Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber

Tuesday, May 17, 2011

Boring! Bosan!

Muhasabah
Boring! Bosan! 
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Boring! Bosan! 

Ada suara yang mengungkapkan: “Boring la hidup ni” Kalimah “bosan” dilontarkan jauh-jauh dengan harapan ia tidak akan wujud dalam kamus hidupnya.

Hakikatnya itulah jiwa yang kosong. Jiwa yang sifar matlamat. Jiwa itulah yang juga nanti akan berpegang dengan budaya hedonism demi menghiburkan hati dan mengisi kekosongan jiwa semata-mata.

Seorang lelaki berkerjaya akan terkejar-kejar agar tanggungjawabnya sebagai khalifah dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan pada masa yang sama juga dia sibuk mengumpul syer-syer akhirat. Dunia dan akhiratnya disepadukan.

Jiwa yang kaya akan sibuk hinggakan masa yang ada terasa tidak mencukupi. Ingatlah bahawa manusia mempunyai misi penting setelah dilahirkan di dunia. Mereka hamba, mereka jualah pemimpin (khalifah). Ingatlah firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah.” (Surah al-Dhariyat 51: 56)

Allah juga berfirman yang bermaksud:

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” (Surah al-Baqarah 2: 30)

Dua misi inilah yang akan membuatkan kita begitu sibuk di dunia sehingga tidak punya masa untuk bergelumang dengan maksiat.

Dari Majalah Solusi keluaran Isu 26.




No comments:

Post a Comment

MSG-Zone

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket

Blog Untuk Download