Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber

Sunday, November 20, 2011

Itu Hartaku

Assalamualaikum Semua

Alhamdulillah masih ada waktu untuk saya mengupdate blog ini. Hari ini saya hendak kongsikan sebuah cerita mengenai orang yang bakhil. Bakhil ialah orang yang kedekut yang teramat sangat... Adakah anda ada sifat sebegini? jika ada eloklah dibuang jika tidak ia tidak akan membawa kita ke syurga.Gunakanlah kekayaan yang dimiliki sebagai penambah pahala. bukannya penambah dosa. Ingat kekayaan harta didunia tidak akan dibawa mati. yang dibawa hanya amalan dan kebajikan. Semoga kisah ini mengajar kita erti bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan. Jom baca seterusnya... :)


Itu Hartaku
Sumber Gambar: Majalah Solusi Isu 37

Di sebuah kampong tinggal seorang lelaki kaya yang sangat kedekut. Setiap hari dia hanya berfikir tentang cara menambah harta kekayaannya dan mengelakkan hartanya daripada digunakan.

Dia berjalan-jalan ke kampung berhampiran, mencari idea. Dia mendapati penduduk kampong itu kebanyakkanya pemurah. Apa lagi, lelaki bakhil itu pun berhasrat menetap di kampong tersebut, jauh daripada risiko orang yang datang meminta-minta itu ini.

Di kampong itu dia menyamar sabagai seorang yang miskin, setiap hari dia akan keluar meminta-minta. Bahagianya lelaki bakhil itu makan minum, pakaian dan keperluan hariannya ditanggung penduduk kampong tersebut.

Apabila pulang ke rumah, dia hanya menghitung-hitung duit emas dan perak yang dimilikinya. Malah dia juga mempunyai seekor kambing betina yang menghasilkan susu yang banyak, namun bagi mengelakan daripada berkongsi susu kambing itu, dia rela mengurung kambingnya di dapur rumahnya.

Lama kemudian, penduduk kampong mengetahui bahawa lelaki tersebut sebenarnya kaya namun kedekut.

Suatu hari, seorang musafir menunggang kuda menghampiri rumahnya. Sebaik sahaja dilihatnya kuda itu menghampiri, pantas lelaki bakhil itu menjerit: “pergi, pergi! Rumahku tiada apa-apa!”

Lelaki musafir tersebut tidak berkata apa-apa, lalu meneruskan perjalanan masuk ke kampong. Penduduk kampong itu bersikap pemurah datang menghulurkan minuman dan makanan, member pakaian bersih dan menyediakan tempat yang selesa untuk dia bermalam dan beristirehat.

Setelah beberapa hari, lelaki tersebut mengucapkan terima kasih dan meneruskan perjalanannya.

Beberapa hari kemudian, dia kembali semula dengan beberapa buah peti berisi emas. Barulah penduduk kampong tahu bahawa si musafir yang mereka bantu itu sebenarnya ialah seorang raja.

Bagi membalas jasa penduduk kampong, dia menghadiahkan emas dan hartanya kepada mereka dalam suatu majlis jamuan makan besar-besaran.

Dalam kemeriahan majlis, terdengar suara tangisan. Si raja bertanya: “Siapakah itu dan mengapa dia menangis?”

“Itu lelaki bakhil yang menetap di hujung kampong. Dia menangis kerana menurutnya harta yang tuanku bahagi-bahagikan ini sebenarnya dia yang lebih berhak memilikinya, terang mereka.”

“Kenapa dia berkata demikian sedangkan beta yang mahukan harta ini dibahagi-bahagikan kepada kamu semua?”

“Dia mendakwa harta ini miliknya, sebab dia orang pertama yang menemui Tuanku semasa Tuanku mula masuk ke kampong ini dulu.”

“Kamu para penduduk kampong ini memag pemurah, tetapi tidak disangka ada juga orang yang bakhil macam itu.”

Raja diberitahu bahawa dia pernah berpura-pura tidak berharta dan penduduk kampong turut membantunya waktu itu.

“Sewaktu kamu bantu dia dahulu, apakah kamu tidak tahu dia kaya dan berharta?”

“Kami akan membantu sesiapa sahaja yang memerlukan, Tuanku.”

Raja mengangguk-angguk faham. Namun apabila diimbas kembali layanan yang diberikan si bakhil itu kepada raja, Baginda tersenyum lebar.

Pengajaran: Orang kaya hakiki ialah orang kaya yang tidak berhajatkan kepada apa-apa pun, malah mampu berkongsi dengan golongan yang memerlukan. Sebaliknya orang yang miskin sentiasa mendambakan harta walaupun hartanya sudah melimpah.
 Dari Majalah Solusi keluaran Isu 37.

4 comments:

  1. Subhaanalloh... Menjadi Inspirasi. memang lah kita gk boleh BAKHIL. jadilah PEMURAH untuk mendapat KEMURAHAN ALLAH Subhaanahu Wata'ala

    ReplyDelete
  2. @Tatang Tajudin Ibnu Supyan Ya betul tu... jadilah PEMURAH agar Allah MEMURAHKAN lagi rezeki kita... :)

    ReplyDelete
  3. janganlah terlalu bakhil tak bertempat.. selalu tolong menolong InsyaAllah rezeki kita melimpah ruah... =)

    ReplyDelete

MSG-Zone

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket

Blog Untuk Download