Assalamualaikum Semua :)
Hak ini saya hendak sambung kongsikan Hak-hak orang Islam terhadap orang Islam. Untuk dapatkan entri-entri yang lepas boleh rujuk sitemap cari tajuk Hak-hak orang Islam. Semoga pengkongsian yang sedikit ini memberi makna kepada kita semua.. Insya-Allah
Hak-hak Orang Islam #8
21. Mengucapkan tasymit
kepada orang yang bersin. Tasymit ilah mendoakan seseorang agar memperoleh
rahmat Allah dengan ucapan. “Yarhamukallaah” sewaktu orang itu bersin dan ia
sendiri mengucapkan “Alhamdulillah”. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda
yang bermaksud:
“Orang yang bersin itu mengucapkan (segala pujian bagi
Allahd alam segala keadaan). Orang yang mendengarnya mengucapkan (Semoga kamu
dirahmti Allah). Kemudian orang yang bersin itu membalasnya dengan ucapan
(Semoga kamu diberi petunjuk oleh Allah dan bersihkan hatimu).” (Diriwayatkan
oleh Bukhari dan Abu Daud)
Disunatkan apabila seseorang itu bersin supaya
memperlahankan suaranyam nebutup wajahnya dan apabila menguap hendaklah ia
meletakkan tangan dimulutnya.
22. Apabila di beri ujian
dengan perbuatan orang yang sengaja berbuat jahat terhadapnya, hendaklah orang
itu dilayani dengan sebaiknya serta dijaga agar ia tidak melakukan kejahatan
lagi.
Sebahagian orang salaf ada yang berkata, “Ikhlaslah dalam pergaulanmu
dengan sesame muslim. Gaulilah orang yang jahat dengan akhlak yang baik dan
layanan yang baik, kerana sesunggiuhnya mereka yang jahat itu akan suka pada
akhlak yang baik serta layanan yang baik”.
Abu Darda berkata, “Kita semua mestilah menunjukan muka yang
manis kepada sesuatu golongan, sekalipun hati kita melaknati mereka itu”.
Demikianlah maksud daripada bergaul secara baik dengan orang
yang yang ditakuti kerana perbuatan jahatnya.
Allah Berfirman yang bermaksud:
“Tolaklah kejahatan yang dilakukan kepadamu dengan cara yang sebaik-baiknya.” (Surah Al-Mu’minun 96).
Ibnu Abbas dalam mengulas erti firman Allah Taala kajsudnya:
“Mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik”. (Surah Ar-Ra’d : 22)
Ia berkata “Iaitu bahawa kejahatan dan menyakiti diri orang
lain itu mestilah diimbangi dengan perlakuan yang baik dan sikap yang lemah
lembut”.
Juga dalam mengulas firman Allah Taala yang bermaksud:
“Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan yang derhaka) dengan setengahnya yang lain…….” (Surah Al-Bakarah : 251)
Ia berkata, “Yakni dengan jalan menggembirakan, member peringatan,
perasaan malu dan lemah lembut.”
Rasulullah dalam hadis lain bersabda yang bermaksud: “Apa sahaja yang dipergunakan oleh seseorang untuk menjaga maruah dirinya adalah merupakan sedekadah baginya.” (Diriwayatkan oleh Abu Ya’la dan Ibnu Adiy)“Aisyah bercerita bahawa pada suatu hari ada seorang lelaki meminta izin kepada Rasulullah s.a.w. untuk menemuinya. Baginda s.a.w. bersabda”Izinkanlah ia masuk, tetapi ia sebenarnya adalah seburuk-buruk manusia untuk di ajak bergaul.” Setelah ia masuk Rasulullah menunjukan sikap lemah lembutnya dan ramah tamah , sehingga ia mengira bahawa dirinya mempunyai kedudukan istimewa disamping Baginda s.a.w. Ketika orang itu keluar, lalu saya bertanya kepada Baginda s.a.w. : “Bukankah sebelum ia masuk tadi, Tuan menyatakan betapa buruk perangainya, tetapi setelah masuk ke dalam , tuan memperlakukan ia dengan cara yang amat baik sekali.” Baginda s.a.w. bersabda: “Hai Aisyah, sesungguhnya seburuk-buruk manusia di sisi Allah ialah mereka yang ditinggalkan oleh orang ramai kerana takutkan kejahatan yang dilakukannya.” (Diriwayat oleh Bukhari dan Muslim)
Muhammad bin Hanafiah berkata: “Bukannya seorang yang
bijaksana apabila ia tidak dapat bergaul dengan cara yang baik terhadap
seseorang yang tidak boleh diajak bergaul , Sehingga Allah membukakan pintu
kelapangan kepadanya.”
Dari Buku Bimbingan Untuk Mencapai Tingkat Mukmin Jilid 1.
P/s: Entri ini mempunyai sambungan