Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber

Thursday, June 30, 2011

Jenis-jenis Diam (Diam Ada Makna)

Assalamualaikum Semua Pengunjung Blog. :)

Diam? Tahukah anda bahawa diam juga memberi makna yang berbeza mengikut situasi si pelaku. Message kali ini hendak dikongsikan adalah mengenali jenis-jenis diam. Semoga selepas ini kita dapat memahami keadaan bila tiba-tiba kawan kita atau orang yang sedang berkomunikasi dengan kita berdiam diri... Awas sebab diam mereka ada makna....

Diam Ada Makna
.


Sering berlaku dalam komunikasi, ada orang yang langsung tidak memberikan sebarang respons Tiada sebarang tindak balas, hanya diam sahaja, Tidak bercakap atau bersuara, senyap dan membisu seribu kata. Apabila keadaan ini berlaku, kita sering rasa kurang senang dengannya.

Peribahasa Melayu ada menyebut, “Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat” yang member makna diam orang berilmu itu berfikir, sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja.

Sesungguhnya diam itu membawa seribu erti. Ia hanya diketahui oleh yang empunya diri. Sebagai Muslim, kita harus mempunyai keperibadian yang mampu menjaga lisan atau diam dengan kebenaran. Sebagaimana sabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud:

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah berkata benar atau diam” (Riwayat al-Bukhari)

Sesungguhnya diam itu atas beberapa alas an. Natujah diam itu juga pelbagai. Ada diam yang membawa kebaikkan dan tidak kurang juga diam yang mendatangkan masalah. Berikut kita lihat jenis-jenis diam.

Jenis-jenis Diam

1.    Diam Semulajadi

Seorang pemuda menyapa seorang gadis di dalam bas, SI Pemuda pun memulakan dengan bertanya nama, nak kemana, sudah berpunya atau belum, namun gadis itu hanya tersenyum sahaja. Pemuda ini dah tidak tahan lagi lalu mendesak si gadis member respons. Tiba-tiba gadis itu bersuara agak kuat tetapi tidak jelas. Rupa-rupanya gadis itu seorang bisu. Itulah diam yang semula jadi.

2.  Diam Terpaksa

Zaman saya kecil dulu apabila ibu atau ayah sedang bercakap dengan seseorang yang lebih tua, saya disuruh diam kerana tidak boleh menyampuk orang tua bercakap. Kalau ikutkan rasa hati kita ingin menyampuk kerana pada masa itu kita rasa ada sesuatu untuk bercakap. Tegahan tadi membuatkan kita akur berdiam diri.

3.  Diam Bodoh

Sering dalam kelas, guru selesai memberi penerangan, akan melihat pelbagai reaksi anak muridnya. Apabila ditanya, “Faham semua”, namun semuanya diam tanpa sebarang jawapan. Inilah diam bodoh namanya. Kerana tidak tahu sama ada mereka faham ataupun tidak.

Saya masih ingat pesan seorang pendakwah terkenal: “Jika kita tahu tentang perkara itu, lebih baiklah kita diam dan janganlah membuat ulasan mengenainya. Kalau kita cuba bercakap juga, sikap itu akan menunjukkan kebodohan kita.”

Kalau kita tidak bercakap, orang tidak tahu tentang pengetahuan kita mengenainya. Cubaab untuk member pandangan hanya menunjukkan kebodohan kita. Maka lebih baik diam sahaja.

4.  Diam Malas.

Seseorang yang ada banyak idea dan sering mengeluarkan pandangan dan cadangan yang bernas, namun tiba-tiba dia tidak memberikan sebarang kata walaupun dipaksa. Dia malas untuk mencadangkan apa pun, kerana katanya jika cadangan itu diterima nantu, dialah yang akan dipertanggungjawabkan untuk melaksanakannya. Jadi, dia dia sahaja.

Jawapan yang selalu kita dengar daripada orang yang diam malas ini ialah tidak ada ‘mood’ untuk bercakap. Ungkapan ini menjadikan seseorang itu tidak invotif atau kreatif, sebaliknya menjadikan dia seorang pasif.

5.  Diam Marah.

Diam marah ini ada baik dan buruknya. Jika berlaku perbalahan atau pertelingkahan diam itu lebih baik supaya pergaduhan tidak berpanjangan. Ia juga dapat mengelakkan daripada berlakunya keadaan yang lebih buruk lagi. Nasihat Rasullah s..a.w. supaya kita bertindak pasif dan diam apabila marah agar kemarahan itu reda, dapat dijelaskan dalam hadis berikut yang bermaksud:

“Apabila salah seorang antara kalian marah sedangkan dia berdiri maka hendaklah dia duduk, agar kemarahannya hilang. Apabila masih belum reda maka hendaklah dia berbaring.” (Riwayat Abu Daud)

Dalam keaadan yang lain pula, jika kita memadamkan kemarahan dalam hati tanpa meluahkannya, boleh menimbulkan perkara negative kepada diri kita seperti stress, yang akhirnya membawa mudarat kepada fizikal seperti pening, sakit jantung, dan darah tinggi. Oleh sebab itu, diam marah ini bergantung kepada keadaan dan situasi.

6.  Diam Merajuk.

Seorang gadis terserempak dengan tunangnya yang sedang bercakap dengan seorang perempuan lain. Gadis itu spontan memohon penjelasan tunangnya. Tunangnya menjelaskan bahawa itu urusan kerja, perempuan itu rakan sepejabat dan sebagainya. Namun si permpuan yang terbabit itu pula memilih untuk berdiam diri.

Orang yang berniat jahat tidak cuba untuk menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku. Sebaliknya dia memilih untuk berdiam diri. Padahal dia tahu keaadan sebenar yang berlakutetapi memilih untuk berdiam diri supaya pihak satu lagi yang dipersalahkan. Ini diam yang amat keji sekali.

7.  Diam Sombong.

Kadangkala seseorang itu tidak dilayan sewajarnya hanya perbezaan darjat. Ini sering berlaku kepada orang bawahan atau dikatakan orang biasa. Apabila mereka mengemukakan sesuatu usul atau cadangan dia tidak dilayan atau didengari. Orang berkenaan memilih untuk diam sahaja kerana baginya buat apa dia layan orang yang tidak sama level. Dia rasa terhina jika dia memberikan layanan. Pada sangkaannya dia tidak kecilkan hati sesiapa jika dia berdiam sahaja. Namun apa yang tersurat itu dapat diterjemahkan daripada riak wajahnya.

8.  Diam Efektif.

Diam efektif ini diam yang baik sekali kerana diam untuk berfikir dan menyusun strategi. Diam seketika untuk memusatkan pemikirannya kepada isu ataupun masalah yang timbul. Kebijaksanaan orang yang bersifat “diam-diam ubi” ini dapat dilihat melalui kata-kata yang keluar dari mulutnya. Ungkapan spontan kadangkala berbahaya kerana ia mungkin berdasarkan emosi yang negative. Elok kita bertenang seketika sebelum menyambung bicara.

Sifat diam ini boleh mendatangkkan kebaikan kepada diri kita dan diri orang yang berhubungan dengan kita. Mungkin keputusan diam itu boleh mendatangkan kebaikkan berikut:

·         Mengambil masa untuk berfikir dahulu sebelum member respons.
·         Komunikasi yang berkesan.
·         Keperibadian yang bijak.
·         Mengelakkan diri daripada dosa.
·         Menunjukkan kewibawaan.
·         Dapat menutup keaiban.
·         Mengelakkan ujub dan takbur:

Firman Allah yang bermaksud:

“Hai  orang yang beriman bertaqwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar.”
(Surah al-Ahzab 33 : 70)

Kesimpulannya berfikirlah dahulu sebelum kita memutuskan untuk member respons. Diam dan berfikir sejenak sebelum bertindak merupakan amalan yang sangat baik dalam menjaga hubungan dan silaturahim. Diam untuk berfikir, diam untuk ketenangan dan diam untuk kebaikkan.

 Dari Majalah Solusi keluaran Isu 17.

No comments:

Post a Comment

MSG-Zone

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket

Blog Untuk Download