hanya tuhan yang tahu… nak menghiburkan hati la katakana.
Naruto : Tu pun salah satu cara untuk hilangkan kesedihan.. buat lawak kasi ketawa… tapi jangan lebih pulak. Nanti orang hantar kau ke Tanjung Rambutan lak… Okeylah.. tips seterusnya Luahkan perasaan kau kepada sahabat karib kau. sekurang-kurangnya dengan meluahkan perasaan, kau akan dapat menghilangkan tekanan kau tu. Kau tahukan sahabat yang baik sentiasa bersama kau dalam apa keadaan pun sama ada waktu kau senang mahupun waktu kau susah…
Goku : Macam aku buat sekarang ni la… luahkan pada kau..
Naruto : Hehehe ye ke.. kiranya aku ni sahabat karib kau la… tq bro.. terharu aku. Ada juga orang hargai aku… ni yang bertambah semangat nak kasi tips ni… seterusnya kau pula mendengar luahan sahabat kau tu sekurang-kurangnya kau tahu bahawa kau bukan seorang sahaja menerima nasib yang teruk.
Goku : Huhuhu…. Welcome bro.. Kalau macam tu kau ceritalah kat aku pengalaman kau tu. Kaukan sahabat aku.
Naruto : Aku punya cerita panjang sangat la bro… tapi aku dah tulis dalam diari aku.. nanti aku kasi kau baca… aku dah siap buat hard cover macam tesis aku dulu. Hehehe malas aku nak cerita nanti aku menangis lak…
Goku : Laa, takkanlah sampai nak menangis pulak?
Naruto : Biasa bro, dalam hati ada taman..
Goku : Jiwang betul la kau ni.. hihihi.. ada lagi ke tips yang kau nak kongsikan dengan aku?
Naruto : Eleh macam la kau tu tak jiwang? Kalau tak, takkanlah kau mintak tips dari aku… Okeylah kalau kau masih tak dapat nak hilangkan kesedihan dan masih teringat awek kau tu apa kata kau cuba ingat dekat orang lain ... ahli keluarga ke , artis ke , idola ke , tapi kalau boleh jangan cuba untuk teringatkan kawan sejantina kau .. bahaya tu karang jadi lain lak. Tapi aku nasihatkan lebih baik kau ingat pada yang menciptakan kita. Iaitu Allah S.W.T. Kau mintalah pentunjuk pada-Nya. Mudah-mudahan hidup kau lebih tenang,
Goku : Hahaha… aku masih sihat otak.. semoga dijauhkan dari perkara songsang tu… Tapi aku sokong 100% bahawa kita mesti kembali kepada Allah… Kau ada tak doa-doa yang boleh kita amalkan? Dah abis ke tips dari kau?
Naruto : Hehehe… aku pun harap di jauhkan dari perkara songsang tu… kalau ikutkan apa yang aku baca ada satu lagi… tapi pada aku yang ni tak penting sangat kot.. Pasal doa tu rasanya ada…
Goku : Apa dia? Mana tahu aku boleh pratikkan..
Naruto : Kalau kau pernah dapat hadiah kau buangkan je… takpun kau pulangkan pada dia. Tapi pada aku lebih baik simpan je. Macam mana orang lain nak hargai kita sedangkan kita tak mahu menghargai pemberian orang…
Goku : Hadiah.. erm rasanya takde kot.. sebab tarikh besday aku pun dia lambat wish… tu pun setelah aku bagi tahu.. huhuhu…
Naruto : Hahaha… Tu maknanya dia memang takde perasaan pada kau… lebih baik kau lupakan dia…
Goku : Tapi dia baik, dia terus terang, dia jujur dan dia terima berkawan dengan aku walaupun aku ni tak sempurna.
Naruto : Kalau macam tu kau kena perbanyakkan berdoa semoga Allah berikan kau petunjuk.
Ya Allah, lenyapkan kesusahan dan kesedihanku
Goku : Terima kasih bro… sebab kasi aku tips yang berguna ni… aku rasa lebih bersemangat untuk menghadapi semua ini…
Naruto : Sama-sama. Hari ni kau ditimpa masalah mana tahu lain kali aku lak ke… hidup nikan ibarat roda. Pasal awek yang kau minat tu. Kau biarkanlah dia.. biar dia sendiri yang menilai keikhlasan kau… seeloknya kau buat macam biasa je.. kau pendamkan je perasaan kau tu… mungkin dia keliru kot. Takpun dia belum puas enjoy.. kalau dia dah leh terima kau dia sendiri akan datang cari kau… biasalah bro perempuan jual mahal… sabar, Sabar dan terus bersabar. Lu fikirlah sendiri okey.
Goku : Yup.. betul tu.. Sabar sabar dan terus bersabar…
Setelah selesai mereka berborak, mereka pun kembali berlatih dan menunjukkan kuasa masing-masing.
"Yang Baik Kita CILOK,
hai . salam . thanx joinnn :D
ReplyDeleteall the best !
Wslm, Hai... welcome....
ReplyDeleteYup all the best too....
jgn lupa follow blog ni... :)
sungguh menarik cerita ini... pendam dalam kot..but, saya de sorg teman..die pernah luahkan hatinya kat saya...but,die tak pernah jujur dan ckp tu selalu nk berselindung..tak tahu kenapa...dan sampai sekarang tak tahu apa khbar die...=p
ReplyDelete@BeLLa lupakanlah dia Cik Bell, Carilah orang lain... mungkin orang tu tak sesuai utk Cik Bell... :)
ReplyDelete