Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber

Thursday, July 21, 2011

ILMU lebih baik daripada HARTA

Assalamualaikum semua sahabat-sahabat yang sudi singgah ke blog ini..... :)

Antara ilmu dan harta mana lebih berharga? Kali ini saya nak berkongsi tentang kebaikkan ilmu berbanding harta. siapa-siapa hendak tahu mesti teruskan membaca entri ini... semoga bahan ini dapat memberi manfaat kepada kita... Insya-Allah

ILMU lebih baik daripada HARTA
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas
  • Ilmu diwariskan oleh para Nabi dan harta diwariskan oleh Qarun dan Firaun.
  • Ilmu akan bertambah apabila digunakan manakala harta kekayaan akan makin berkurang apabila dibelanjakan, kecuali harta yang dimanfaatkan pada jalan Allah. 
  • Ilmu akan melindungi pemiliknya manakala harta perlukan perlindungan pemiliknya. 
  • Ilmu dan harta dimiliki oleh orang yang beriman dan orang yang tidak beriman, manakala ilmu yang membawa kepada kenal dan takut Allah hanya dimiliki oleh orang-orang yang beriman. 
  • Ilmu dan amal akan membantu pemiliknya meniti sirat. 
  • Manusia sentiasa memerlukan alim ulama yang boleh menunjukkan jalan yang lurus, manakala orang kaya tidak selalunya diperlukan oleh masyarat.  
  • Ilmu yang dimanfaatkan (amal jariah) dapat menemani hingga ke liang lahad, harta pula akan segera berpisah daripada si empunya setelah roh terpisah dari badan.
 Dari Majalah Solusi keluaran Isu 18.

No comments:

Post a Comment

MSG-Zone

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket

Blog Untuk Download