Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber

Wednesday, September 21, 2011

Lambaian Kaabah - Tetamu Agung Allah

Assalamualaikum Semua :)

Memandangkan musim haji tidak lama lagi, Saya ingin kongsikan sedikit info mengenai fardu haji. Semoga info ini dapat menambah pengetahuan kita semua. dan memasang impian untuk ke sana (Baitullah)... Teruskan membaca.. :)

Tetamu Agung Allah
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Haji ialah mengunjungi Baitullah al-Haram di Mekkah pada bulan-bulan haji untuk mengerjakan ibadat-ibadat tertentu menurut syarat-syaratnya.

Keutamaan Haji
- Ibadah haji merupakan salah satu perintah Allah yang harus dikerjakan bagi sesiapa yang mampu sekali seumur hidup.

- Ibadah haji juga merupakan salah satu jihad pada jalan Allah (Jihad fi sabililiiah).

- Ibadah haji dapat menghapuskan dosa.

- Syurga ialah balasan bagi haji yang mabrur.

- Belanja yang dikeluar bagi menunaikan ibadah haji merupakan infak fi sabilillah.

Hukum:
Haji wajib atas Muslim yang mukalaf sekali seumur hidup apabila memenuhi syarat-syaratnya. Setiap Muslim perlu menanam keazaman untuk menunaikan ibadah haji seterusnya menyempurnakan dan melengkapkan kelima-lima tuntutan rukun Islam.

Dalil Wajib Haji

Allah berfirman yang bermaksud: “Mengerjakan haji ialah kewajipan manusia terhadap Allah iaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan Baitullah. Sesiapa mengingkari (kewajipan haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) daripada semesta alam.” (Surah Ali ‘Imran 3:97)

Rasullah bersabda yang bermaksud: “Islam didirikan atas lima perkara; bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah s.w.t. dan Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji ke Baitullah dan berpuasa pada bulan Ramadan. ” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Syarat Wajib Mengerjakan Haji

1- Islam
2- Merdeka
3- Mukalaf
4- Berkuasa atau mampu iaitu:
   · Mempunyai pembelanjaan yang mencukupi untuk ke Makkah dan kembali ke kampungnya semula.
   · Meninggalkan nafkah asas yang cukup bagi orang di bawah tanggungannya.
   · Ada kenderaan dan perjalanan selamat dan aman.
   · Sihat tubuh badan.
   · Ada kesempatan masa untuk menunaikan haji.

 Dari Majalah Solusi keluaran Isu 35.

No comments:

Post a Comment

MSG-Zone

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket

Blog Untuk Download