Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber

Sunday, December 25, 2011

Dialog Moden Lagi Berpahala Menyebutnya


Assalamualaikum Semua

Mulai hari ini apa kata kita tukar ungkapan yang biasa kita katakan kepada ungkapan yang lebih baik dan berpahala. Apa ungkapan itu? untuk tahu jom baca entri ini. Semoga pengkongsian yang tidak seberapa ini memberi manfaat kepada kita semua. Insya-Allah..

Dialog Moden Lagi Berpahala Menyebutnya  
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas


Adik-adik, Kita sering menterjemahkan perasaan kita dengan ucapan atau kata-kata. Sayangnya apabila kadang kala kata-kata kita boleh menyebabkan kemurkaan Allah dan kemarahan kawan-kawan yang lain. Jadi apa kata kita biasa-biasakan lidah kita dengan ucapan yang lebih sedap didengar dan membuahkan pahala.

YANG BIASA

BIASAKAN YANG SEBETULNYA
Pergh… gempak giler…
Tukar kepada
Subhanallah…
OMG (oh my god)…
Tukar kepada
Ya Allah…
Terbaek….
Tukar kepada
Alhamdulillah…
Ok… orait…
Tukar kepada
Insya-Allah…
Cilakak…..
Tukar kepada
Masya-Allah…
Ellemak… lupa lak…
Tukar kepada
Allahumassolli’ala Muhammad…
Arghhhh… pening…
Tukar kepada
Astaghfirullah…
Eeee… terunya…
Tukar kepada
Na’uzubillah…
Opocot….
Tukar kepada
Allahu akbar…
Hek eleh…
Tukar kepada
La ilaha illallah…

Mudah bukan? Betulkan yang biasa, biasakan yang sebetulnya.. Selamat Mencuba!!!

 Dari Majalah Gen-Q Isu 04.

Friday, December 23, 2011

Isteri Saya Hilang

Assalamualaikum Semua

Apa khabar? Di kesempatan ini saya hendak kongsikan sebuah cerita yang memberi pengajaran kepada sesipa yang membacanya. Semoga kita dapat mengenali insan yang kita sayangi daripada mengenali harta benda atau material kita. Insya-Allah :).Bagaimana Suami anda kalau macam nie? mari baca seterusnya.


Isteri Saya Hilang

Sumber Gambar: Majalah Solusi Isu 38

Seorang suami berjumpa polis untuk melaporkan kehilangan isterinya yang keluar seketika untuk membeli gula, namun tidak pulang-pulang.

"Sudah berapa lama isteri encik keluar?" soal polis.

"Saya tidak pasti pula. Pagi tadi atau tengah hari kot."

"Dia pakai baju warna apa?"

"Tak pasti la tadi. Mungkin hitam atau putih. Kalau tak pun kelabu."

"Baiklah. Dia ada bawa kad kredit atau kad ATM bersama?"

"Kad ATM memang selalu ada dalam dompet dia, tapi kad kerdit tak pasti pula."

Polis tersebut menggeleng-gelengkan kepala. "Isteri encik keluar dengan kereta persendirian?"

"Ya tuan, dia keluar menggunakan kereta saya, Produa Myvi. Kereta saya tu berwarna silver, berusia hampir 4 tahun 12 Disember nanti. Bumper depan kereta sebelah kiri ada kesan calar sikit. Bahagian dalam kereta saya guna wangian Teddy Dream dari Lovely Lace."

"Okey, kalau macam tu kita cari kereta encik dahulu sebelum mencari isteri encik," kata polis menamatkan sesi soal siasat.

Pengajaran : Adakah ada ketikanya metarial lebih mudah kita terangkan ciri-cirinya secara detail berbanding insan yang kita sayangi? Pulanglah kerumah dan kenalilah insan-insan yang dekat dengan anda. Mengenali untuk menyayangi, bukan untuk mencari benci.

 Dari Majalah Solusi keluaran Isu 38.



Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket

Blog Untuk Download