Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber

Monday, July 18, 2011

Jaga Mulut Elak Dosa

Assalamualaikum Semua.. :)

"kerana pulut santan di guna, Kerana mulut badan binasa" ungkapan ini selalu kita dengar bila sesuatu pertengkaran berlaku... Kali ini saya bukan nak berbicara tentang pulut atau yang berkaitan dengannya... Cuma kali ini message yang hendak dikongsikan khususnya untuk suami isteri yang inginkan hidup rukun dan damai patut baca entri ini "jaga mulut elak dosa". maksudnya lebih kurang sama dengan peribahasa pulut tadi cuma kali ini ianya lebih fokuskan kepada situasi dalam berumah tangga. Jom la kita baca seterusnya.... semoga memberi kita manfaat dan dapat memperbetulkan diri kita. lebih-lebih lagi mereka yang telah berumahtangga... :)

 Jaga Mulut 
Elak Dosa
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Jaga Mulut
Elak Dosa
Bercakap perkara yang perlu
Nilai dahulu sebelum kata-kata itu dilafazkan. Kata-kata remeh yang boleh menyinggung perasaan suami merupakan dosa yang boleh membawa kepada pergaduhan.
Elakkan bertanya urusan orang lain yang tidak berkaitan dengan diri sendiri dan agama
Sewaktu suami pulang misalnya, isteri bertanya: “Abang dengar tak, kawan abang tu dah kahwin lagi satu?” Cakap-cakap seperti ini bokeh meretakkan hubungan suami isteri.
Mewujudkan suasana saling mempercayai
Isteri seharusnya cuba berbaik sangka dengan siami. Sikap tuduh-menuduh boleh menjadi punca suami tidak selesa berada di rimah.
Menggunakan kata-kata yang lemah lembut
Isteri menghormati suami akan menggunakan bahasa yang baik dan lemah lembut pertuturannya. Suami yang pada mulanya mungkin mempunyai masalah di tempat kerja, sedikit sebanyak berasa tenang apabila balik ke rumah dan mendengar suara dan bicara isteri.
Elakkan perkataan bernada menghina dan mengejek
Sebelum suami atau isteri marah dan bertindak menghemburkan kata-kata yang tidak baik, perlu menenteramkan diri dan bertanya apa punca suami atau isteri melakukan perkara yang kita tidak suka itu. 

 Dari Majalah Solusi keluaran Isu 33.

No comments:

Post a Comment

MSG-Zone

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket