Kali ini mari kita nilai antara dua cinta. iaitu sama ada kita termasuk dalam mereka yang mencintai dunia lebih dari mencintai akhirat ataupun sebaliknya. Semoga dengan adanya entri ini kita dapat mengetahui sejauh mana rasa cinta kita... Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kau masukkanlah kami dalam golongan orang-orang yang mencinta Akhirat lebih daripada orang-orang yang mencintai dunia. Sesungguhnya kehidupan di dunia ini hanyalah sementara. Amin.... .
Cinta Akhirat (Habbul Akhirat)
vs
Cinta Dunia (Hubbud Dunya)
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas
Cinta Akhirat (Habbul Akhirat)
Sabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesiapa yang menjadikan akhirat harapannya, Allah akan menjadikan rasa cukup di dalam hatinya serta mempersatukannya, dan dunia akan dating kepadanya dalam keadaan menyerah diri. Tetapi siapa yang dunia menjadi harapanya, Allah akan menjadikan kefakiran berada di depan matanya serta mencerai-beraikannya, dan dunia tidak akan dating kepadanya kecuali sekadar apa yang telah ditetapkan baginya.” (Riwayat al-Tirmizi).
Firman Allah yang bermaksud: “Sesiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan kami tambah keuntungan itu baginya. Dan sesiapa yang menghendaki keuntungan di dunia kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di akhirat.” (Surah al-Syura 42: 20)
Mereka yang cinta akhirat diberi kemudahan menikmati dunia. Firman Allah yang bermaksud:
“Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu. Maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezeki-Nya. Dan Hanya kepada-Nya-lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan. (Surah al-Mulk 67:15)
Untung Cinta Akhirat
1.
1. Siapa yang beramal untuk akhiratnya, Allah akan mencukupkan dunianya.
2. Siapa yang memperbaiki hubungan antara dirinya dengan Allah, Allah akan memperbaiki hubungan dirinya dengan manusia yang lain.
3. Siapa yang memperbaiki keadaan batinnya Allah alkan memperbaiki keadaan zahirnya.
4. Siapa menjadikan aktivitinya untuk akhirat, maka tidak akan terlewat satu hari pun melainkan dia akan kembali.
Orang Yang Ingat Akhirat
Cinta Dunia (Hubbud Dunya)· Tidak melihat urusan dunia kecuali dia akan mengaitkan dengan akhirat.· Tidak berkumpul dengan keluarganya kecuali membayangkan akan berkumpul bersama penduduk syurga.· Tidak mengenakan pakaian kecuali teringat akan pakai sutera milik penghuni syurga,· Tidak menyeberangi sebuah jambatan kecuali teringat akan titian sirat di atas neraka.· Tidak mendengar suara yang kuat melainkan mengingatkannya akan tiupan sangka kala.· Tidak pernah berbicara tentang sesuatu perkara, melainkan ada kaitannya dengan akhirat.
Al-Imam Hasan al-Basri r.hm berkata: “Tidaklah aku berasa pelik terhadap sesuatu seperti yang kurasai ke atas orang yang tidak menganggap cinta dunia sebahagian daripada dosa besar. Demi Allah! Sungguh orang yang mencintainya benar-benar termasuk dosa yang terbesar. Dan tidaklah dosa-dosa menjadi bercabang-cabang melainkan cinta dunia. Bukankah punca menyembah patung serta menderhakai al-Rahman adalah kerana cinta dunia dan lebih mengutamakannya?” (Mawa’izh al-Imam Hasan al-Bashri, hal. 138)
Al-Imam Sufyan al-Tsauri r.hm. berkata: “Telah sampai kepadaku bahasanya akan dating satu masa kepada umat manusia di mana pada masa itu semua hati-hati manusia dipenuhi pleh kecintaan terhadap dunia, sehingga hati-hati tersebut tidak dapat dimasuki rasa takut terhadap Allah s.w.t. Dan itu dapat engkau ketahui apabila engkau telah memenuhi sebuah bakul kulit dengan sesuatu hingga penuh, kemudian engkau cuba memasukkan barang lain kedalamnya namun engkau tidak mendapati ruang untuknya lagi.
Beliau berkata lagi: “Sesungguhnya aku benar-benar dapat mengenali kecintaan seseorang terhadap dunia berdasarkan cara penghormatannya terhadap ahli dunia.” (Mawa’izh al-Imam Sufyan al-Tsauri, hal. 120)
Sifat orang-orang Cinta Dunia.
1. Tamak terhadap sesuatu.2. Tidak member peluang kepada orang lain.3. Suka salahkan orang apabila gagal.4. Menghalalkan segala cara dalam mencari rezeki.5. Sibuk dengan urusan dunia hingga lupakan akhirat.6. Tidak memiliki pendirian yang kuat dalam mencari kebenaran.
Dari Majalah Solusi keluaran Isu 18.
No comments:
Post a Comment
MSG-Zone