Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber

Wednesday, May 23, 2012

Klinik Jiwa

Assalamualaikum Semua :)

Hari ini saya hendakkan kingsikan bagaimana untuk kita merawat jiwa... semoga ianya memberi manfaat yang berguna kepada sesiapa yang membacanya Inysa-Allah...


 SELAMAT DATANG KE KLINIK JIWA



Teks: NURUL AMIRAH BINTI ABDUL RAHIM

♥ PAKAR PERUBATAN ANDA ♥ :

Allah Azzawajalla

♥ PERINGKAT SIMPTOM PENYAKIT JIWA ♥

1. Pesakit melakukan maksiat, tetapi kemudianya timbul rasa bersalah dengan dosa yang dilakukan. Ada keinginan untuk berjaga-jaga daripada melakukan dosa yang sama lagi pada masa akan dating. Ini merupakan symptom awal.

2. Biasa dengan dosa – Doasa yang kerap dilakukan menyebabkan terkikisnya rasa bersalah pada Allah. Semakin lama, virus dosa sudah sebati dalam diri.

3. Seronok buat dosa - Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, pesakit jiwa rasa didodoikan dengan dosa yang dilakukan. Mereka ketagih untuk terus melakukan dosa.

4. Mempromosi dosa – Sudahlah menjadi pesakit, orang ramai turut sama disebarkan dengan virus penyakit. Hati-hati dengan pesakit jiwa!

NOTA: Simptom semakin teruk jika tidak dirawat lebih awal.

♥ PUNCA JIWA KOSONG ♥

Tujuan hidup masih belum jelas. Persoalan-persoalan seperti: dari mana aku dating, siapa yang menciptakan aku, untuk apa aku diciptakan, ke mana aku selepas dunia musnah, perlu selalu ditanya kepada diri supaya dapat hidup di dunia dengan agenda yang teratur dan bermatlamat.

♥ UBAT JIWA DAN CARA PENGGUNAANYA. ♥


1. Membaca al-Quran:

✔ Jadikan al-Quran sebagai ubat motivasi.
✔ Terapkan ajaran al-Quran dalam reality kehidupan.
✔ Ambil ilmu daripada al-Quran dan mengamalkannya.
✔ Berusaha mendisiplinkan diri mengkhatamkan bacaan al-Quran paling kurang tiga bulan sekali.

2. Qiamulail :

✔ Mulakan dengan sedikit. Yang penting dapat melakukan qiamulail secara istiqamah.
✔ Bangun malam sebulan sekali, kemudian latih untuk bangun malam seminggu sekali pula.
✔ Kejut orang lain untuk qiamulail bersama.

3. Istighfar :

✔ Baca perlahan-lahan untuk menghayati makna yang dilafazkan. Maksud bacaan istighfar; “Aku mohon keampunan-Mu. Tiada Tuhan kecuali Engkau yang sentiasa hidup dan sentiasa waspada (jaga). Ya Allah, aku bertaubat kepada-Mu.”
✔ Hitung bacaan istighfar 10 kali. 70 kali ataupun 100 kali setiap kali selesai solat.

4. Mengingati Mati :

✔ Tubuh terbujur kaku, manusia menangisi pemergiaan, harta dan pangkat tidak boleh dibawa bersama. Apakah amalan yang hendak dipersembahkan? Jangan terkurang dos pengambilannya dalam sehari.

5. Menangis dan mengadu :

✔ Tiada siapa yang lebih kuat melainkan Allah. tempat memohon kekuatan. Semoga dengan pengaduan kepada Rab, segera menyembuhkan penyakit jiwa. Hadis Nabi s.a.w. maksudnya: “Aku haramkan nereka kepada mata yang selalu menangis kerana takut kepada Allah.” (Riwayat Ahmad dan al-Nasa’i)

♥ PETANDA JIWA SEMAKIN SIHAT ♥
1. Perasaan lebih tenang:

Pesakit dapat menjalani kehidupan seharian tanpa kecewa. Jika terkesan dengan sesuatu yang tidak seperti kehendak hati, mereka segera mengingatkan diri bahawa ketentuan Allah adalah terbaik. Tiada lagi rasa kegelisahan di hati.

2. Hati terasa dipandu :

Hati yang sakit dikawal oleh daya fikir yang juga sakit. Hal sebaliknya bagi orang yang lihat jiwanya. Hati mereka dipandu oleh kekuatan cahaya Illahi.

3. Akal Positif :

Mereka bertindak berdasarkan wahyu dari Allah. Mendahulukan hak Allah sebenarnya menyebabkan hak akal mereka terpelihara.

♥ CARA MENGEKALKAN KESIHATAN JIWA ♥
1. Usah tergesa:

Sesuatu tindakkan perlu difikirkan sebab dan akibat. Jangan tergesa dalam bertindak. Dahulukan kehendak agama.

2. Jauhi hasad :

Perasaan hasa meruntuhkan bangunan amal yang sudah dibina. Ia sebenarnya memakan diri sendiri, bukannya orang yang dihasadkan. Jiwanya sentiasa tidak tenang kerana memikirkan cara untuk menjatuhkan orang lain.

3. Tawaduk :

Orang sombong terlupa ada yang lebih tinggi dan hebat berbanding mereka. Hakikatnya, sombong memperkecilkan dan merendahkan diri sendiri pada pandangan Allah dan manusia yang lain.

4. Berhenti berangan-angan yang panjang :

Berangan-angan umur masih panjang dan masa masih banyak untuk membuat bekal amalan? Hentikan berangan-angan yang baik atau tidak gerun pada azab melakukan dosa kerana merasakan masa masih panjang merugikan diri sendiri. Jom segera beramal.

5. Isi sebelum kosong

Sememangnya mengekalkan kesihatan jiwa tidak semudah merawat jiwa. Untuk mengelakkan jiwa kembali sakit, isilah jiwa dengan keperluan fitrahnya. Teruskan berdoa, teruskan juga membaca al-Quran dan turut bersama dalam majlis ilmu. Semoga jiwa kita cenderung terisi dengan kebaikkan, lantas dijauhkan daripada jiwa yang kosong. Sakit dan melarat. Allahumma amin.

Jemput LIKE Page : Izinkan Saya Share


  Dari Majalah Gen-Q Isu 9




Sunday, May 20, 2012

Doa Memohon Diberi Pemimpin Yang Soleh

Assalamualaikum Semua :)

Hari ini saya hendak kongsikan satu doa yang amat bermanfaat kepada kita. iaitu Doa Memohon Diberi Pemimpin Yang Soleh. Bila kita dipimpin oleh pemimpin yang soleh secara tidak langsung masyarakat akan menjadi lebih aman dan kehidupan menjadi makmur.. Jadi marilah kita berdoa agar kita sentiasa diberi pemimpin yang soleh..

Doa Memohon Diberi Pemimpin Yang Soleh
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Maksudnya:

Wahai Tuhan kami! Utuskanlah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, Yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan kitab (Al-Quran) serta hikmah kebijaksaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkau Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah Al-Baqarah 2: 129)

Fadhilat Ayat:

Doa ini telah dibaca oelh Nabi Ibrahim a.s. sebelum diangkat menjadi Rasul. Ketika itu, Nabi Ibrahim a.s. melihat bahwa kaumnya telah dilanda krisis moral dan krisis tauhid. Lalu Nabi Ibrahim a.s. berdoa kepada Allah S.W.T. dengan doa di atas supaya beliau dapat membimbing mereka kepada jalan yang benar. Kemudian Allah mengabulkan permohonan Nabi Ibrahim a.s. hingga dirinya di angkat menjadi rasul bagi kaumnya.


 Di Petik Dari Buku:Ubat, Doa & Penyembuhan serta Khasiat Surah-surah al-Quran


Thursday, May 17, 2012

Khasiat Bangun Pagi

Assalamualaikum Semua :)

Apa khabar? Kali ini di kesempatan ini saya hendak kongsikan kelebihan bangun di awal pagi. Semoga pengkongsian ini akan memberi manfaat kepada kita semua. untuk mengetahuinya jom teruskan membaca.. Semoga kita dapat mengamalkannya untuk kebaikkan diri kita dan orang sekeliling kita. Insya-Allah.

Khasiat Bangun Pagi
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas


Pukul berapakah kita biasanya bangun daripada tidur? Jika hari bekerja atau sekolah, mungkin kita mampu untuk bangun dengan lebih awal. Namun jika hari cuti umum, adakah kita mampu untuk bangun seperti hari-hari lain? Amat rugi jika kita menghabiskan waktu yang sangat bermanfaat itu untuk tidur. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Ya Allah berilah keberkatan kepada umatku pada waktu pagi.”

Sebagai orang Islam, tujuan kita bangun di awal pagi adalah untuk menunaikan solat Subuh. Paling baik, jika kita dapat menunaikanya secara berjemaah di masjid. Namun manfaat bangun awal pagi bukan sahaja memberikan pahala yang besar kerana solat di masjid. Bahkan ia sebenarnya mengandungi banyak manfaat dari sudut kesihatan. Maka sebab itulah Islam amat menggalakkan kita untuk bangun di awal pagi dan juga tidak menggalakkan kita tidur selepas waktu subuh.

Berikut merupakan manfaat yang kita perolehi dengan bangun di awal pagi:

1. FIKIRAN MENJADI LEBIH SEGAR.

Bangun seawall 6 pagi sebelum matahari terbit dapat membuatkan fikiran kita menjadi lebih segar dan ia mampu mengurangkan tekanan dan stress dalam diri kita. Fikiran yang segar akan membuatkan kerja-kerja yang dilakukan pada hari tersebut menjadi lebih efeien dan efektif. Hormon-hormon kortisol mula meningkat dalam badan kita untuk menyediakan badan kita bekerja dengan berkualiti.

2. DAPAT MENGAMBIL SARAPAN.

Bangun di awal pagi membolehkan kita mengambil sarapan dengan selesa sebelum ke pejabat atau sekolah. Sarapan merupakan amalan yang sangat penting kerana ia membekalkan tenaga kepada otak dan juga seluruh badan kita untuk aktiviti seharian. Bahkan kajian menunjukan pengambilan sarapan pada awal pagi tidak akan menyumbang kepada kegemukkan kerana makanan yang dimakan akan cepat dihadam dan digunakan oleh badan kita yang mengalami kadar metabolism yang tinggi pada waktu itu. Sebaliknya jika tidak mengambil sarapan, ia boleh merosakkan sel-sel otak kita kerana kekurangan glukosa dan sumber tenaga.

3. DAPAT MELAKUKAN AKTIVITI SENAMAN PAGI.

Senaman pada waktu pagi merupakan satu aktiviti yang sangat baik kepada kita. Bahkan senaman pada waktu pagi membolehkan kita menyedut udara yang sangat bersih dan nyaman. Pastinya kita tidak akan temui udara sebersih itu pada waktu lain kerana ia akan dicemari oleh habuk-habuk dan juga asap-asap kenderaan. Kita juga akan dapat menikmati pancaran cahaya matahari pada waktu pagi yang sangat bermanfaat untuk kita terutama sekali bagi menjana vitamin D demi kebaikkan tulang dalam badan kita.

4. TIDAK TERGESA-GESA DAN TERBURU-BURU.


Jika kita bangun lewat, tentu sekali kita akan tergesa-gesa dalam mempersiapkan segala sesuatu dalam satu masa. Kerja yang dilakukan dengan tergesa-gesa akan membuahkan hasil yang tidak menarik. Bahkan, kita akan tertinggal banyak barang yang penting seperti dompet, buku dan sebagainya kerana kita tidak memfokuskan kepada sesuatu yang kita lakukan pada waktu itu. Jadi bangun lewat pagi membolehkan kita merancang aktiviti kita dengan sempurna dan terancang.

  Dari Majalah Gen-Q Isu 3
.

Tuesday, May 15, 2012

Doa Hadapi Urusan Penting

Assalamualaikum Semua :)

Di kesempatan ini saya ingin kongsikan satu lagi doa. iaitu doa ketika kita menghadapi urusan penting, seperti peperiksaan, temuduga atau pun sebagainya. Semoga ianya memberi manfaat kepada semua.. Insya-Allah..
 
Doa Hadapi Urusan Penting

Makna: 

“Wahai(Allah) Yang Maha Hidup dan Berdiri Sendiri, aku meminta tolong dengan Rahmat kasih sayang-Mu.”

Monday, May 14, 2012

5 Idea Kuasa Meniru Luar Biasa

Assalamualaikum Semua :)

Hari ini saya hendak kongsikan tip meniru yang berkesan, sekiranya diamalkan tip ini Insya-Allah anda pasti berjaya dengan cemerlang... Untuk mengetahui apakah tip meniru ini jom teruskan membaca....

5 Idea Kuasa Meniru Luar Biasa
 Tip Pertama:

Jika anda ingin cemerlang anda menirulah dari pembacaan orang-orang yang hebat, orang-orang yang bijak, orang-orang cemerlang dan orang-orang yang baik. Ini kerana apa yang and abaca maka itulah yang akan diprogramkan oleh minda anda setiap kali anda membacanya.

Tip Kedua :

Jika anda ingin Berjaya. Anda menirulah daripada apa yang dilihat oleh orang-orang yang Berjaya. Inin kerana apa yang anda lihat maka itulah yang akan diprogramkan oleh minda anda setiap kali apa yang anda lihat. Jika kejayaan yang anda lihat maka kejayaan itulah yang anda akan kecapi.

Tip Ketiga :

Jika anda ingin mendengar hasil kejayaan anda makan Anda menirulah deripada apa yang anda dengar daripada kisah-kisah orang yang cemerlang, orang yang Berjaya. Ini kerana apa yang anda dengar maka itulah yang akan diprogramkan oleh minda untuk menjadikan anda lebih bersemangat untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh demi mencapai apa yang anda inginkan.

Tip Keempat :

Jika anda ingin menjadi orang yang hebat di dunia dan akhirat maka anda menirulah apa yang dicakapkan atau diperkatakan daripada kisah-kisah orang yang hebat, orang yang Berjaya. Ini kerana apa yang anda dengar daripada apa yang mereka perkatakan, maka itulah yang akan diprogramkan oleh minda anda untuk anda terus mengingati daripada apa yang diucapkan.

Tip Kelima :

Jika anda ingin merasai nikmat kejayaan, kecemerlangan, kehebatan diri anda maka anda perhatikanlah apa yang dirasai oleh orang yang telah pun Berjaya memliliki nikmat kejayaan dan kecemerlangan tersebut, maka daripada perasaan itulah yang akan diprogramkan oleh minda anda untuk anda merasai sendiri nikmatnya. Hasil daripada kejayaan dan kecemerlangan. Inilah rahsia kehebatan meniru melalui deria dalaman diri anda sendiri.
Dari Majalah Fokus SPM Bulan April 2012

Thursday, May 03, 2012

Untuk Memelihara Akidah

Assalamualaikum semua :)

Akidah? bagaimana kita dapat mengukuhkan akidah kita? hari ini saya hendak kongsikan satu lagi tips yang bermanfaat iaitu untuk kita membentuk akidah kita.. semoga pengkongsiaan ini memberi sedikit sebanyak sumbangan dalam pembentukkan dan memelihara akidah kita... insya-Allah...

♥ UNTUK MEMELIHARA AKIDAH ♥
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

1. Menghadiri majlis ilmu.

2. Jauhi maksiat.

3. Melaksanakan suruhan Allah seperti solat, puasa, zakat dan lain-lain.

4. Membaca dan memahami al-Quran.

5. Membaca buku-buku atau majalh-majalah yang menambah iman dan takwa.

6. Jangan berkawan dengan orang yang lalai dan sesat.

7. Menziarahi orang-orang soleh.

8. Melakukan solat-solat sunat yang disarankan oleh Nabi s.a.w.

9. Berthajjud.

10. Berfikir tentang ciptaan Allah, kebinasaan dunia dan hal-hal akhirat.

11. Mengujudkan suasana iman dan takwa dalam rumahtngga.

12. Mengamalkan doa pagi dan petang. Contohnya Ma'thurat.

13. Mengamalkan nasihat-menasihati kepada keimanan dan ketakwaan.malkan doa pagi dan pet

 Dari Majalah al-Ustaz Isu Perdana

Tuesday, May 01, 2012

Membentuk Sifat Lemah Lembut dan Penyayang

Assalamualaikum Semua :)

Hari ini saya hendak kongsikan soalan yang telah ditanyakan kepada seirang uxtazah tentang membentuk sfat lemah lembut dab penyayang. Semoga jawapan yang diberikan dapat membantu kita. Insya-Allah..

Membentuk Sifat Lemah Lembut dan Penyayang
 Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Soalan: 
 
Bolehkah ustazah jelaskan apakah kaedah sesuai untuk membentuk sifat lemah lembut dan penyayang pada diri?

Jawapan:

1. Pelajari dan dalami ayat-ayat al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. tentang keutamaan sifat lemah lembut dan penyayang.

2. Bersahabat dengan sahabat-sahabat yang memiliki sifat tersebut.

3. Berkongsilah dengan suami atau anak-anak tentang keazaman kita untuk memperbaiki akhlak dan menghiasi diri dengan sifat lemah lembut dan penyayang, supaya mereka boleh mengingatkan kita kembali tentang keazaman tersebut apabila kita lupa.

4. Kerapkan muhasabah diri, sebaliknya setiap malam kita mengingatkan kembali kehidupan yang kita lalui sepanjang hari dan bagaimana sikap atau tindakan kita dalam melalui hati tersebut.

5. Berdoa kepada Allah agar Dia memimpin kita untuk memiliki akhlak yang terindah.

Ustazah Norhafizah binti Hj Musa

Dari Majalah al-Ustaz Isu Perdana

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket

Blog Untuk Download