The Legend Football - Mokhtar Dahari (SuperMokh)
Siapakah Mokhtar Dahari?
|
SuperMokh |
BIODATA :
TARIKH LAHIR:
13 November 1953, di Setapak
ISTERI:
Tengku Zarina Tengku Ibrahim
BAPA:
Dahari Abeng
IBU:
Maimon Sadikin
ANAK:
Mohamad Redza,
Nur Azera dan
Nur Arina
KELAB:
Kelab Sultan Sulaiman,
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS),
Talasco,
Kwong Yik Bank
MULA WAKILI SELANGOR:
Piala Burnley 1971
PIALA MALAYSIA:
Wakili Selangor 1972
MULA WAKILI NEGARA:
Pestabola Merdeka 1972
TERAKHIR WAKILI NEGARA:
Pra-Piala Dunia menentang Korea Selatan di Seoul 1985
KAPS:
167
GOL PIALA MALAYSIA:
177
GOL ANTARABANGSA:
125
JARINGAN TERBAIK:
Gol penyamaan menentang England B pada 1978
PENCAPAIAN:
Membantu Selangor memenangi Piala Malaysia 10 kali. Menang pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Teheran
ANUGERAH:
Olahragawan Kebangsaan 1976
FAKTA: KRONOLOGI MOKHTAR
1971:
Mewakili Selangor dalam Pertandingan Piala Burnley (sekarang Piala Razak), di Kuching, Sarawak. Perlawanan pertama menentang Kedah dan menjaringkan gol pertamanya pada perlawanan itu.
1972:
Kali pertama turun mewakili pasukan utama Selangor menentang Kelab Hitachi dari Jepun dan perlawanan akhir pertama Piala Malaysia ialah ketika Selangor menewaskan Perak 3-0 dengan Mokhtar menjaringkan satu gol. Mula mewakili Malaysia di Kejohanan Belia Asia, di Bangkok.
- Kali pertama terpilih mewakili pasukan utama Malaysia ke Kejohanan Piala Jakartaraya. Perlawanan pertama menentang Sri Lanka.
1973:
Mewakili Malaysia ke pra Piala Dunia di Seoul. Kali pertama beraksi di Pestabola Merdeka menentang Kuwait pada perlawanan akhir. Malaysia menang 3-1 dan Mokhtar jaringkan dua gol.
1974:
Mencipta gol terbanyak dalam satu perlawanan antarabangsa apabila menjaringkan lima gol ketika menentang Filipina di Sukan Asia Teheran.
1975:
Mewakili negara menentang Arsenal. Malaysia menang 2-0. Mokhtar menjaringkan kedua-dua gol itu.
1976:
Mendapat kaps Malaysia ke-100 ketika menentang Jepun di Pestabola Merdeka.
1977:
Mendapat Anugerah Olahragawan Kebangsaan 1976.
1980:
Kembali beraksi di Pestabola Merdeka dan membawa negara muncul naib juara selepas tewas kepada Maghribi di final. Membawa negara meraih pingat emas Sukan Sea pertama apabila menewaskan Thailand 2-0 pada perlawanan akhir. Mokhtar menjaringkan 1 gol.
1978:
Menjaringkan gol penyamaan ketika menentang England `B'. Perlawanan berkesudahan seri 1-1.
1979:
Kali pertama dipilih menjadi ketua pasukan Piala Malaysia Selangor (menentang Tentera) apabila Soh Chin Aun enggan meneruskan tugas itu. Mengakhiri zaman bujang selepas berkahwin dengan Tengku Zarina Tengku Ibrahim. Mempertahankan pingat emas Sukan Sea dengan mengalahkan Indonesia 1-0 menerusi jaringan gol tunggal. - Mengumumkan persaraan arena bola sepak antarabangsa.
1981:
Menerima kad merah pertama dan terakhir dalam kariernya ketika menentang Singapura (Piala Malaysia). Pengadil `bersejarah' itu ialah Othman Omar. Mewakili negara ke pra Piala Dunia di Kuwait. Malaysia dikecam kerana gagal. Mokhtar mengumumkan persaraannya bagi kali kedua.
1982:
Mengetuai Pilihan Selangor menentang Boca Juniors yang diketuai Diego Maradona.
1985:
Kembali menyarung jersi negara ke pertandingan pra Piala Dunia di Seoul menentang Korea Selatan. Malaysia tewas 0-2 dan Mokhtar mengumumkan persaraannya bagi kali ketiga dan terakhir.
1986:
Memimpin Selangor menjadi juara Piala Malaysia dan muncul sebagai `Pemain Terbaik Perlawanan Akhir'. Mengumumkan persaraan peringkat negeri dan menghadiahkan jersi `keramat' nombor 10 kepada Raja Muda Selangor.
1987:
Menarik balik persaraannya untuk mewakili Selangor semusim lagi.
1988:
Menyertai Kwong Yik Bank dan membawa kelab itu menjadi juara Liga Selangor. Khabar angin bertiup Mokhtar mengidap penyakit ganjil.
1989:
Disahkan mengidap penyakit Mascular Dystrophy. - berlepas ke London untuk mendapat rawatan lanjut. Pulang ke tanah air tanpa sebarang perubahan.
1990:
Keadaan Mokhtar semakin buruk.
1991:
Meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang pada Khamis, 11 Julai jam 8.25 pagi.
AL Fatihah. Amin. Moga dicucuri Rahmat OlehNya.
National Geographic:
Part 1/4
Part 2/4
Part 3/4
Part 4/4