Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber

Monday, October 31, 2011

Doa Mohon Dapat Menyelesaikan Soalan dengan Tepat

Assalamualaikum Semua :)

Hari ini saya hendak kongsikan satu lagi doa yang boleh diamalkan oleh mereka yang hendak menduduki peperiiksaan mahupun kepada sesiapa yang akan menghadapi temuduga kerja. Doa ini untuk memudahkan kita menyelesaikan persoalan dengan tepat. Semoga pengkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua. Insya-Allah..

Doa Mohon Dapat Menyelesaikan Soalan dengan Tepat
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Maksudnya:
“Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon petunjuk kepada-Mu untuk kebenaran semua urusanku dan aku mohon pertolongan-Mu dari jahatnya perbuatanku, Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi lagi Maha Pemberi.”
 Dari Buku Doa dan Amalan Berjaya di Sekolah & Kerjaya.

Sunday, October 30, 2011

Batu Besar

Assalamualaikum Semua :)

Kita sering menghadapi masalah.. betulkan... kekadang masalah tu kecil je tapi kita merasakan ia adalah satu masalah yang besar dan sukar.. Kita sering mengandaikan ia besar kerana kita tidak berusaha mengatasinya terlebih dahulu. Kali ini saya hendak kongsikan satu cerita yang memberi pengajaran kepada kita. Untuk tahu apa pengajaran yang boleh kita ambil dari cerita ini semestinyalah kena baca sampai habis. semoga cerita ini dapat membuka minda sekiranya kita menghadapi sebarang masalah. Nilai dan kaji terlebih dalhuu sebelum kita membuat andaian.. :)

Batu Besar
Sumber Gambar: Majalah Solusi Isu 35

Seorang petani mempunyai beberapa ekar tanah sawah yang sangat luas di sebuah kampung. Berbekalkan sedikit duit simpanan sebagai pendahuluan, petani tersebut membuat pinjaman dari sebuah bank bagi membeli sebuah traktor pembajak sawah.

Kerja membajak tahan sawah kini bertambah mudah berbanding menggunakan kerbau. Namun ada masalah lain pula yang dihadapinya. Setiap kali membajak tanah, pasti ada sebelah tajak yang dipasang pada traktor itu yang patah. Puncanya hanya satu. Ði tengah-tengah tanah sawahnya itu ada sebiji batu yang besar.

Setelah dua tahun berlalu, isterinya mencadangkan agar batu tersebut dikorek dan dialihkan dari tanah sawah mereka itu, agar tiada lagi berlaku bilah tajak yang patah.

Petani tersebut turun kembali ke bendang. Ði tenung lama-lama batu tersebut. Akhirnya dia mengambil sebatang kayu. Ðia ingin menduga kedalaman batu itu.

Ðia menuil sedikit pada sisi batu tersebut. Alangkah terperanjatnya dia apabila mendapati kedalaman batu itu hanya kira-kira 5cm. Walaupun batu itu kelihatan besar, hakikatnya batu itu nipis.

Petani itu kembali membawa sebilah kapak. Ðigunakan belakang kapak dan mengetuk permukaan batu. Selepas tiga kali mencuba, batu tersebut pecah kepada beberapa kepingan kecil.

“Oh... rupanya senang aje nak pecahkan dan alihkan batu ini,” getus petani itu.

Pengajaran :
Manusia sering memandang masalah kecil sebagai satu masalah besar. Malah mereka sering berhadapan dengan masalah yang sama berulang kali kerana tidak yakin dengan kemampuan mereka menyelesaikan masalah. Hakikatnya, kemampuan dan potensi manusia menyelesaikan masalah itu lebih besar daripada masalah yang wujud.

 Dari Majalah Solusi keluaran Isu 35 

Friday, October 28, 2011

10 Perkara Yang Merosakkan Otak

Assalamualaikum Semua :)

Apa khabar kalian semua? Macam mana hari ini sihat tak? Entri kali ini saya hendak kongsikan perkara yang boleh menyebabkan otak kita rosak.. Apa puncanya? Untuk ketahui bolehlah terus membaca entri ini. semoga entri ini memberi manfaat kepada kita. marilah kita sama-sama menjaga otak kita daripada rosak. Zombi yang dalam cerita Zombi Kampung Pisang pun hanya nak otak-otak yang sihat je.. hehe... Otak yang baik dapat menjadikan seseorang itu lebih baik.

10 Perkara Yang Merosakkan Otak
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

1. TIDAK MENGAMBIL SARAPAN PAGI.
Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga, iaitu sebanyak 25% daripada keperluan tenaga badan. Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Banyak sel-sel otak akan mati dan keseluruhan otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebuit.

2. TERLEBIH MAKAN.
Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik. Makan berlebihan menyebabkan banyak darah dialirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan, menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak. Ini mengakibatkan mengantuk, malas dan hilang daya focus.

3. MEROKOK.
Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak.

4. MENGAMBIL GULA BERLEBIHAN.
Gula yang berlebihan dalam badan boleh mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. MENGHIDU UDARA TERCEMAR.
Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Menghidu udara tercemar menyebabkan kerosakkan sel-sel otak. Berkawan dengan perokok juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat merbahaya kepada otak.

6. TIDUR YANG BERLEBIHAN.
Tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita. Namun tidur yang berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya fberfikir seseorang.

7. TIDUR DENGAN MENUTUP MUKA.
Tidur sambil meniarap dan menekup muka ke bantai atau menutup dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas. Ini boleh menybabkan otak kekurangan oksigen.

8. KURANG BERIMAGINASI.
Berfikir merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otak kita. Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.

9. JARANG BERFIKIR,
Jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembap dan tidak aktif. Maka, selalu berfikir akan melatih otak kita berkerja dan meningkatkan keupayaan otak kita.

10. TIDAK MEMBACA AL-QURAN.
Al-Quran merupakan kalimah-kalimah Allah s.w.t. Membacanya akan member banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya daripada rosak. Tidak membaca al-Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal.
 Dari Majalah Gen-Q Isu 3.

Wednesday, October 26, 2011

Ekspo Buku Islam 2011 di KL Sentral

Assalamualaikum Semua :)

Hari ini merupakan hari pertama ekspo jualan buku islamic anjuran penerbit buku-buku berunsur Islam. Ekspo ini akan berakhir pada 1 november 2011. Apa yang menariknya program ini julung-julung kali diadakan oleh penerbit buku-buku bercorak dakwah Islam ini. Peluang ini patut di ambil oleh sesiapa saja yang cintakan kepada ilmu. Mudah-mudahan kita akan lebih dekat dengan Islam dan seterusnya menjadi Mukmin yang baik. Insya-Allah.

Terdapat banyak buku-buku yang dijual di sini walaupun ruangnya agak kecil jika hendak dibandingkan dengan pesta buku di PWTC yang diadakan setiap tahun. kepada sesiapa yang berminat bolehlah ke sana,. ia dibuka pada pukul 9 pagi hingga jam 9 malam. Berikut adalah gambar-gambar yang dapat diambil.. tapi masa ni orang dah kurang..Maaf saya bukan juru gambar yang baik... hehehe :D

Gambar Diambil Dari Kamera Telefon Bimbit Buruk

Tuesday, October 25, 2011

Tukarkan Kepada Sesuatu Yang Lebih Baik

Assalamualaikum Semua :) 

Entri kali ini saya hendak kongsikan sebuah cerita menarik. Cerita apa tu kenalah baca sampai habis ye.. hehe.. Tapi apa yang hendak dinyatakan disini pengajaran yang patut kita ambil dari cerita ini. Semoga cerita ini memberi motivasi kepada diri kita untuk menjadi lebih baik. Okeylah jom baca cerita ini.. Jangan lupa tinggalkan pesanan ringkas (kalau panjang pun apa salahnya) kat ruangan komen.. manalah tahukan ada sesiapa yang hendak berkongsi pandangan tentang kisah ini.. :)

Tukarkan kepada sesuatu yang lebih baik
Sumber Gambar: Majalah Solusi Isu 35

Di dasar laut yang bening dan jernih, tinggal sepasang tiram sederhana besar bersama koloninya yang melekat kukuh pada sebiji batu besar. Makanan mudah didapati di situ dan habitatnya juga sangat sesuai untuk koloni tiram.

Suatu hari, arus tiba-tiba mengalir sangat deras sehingga menerbangkan butir-butir pasir di dasar laut tersebut.

Sepasang tiram tersebut tidak sempat menutup cangkerang mereka dan terpaksa menelan beberapa butir pasir yang termasuk ke dalam cangkerangnya. Mereka cuba meludah-ludah pasir-pasir tersebut, tetapi tidak mampu.

Mereka cuba mengangakan cangkerang luas-luar agar pasir dapat dikeluarkan, namun mereka berdepan dengan risiko lebih banyak pasir akan memasuki cangkerang mereka.

Setelah pelbagai ikhtiar dilakukan, tram tersebut memberikan satu cadangan kepada pasangannya, “Jika kita tidak boleh keluarkan pasir ini, apa kata kita cuba tukarkannya kepada sesuatu yang lebih baik?”

Pasangannya bersetuju tanpa sebarang bantahan.

Setelah bertahun-tahun butiran pasir itu berada dalam cangkerang sepasang tiram itu, akhirnya terhasillah sesuatu yang berharga. Warnanya putih bercahaya. Itulah dia sebutir mutiara yang asalnya hanya pasir.

Pengajaran :
Jika tiram mampu mengubah sebutir pasir menjadi mutiara, maka manusia yang dikurniakan Allah SWT dengan akal, lima pancaindera, hati dan status sebagai khalifah, apa agaknya yang manusia mampu lakukan?

 Dari Majalah Solusi keluaran Isu 35 

Pembahagian Jenis Sumpah

Assalamualaikum Semua :)

Hari ini saya hendak sambung entri yang berkaitan dengan sumpah. Dalam Islam kita tidak boleh sebarangan untuk melafazkan sumpah. sebab itu terdapat pembahagian jenis sumpah. Untuk ketahui apakah jenis sumpah tersebut bolehlah baca seterusnya. Mudah-mudahan entri ini memberi manfaat kepada pembaca semua.

Pembahagian Jenis Sumpah

Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Sumpah terbahagi kepada tiga (3) jenis, iaitu yang dikira dan terangkat sumpahnya, sumpah lagha dan sumpah dusta. Inilah yang diijmak oelh ulama.

Dalam kitab al-Mawsu'ah al-Fiqhiyyah (jil. 18, hlm, 79) hak terbahagi kepada dua (2):

1. Hak bagi Allah.
2. Hak bagi hamba.

Hak bagi Allah terbahagi kepada dua:


i. Hudud dan tidak boleh bersumpah padanya. Ini kerana apabila seseorang enggan bersumpah, ia tidak membawa kepada sebarang sumbangan atau ikrar, yang shubhah, sedangkan hudu tidak boleh dilaksanakan jika terdapatnya unsure syubhah.

ii. Hak harta benda, seperti dakwaan pemungut zakat terhadap tuan harta. Yang demikian itu merupakan ibadat seperti solat, justeru tidak perlu bersumpah.

Hak bagi hamba pula terbahagi kepada dua (2):

i. Yang membabitkan harta. Ini merupakan pensyariatan bagi sumpah tanpa khilaf antara ahli ilmu. Jika pendakwa tidak mengemukakan bukti, maka pihak yang didakwa boleh bersumpah dan lepas daripada dakwaan tersebut. Ini sebagaimana yang terjadi dalam kisah al-Hadrami dan al-Kindi yang berselisih pendapat berkenaan dengan tanah.

ii. Yang tiada hubung kait dengan harta, seperti hukum qazaf dan qisas. Begitu juga biasa diketahui seperti nikah, cerai, rujuk, membebaskan hamba, Islam, murtad dan lain-lain. Hal ini terbahagi kepada beberapa pendapat:
a. Abu Hanifah dan mazhab Maliki: Tidak perlu diminta bersumpah.

b. Mazhab Syafi’i dan Hambali: Boleh diminta bersumpah. Namun, terdapat satu pendapat dalam mazhab Hambali bahawa tidak boleh diminta bersumpah kepada orang yang didakwa.

Entri Ini Mempunyai Sambungannya... 
Entri berkaitan:
Sumpah Yang Dibenarkan

  Dari Majalah Solusi keluaran Isu 36.

Monday, October 24, 2011

Amanah: Antara Cinta dan Cita-cita

Assalamualaikum Semua :) 

Apa khabar semua: harap semuanya sihat. Kali ini saya hendak kongsikan ilmu yang berkaitan dengan amanah. Setiap manusia diberi amanah untuk dilaksanakan. namun apakah amanah itu kita tunaikan dengan bertanggungjawab? Jika ya, Alhamdulillah dan jika tidak eloklah diperbaiki sebelum terlambat. sesungguhnya manusia selalu lalai. Semoga entri ini memberi manfaat kepada kita semua. "Ya Allah peliharalah hati hamba-Mu ini yang sering lupa dan alpa terhadap amanah yang diberikan. Jadikanlah aku insan yang soleh agar aku dapat menyempurnakan amanah-Mu." Amin...

Amanah: Antara Cinta dan Cita-cita
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Bayangkan: andainya seseorang yang dikasihi member sebatang pensel untuk diasahkan, sudah tentu kita melakukannya segera dengan sepenuh tenaga walaupun kita sedang letih bermain bola jarring; andainya seseorang yang dicintai meminta kita dating berjumpa dengannya di kedai basikal, sudah pasti kita akan pergi dengan pantas walaupun kita sedang mencuci mangkuk di dapur, andainya seseorang yang dirindui mengharapkan hadiah jam tangan berjenama terkenal, sudah mesti kita mencarinya di kompleks membeli-belah walaupun kita terpaksa memecahkan tabung ayam yang dibeli di Ayer Hitam.

Percayalah, seseorang itu akan melakukan segalanya seandainya perasaan kasih dan cinta sudah bersemadi dalam jiwanya. Hinggakan sanggup membelah badai, menongkah arus, mencantas rebut dan memagar beliung demi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang kekasih.

Menyatu Jiwa Dengan Amanah

Kata-kata diatas adalah sebagai penghubung kepada tanggungjawab yang dipercayakan. Jadi, apa yang dapat disimpulkan di sini adalah jika cinta itu ada dalam diri, maka kita rela berbuat apa saja demi menjaga cinta kita itu. Itulah dipanggil memelihara cinta dan perbuatan memelihara itu adalah amanah.

Dari sudut psikologi, perasaan cinta itu membuatkan timbulnya rasa percaya dan kasih yang akhirnya menerbitkan tanggungjawab atau amanah dalam percintaan. Simboliknya, perasaan cinta itu merangkumi pelbagai aspek dan amat luas perspektifnya. Maka kita satukan perasaan cinta itu dan kita jadikannya asas atau tiang untuk kita berpaut.

Apakah tiangnya itu? Tiangnya adalah cinta yang kukuh itu, dengan izin Allah s.w.t. kita dapat memelihara kesemua amanah sepanjang hayat kita di dunia ini.

Istiqamah Memelihara Amanah

Sebagai pejuang Islam di medan kehidupan, kita wajib berbangga kita Muslim, dan wajib memelihara amanah ini:

Pertamanya. Memelihara mata – 
Melihat sesuatu yang perlu dalam menunaikan segala hajat. Juga, dapat melihat keajaiban serta keindahan ciptaan Maha Pencipta sehingga kita dapat mengambil iktibar daripadanya.

Keduanya. Memelihara telinga – 
Mendengar sesuatu yang memanfaat, lebih-lebih lagi keindahan ayat al-Quran dan hadis. Juga, dapat mendengar ilmu pengetahuan sehingga ilmu itu diamalkan menjadi bekalan pahala kepada nikmat di syurga kelak.

Ketiganya. Memelihara lidah – 
Memperkatakan sesuatu yang boleh diambil sebagai ilmu yang berguna kepada orang lain. Juga, dapat membaca bahan yang bermanfaat serta menyampaikannya sebagai usaha dakwah.

Keempatnya. Memelihara perut
– 
Memakan hanya makanan yang halal sumber rezekinya dan berpada serta tidak keterlaluan. Juga, sentiasalah mengingati orang yang tidak berpeluang menikmati rezeki yang diperolehi.

Kelimanya. Memelihara kemaluan –
 
Terpelihara kemaluan sekiranya kita menjaga mata daripada melihat yang haram. Menjaga hati daripada fikiran songsang, menjaga rezeki daripada sumber haram, kerana semuanya itu punca syahwat.

Keenamnya. Memelihara dua tangan – 
Memegang sesuatu yang mempunyai kepentingan ilmu dan menyampaikan hajat bermanfaat. Juga, menggunakannya untuk menulis sesuatu yang berilmu demi keagungan Islam.

Ketujuhanya. Memelihara dua kaki – 
Melangkah ke tempat yang bermanfaat untuk Islam dan ilmu demi meraih pahala. Juga, berjalan menuju ke suatu tempat bagi menjalin silaturahim untuk mengimarahkan dunia Islam.

Amanah Sebagai Simbol Cinta.

Di atas segalanya, peliharalah amanah kita sebagai seorang Islam yang sebenar dengan menjaga setiap waktu solat kita. Usahlah mengabaikannya sekiranya kita cinta kepada Islam. Ingatlah, amanah memelihara solat itu nanti menjadi persoalan utama di alam akhirat kelak dan ia menjadi symbol cinta kita terhadap Allah s.w.t.

Yang terakhirnya, istiqamah dalam amanah kita sebagai seorang Mukmin sebagaimana riwayat Muslim, daripada Abu ‘Amr Sufyab bin Abdullah al-Tsaqafi r.a. berkata: Aku berkata, “Wahai Rasullah, katakanlah kepadaku satu ungkapan tentang Islam, yang aku tidak memintanya kepada seorang pun kecuali padamu.” Rasullah s.a.w. bersabda: “Katakanlah aku beriman kepada Allah, kemudian istiqamahlah.”

 Dari Majalah Gen-Q Isu 2.

Saturday, October 22, 2011

Doa Agar Anak Menjadi Orang Berilmu

Assalammualaikum Semua :)

Entri kali ini saya hendak kongsikan doa agar kita dan ahli keluarga kita menjadi orang yang berilmu. Doa ini boleh dijadikan amalan semasa hendak membaca atau semasa kita hendak melakukan sesuatu perkara yang baru. Semoga kita semua menjadi manusia yang berilmu dan dapat memberi manfaat kepada orang lain dengan ilmu yang dimiliki. Insya-Allah...

Doa Agar Anak Menjadi Orang Berilmu
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas
Maksudnya:
“Ya Allah, jadikanlah aku, anak-anakku dan keluargaku termasuk golongan orang yang baik. Dan janganlah Engkau jadikan aku serta mereka dalam golongan orang yang jahat dan orang yang membuat mudarat. Berilah rezeki kepadaku dan kepada mereka berupa ilmu yang bermanfaat, rezeki yang lapang, budi pekerti yang baik, pertolongan untuk taat dan kefahaman mengenai para nabi.”
  Dari Buku Doa dan Amalan Berjaya di Sekolah & Kerjaya. 

Thursday, October 20, 2011

Sakit sama dirasa, senang sama disapa

Assalamualaikum Semua :) 

Hak Berjiran, yeah itulah yang hendak dikongsikan dalam entri kali ini. Kadang-kadang kita lupa bahawa kita sebenarnya ada hak pada jiran kita. Apa hak kita tu? Hah.. kalau nak tahu kenalah la baca sampai habis entri ini. Mudah-mudahan ia memberi manfaat dalam kehidupan kita. Insya-Allah..

Memahami Hak Berjiran
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Dan berbuat baiklah kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, tetangga dekat dan jauh, teman sejawat dan orang yang berjihad.” (Surah An-Nissa’ 4:36)

Sakit sama dirasa, senang sama disapa
Memahami Hak Berjiran:

1. Memberi salam apabila bertemu.

2. Memenuhi undangannya jika dijemput.

3. Menziarahinya ketika sakit.

4. Membantunya ketika kesempitan.

5. Tidak menyakiti hatinya.

6. Menyembahyangkannya apabila meninggal dunia dan mengiringinya

 Dari Majalah Gen-Q Isu 2.

Tuesday, October 18, 2011

Soalan Apakah Ini?

Assalamualaikum Semua :)

Yeah.. Hari ini mari kita baca satu kisah ketidakpusan hati seorang pelajar cemerlang terhadap Profesor dia. Apa yang menyebabkan pelajar tersebut bersikap sebegitui dengan Prof dia? Macam biasalah kalau nak tahu kenalah baca entri ini sampai habis dan jangan lupa berikan komen-komen anda.. Kalau nak beri ulasan pun dipersilakan. Sebelum tu pernah tidak anda tidak puashati dengan pensyarah atau guru anda? Jangan tipulah mesti adakan.. hehe... Okeylah... Jom baca seterusnya... :)
Soalan Apakah Ini?
Sumber Gambar: Google

Setelah menduduki satu ujian akhir semester, seorang pelajar cemerlang menemui profesornya. Tujuannya hanya satu, untuk bertanya kewajaran soalan terakhir dalam kertas soalan tersebut.

“Prof, adakah soalan terakhir itu dikira sebagai sebahagian daripada markah peperiksaan akhir?”

“Ya, sidah tentu.”

“Tapi Prof, itu soalan luar daripada sukatan dan tiada kena-mengena dengan mata pelajaran ini,” pelajar itu cuba memberikan komen.

“Kamu silap. Ia ada kaitan dengan sukatan pelajaran.”

“Mungkin Prof terlupa. Soalannya berbunyi, ‘Siapakah nama tukang cuci Jabatan Kejuruteraan Aeronautik?’ Bagi saya, soalan ini langsung tiada kaitan dengan kursus yang saya ambil!”

“Pelajar seperti kamu tidak hanya semata-mata cemerlang dalam peperiksaan. Teori hanya sebahagian kecil daripada proses pembelajaran. Teori perlu dipraktikkan. Tetapi teori dan praktikal pun belum cukup. Sikap peduli seorang mahasiswa mengenai masyarakat sekelilingnya jauh lebih penting walaupun kamu nanti mungkin hanya bekerja dengan mesin.”

Pengajaran:
Kita sering melakukan sesuatu berdasarkan apa yang tercatat di atas kertas. Kita menjadi ibarat robot yang sangat patuh kepada system. Hakikatnya Islam membawa saranan agar mementingkan nilai kemanusia. Sebaik-baik manusia ialah manusia yang bermanfaat kepada manusia lain.
 Dari Majalah Solusi keluaran Isu 36.

Monday, October 17, 2011

Faedah-faedah Bersumpah

Assalammualaikum Semua :)

Entri kali ini merupakan sambungan entri tentang bersumpah.. kalau sebelum ini saya telah kongsikan apa dia hikmah bersumpah entri kalai ini pula kita lehat apa dia pula faedah-faedah bersumpah. Semoga entri ini dapat memberi pengetahuan kepada kita tentang Sumpah. Jom baca seterusnya..


Faedah-faedah Bersumpah
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Ibn Qayyim al-Jawziyah dalam kitabnya yang masyhur, al-Turuq al-Hukmiyah fi al-Siyasah al-Shariyyah menyebut beberapa faedah bagi sumpah, antaranya:
I. Menakutkan orang yang didakwa akan akibat bersumpah dusta. Ini menyeru mereka agar membuat pengakuan yang serius.

II. Hukuman akan dikenakan atasnya jika dia enggan bersumpah.

III. Memutuskan persengketaan, dan dapat dituntut hal yang berkaitan pada ketika itu.

IV. Menetapkan hak dan kebenaran dengannya jika ia dikembalikan kepada pendakwa dengan membawa seorang saksi.

V. Menyegerakan hukuman kepada pendista yang ingkar daripada kebenaran. Ini merupakan sumpah palsu yang membawa kepada kemurkaan Allah dan mengundang bala dengan segera.

Entri Ini Mempunyai Sambungannya... 
 
Entri berkaitan:

  Dari Majalah Solusi keluaran Isu 36.

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket

Blog Untuk Download