Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber

Friday, November 18, 2011

Hak-hak Orang Islam #7

Assalamualaikum Semua

Hari ini saya hendak sambung entri Hak-hak orang Islam terhadap saudara Muslimnya.. kepada anda yang masih belum baca bolehlah klik untuk membacanya. ♥ Hak-hak Orang Islam #1Hak-hak Orang Islam #2Hak-hak Orang Islam #3Hak-hak Orang Islam #4Hak-Hak Orang Islam #5 Hak-hak Orang Islam #6 ♥ Semoga entri-entri yang dikongsikan ini dapat memberi panduan kepada kita dalam menjaga hubungan sesama Islam. Insya-Allah

Hak-hak Orang Islam #7
Sumber Gambar: Google

19.. Hendaklah memulakan ucapan salam terlebih dahulu kepada semua muslimin sebelum bercakap-cakap dan sebaik-baiknya berjabat tangan dengannya sewaktu bersalaman.

Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan apabila kamu diberi penghormatan dengan suatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah ia (dengan cara yang sama).” (Surah An Nisaa: 86)
Rasullah s.a.w. juga bersabda yang bermaksud:
“Demi jiwaku yang berada di dalam kekuasaan-Nya tidaklah kamu semua akan dapat masuk syurga sehingga kamu semua beriman dan tidaklah kamu semua beriman sehingga kamu semua saling cinta-mencintai. Adakah kamu semua suka jika saya tunjukkan suatu amalan yang apabila kamu semua lakukan, kamu semua akan saling dinta-mencintai : “Ucapkanlah salam di antara kamu semua.’” (Diriwayatkan oleh Muslim)
Mengenai cara member salam seperti yang pernah dijelaskan oleh Rasullah s.a.w. dalam sabdanya yang bermaksud:
“Orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada orang yang berjalan dan apabila sudah ada seorang memberi salam kepada suatu kaum (golongan), maka itu sudah mencukupi untuk seluruhnya.” (Diriwayatkan oleh Abu Daud)
Anas r.a. apabila berjalan melalui tempat kanak-kanak beliau akan member salam kepada mereka. Diriwayatkan dari Rasullah s.a.w. bahawa baginda s.a.w. pun melakukan perkara yang sedemikian juga. Pernah terjadi bahawa Rasullah s.a.w. berjalan di masjid dan di situ ada sekelompok orang yang sedang duduk-duduk lalu baginda s.a.w. mengisyaratkan tangannya dengan salam.

Perihal memberi salam sewaktu datang di suatu majlis atau akan meninggalkannya. Rasullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Apabila seseorang dari kamu semua sudah sampai di suatu majlis , maka hendaklah memberi salam, jika ia perlu duduk, baiklah terus duduk, selanjutnya apabila ia berdiri , hendaklah memberi salam pula. Tidaklah orang yang pertama itu berhak dari orang yang terakhir.” (Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi)
Ada suatu riwayat yang menerangkan bahawa setengah daripada kesempurnaan memberi penghormatan itu ialah dengan berjabat tangan . Al-Hasan berkata : “Berjabat tangan itu menambah kecintaan.”
Mencium seseorang yang dianggap agung dalam urusan agama itu tidak menjadi halangan asalkan dengan tujuan untuk tabarruk (mengambil keberkatan) serta memberi penghargaan . Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. mengizinkan tangan dan kepalanya untuk dicium (Riwayat Hakim)
Adapun membongkokkan badan ketika bersalaman adalah dilarang

Merangkul dan mencium itu dibolehkan sewaktu kembali dari perjalanan. Ini bersandarkan keterangan dari hadis Rasululah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Daud.

Tentang memegang tali kenderaan sewaktu memberi penghormatan kepada alim ulamak, ada diriwayatkan didalam atsar, misalnya apa yang dilakukan oleh Ibnu Abbas terhadap kenderaan Zaid bin Tsabit.

Perihal berdiri sebagai penghormatan adalah dimakruhkan sekiranya bertujuan mengagungkan bukan memuliakan. Rasulullah sa.w. bersabda yang bermaksud:
“Janganlah seseorang itu berdiri dari duduk untuk mengagungkan orang lain, kemudian duduk pula di situ, tetapi berikalah tempat dan kelapangan untuknya.” (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)
Bagi seseorang yang baru masuk apabila ia bersalaman dan didapat disitu tidak ada tempat duduk, maka tidak disunatkan untuknya beredar, tetapi duduk sahajalah di belakang barisan.

Diriwayatkan pada suatu ketika Rasulullah s.a.w. sedang duduk di masjid kemudian datanglah kepada baginda tiga orang. Dua orang terus menghadap Rasulullah s a w Dan seorang yang lainnya itu mendapati ada tempat kosong lalu duduklah ia di situ, dan seorang yang lain, disebabkan tempat yang sesak, ia duduk dibelakang orang ramai. Adapun orang yang ketiga ia berpaling dan terus pulang. Setelah Rasulullah s.a.w. selesai baginda bersabda yang bermaksud:
“Mahukah kamu semua saya beritahu mengenai tiga orang ini, Seorang daripada mereka itu memperlindungkan dirinya kepada Allah, lalu ia dilindungi oleh-Nya, yang kedua merasa malu , lalu Allah pun malu kepadanya, dan orang ketiga berpaling, maka Allah pun berpaling daripadanya.(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)
Suatu ketika Rasulullah diberi salam oleh Ummu Hani, Baginta bertanya , “Siapa ini?” Setelah diberitahu yang mengucapkan salam tadi adalah Ummu Hani, Baginda s.a.w. mempersilakannya dengan bersabda yang bermaksud:
“Selamat datang wahai Ummu Hani.” (Diriwayat oleh Muslim)
20. Hendaklah menjaga kehormatan dan maruah saudaranya sama ada yang berhubungan dengan dirim harta dan lain-lain dari penganiayaan orang lain dan ini hendaklah dilaksanakan sedanya upaya. Dan hendaklah ia membela dan berkorban serta mempertahankan kepentingan saudaranya, sebab yang demikian ini adalah wajib sesuai dengan erti persaudaraan dalam Islam. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. sabdanya yang bermaksud:
“Tidaklah seseorang muslim yang menolong seorang muslim yang lain dalam suatu keadaan, ketika maruah saudaranya itu akan dicabul atau kehormatannya diabaikan, melainkan ia akan diberi pertolongan oleh Allah dalam keadaan ia mengharapkan untuk memperolehi pertolongan-Nya. Tidaklah seseorang muslim menghina seorang muslim yang lain dalam suatu keadaan yang kehormatan saudaranya itu akan dicabul, melainkan Allah akan menghinanya dalam keadaan yang ia mengharapkan untuk memperolehi pertolongan-Nya pada waktu itu.” (Diriwayatkan oleh Abu Daud)

Dari Buku Bimbingan Untuk Mencapai Tingkat Mukmin  Jilid 1.

 P/s: Entri ini mempunyai sambungan 

No comments:

Post a Comment

MSG-Zone

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket

Blog Untuk Download