Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber

Sunday, June 12, 2011

Seruan Azan

Assalamualaikmu dan Salam Mesra. :)

Setaip hari kita dengar seruan azan yang menyeru kita untuk menunaikan solat. namun adakah anda tahu sejarah awal langungan azan ini. Ok Kali ini message yang hendak disampaikan ialah mengenai sejarah seruan Azan. Semoga kita mendapat manfaat darinya.

Seruan Azan
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Azan mula disyariatkan di Madinah pada tahun pertama Hijrah. Asal-usul azan terkandung dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan pelh al-Bukhari dan Muslim daripada Abdullah bin Umar r.a. dengan katanya yang bermaksud:

“Semasa sampai di Madinah, mereka berkumpul lalu memperkirakan waktu solat dan tidak ada seorang pun yang menyeru untuk solat. Pada suatu hari mereka membincang tentang hal itu. Berkata sebahagian daripada sahabat: ‘Ambillah naqush (loceng) seperti naqush orang Nasrani (Kristian).’ Berkata sebahagian yang lain pula: ‘(Ambillah) trompet seperti trompet orang Yahudi.”

Lalu berkata Umar? “Tidakkah kamu boleh melantik seorang lelaki untuk menyeru kepada sembahyang?” Bersabda Rasullah s.a.w.: “Wahai Bilal, berdirilah dan serulah untuk solat.”

Hasil pembincangan tersebut terdapat beberapa cadangan seperti membunyikan loceng seperti yang dilakukan oleh orang Nasrani, Meniup trompet seperti penganut agama Yahudi, Mengibarkan bendera sebagai tanda masuk waktu solat atau menyalakan api di atas bukit di mana orang melihat api akan hadir ke masjid untuk solat berjemaah.

Namun semua usul itu di tolak oelh Rasullah s.a.w. Kemuadian Umar al-Khattab mencadangkan supaya diteriakkan kuat-kuat lafaz, “Telah dating waktu solat.” Cadangan Umar ini diterima oelh Baginda tetapi dengan sedkit modifikasi (perubahan)kepada “Assalatu jamiah” yang bermaksud “Marilah solat berjemaah”

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Abullah bin Zaid r.a. beliau bermimpi berjumpa dengan seorang lelaki.

Abdullah: “Wahai hamba Allah, adakah kamu jual naqusg itu?”

Pembawa loceng: “Apa yang akan engkau buat dengannya?”

Abdullah: Dengan naqush itu, kami menyeru kepada solat.”

Pembawa loceng: “Mahukah kamu aku tunjukkan yang lebih baik daripada itu?”

Abdullah: “Ya”

Pembawa loceng: “Kumandangkanlah


Allahu Akbar x4


Ash-hadu alla ilaha illallah x2


Ash-hadu anna Muhammadan rasulullah x2


Hayya ‘alas-salat x2


Hayya ‘alal-falah x2


Allahu akbar x2


La ilaha illallah


Keesokannya, Abdullah bin Zaid menceritakan kepada Rasulullah s.a.w. mengenai mimpinya. Baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya mimpimu itu benar insyaAllah. Berdirilah engkau bersama Bilal dan ajarkan kepadanya kerana suaranya lebih bagus dan tinggi daripada engkau.” Kemudian Abdullah bin Zaid berdiri bersama Bilal lalu mengajarkannya lafaz azan tersebut.

Ketika Bilal hendak melaungkan azan, Umar al-Khattab berkata: “Demi yang telah mengutusmu dengan benar wahai Rasulullah, sesungguhnya aku bermimpi seperti mana yang dimimpikan olehnya (Abdullah bin Zaid).”

Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: “Segala puji bagi Allah”.

Walaupun azan disyariatkan hasil mimpi Abdullah bin Zaid yang kebetulan sama dengan mimpi Umar al-Khattab, azan bukanlah ciptaan atau cadangan manusia. Sebaliknya ia diperkuatkan lagi dengan wahyu.

Al-Bazzar berkata: “Nabi s.a.w. pada malam Israk telah diperlihatkan dengan azan dan diperdengarkan kepadanya di atas langit yang ketujuh. Kemudian Jibrail mendatanginya, lalu dia menjadi imam kepada ahli langit. Antara mereka ialah Nabi Adam a.s. dan Nabi Nuh a.s., Allah s.w.t. menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas penduduk langit dan bumi.

Dari Majalah Solusi keluaran Isu 30.

No comments:

Post a Comment

MSG-Zone

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket

Blog Untuk Download