Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber

Saturday, August 06, 2011

Ketahui Perkara Asas Tentang Hadis

Assalamualaikum Semua.... :)

Hadis merupakan sumber rujukan selepas Al-Quran. Tetapi adakah kita tahu bagaimana sesuatu hadis itu diriwayatkan? Apakah yang dimaksudkan dengan ‘matan hadis’?, Bilakah hadis mula ditulis dan dibukukan?, Apakah yang dimaksudkan dengan ‘sanad hadis’?, dan Apakah perbezaan antara ‘hadis sahih’ dan ‘hadis daif’?. untuk ketahui semua persoalan tersebut, jom kita baca info dibawah. semoga selepas ini kita lebih faham dengan hadis yang disampaikan kepada kita. Insya-Allah.


Ketahui Perkara Asas Tentang Hadis

Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas


Apakah yang dimaksudkan dengan ‘matan hadis’?

Matan ialah teks hadis dan ia merupakan penghujung rantaian hadis atau sanad. Jika kita membaca nama-nama periwayat bermula dengan Imam al-Bukhari (pengumpul hadis), ia akan berakhir dengan nama seorang sahabat Nabi dan selepas beliau, kita akan membaca teks atau matan hadis.

Bilakah hadis mula ditulis dan dibukukan?

Hadis mula ditulis sejak zaman Rasullah s.a.w. oleh sebahagian daripada sahabat Baginda. Penulisan semakin banyak berlaku sepanjang zaman sehinggalah tiba zaman pembukuan yang teratur dan lahirlah buku-buku hadis terkemuka seperti Musnad Ahmad, Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim dan lain-lain.

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘sanad hadis’?

Sanad ialah rantaian periwayat (rawi) yang meriwayatkan hadis. Rantaian itu dimulai dengan sahabat Nabi yang merupkan orang pertama menerima hadis itu daripada Baginda. Dia menyampaikan kepada seorang yang lain, dan begitulah seterusnya dia pula menyampaikan kepada orang yang berikutnya sepanjang zaman. Keseluruhan rantaian periwayat ini dinamakan sanad hadis.

Apakah perbezaan antara ‘hadis sahih’ dan ‘hadis daif’?

Istilah ‘hadis sahih’ digunakan oleh ulama pengkaji hadis dengan maksud hadis yang benar-benar dating daripada Nabi Muhammad s.a.w., selepas kajian dan penyelidikan. Manakala istilah ‘hadis daif’ pula diguna oleh ulama hadis dengan maksud hadis yang tidak dapat dipastikan kebenarannya daripada Nabi s.a.w. selepas kajian dan penyelidikan.

Dari Majalah Solusi keluaran Isu 3.

No comments:

Post a Comment

MSG-Zone

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket