Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber

Friday, August 05, 2011

Membezakan Didikan Antara Anak Lelaki dan Perempuan

Assalamualaikum Semua... :)

Bolehkah kita membezakan cara memdidik anak-anak? Kenapa perlu kita memberikan didikan yang berbeza? Jangan salah anggap dengan persoalan tersebut. Sebenarnya kita boleh membezakan dalam mendidik antara anak lelaki dan anak perempuan. Maksudnya asas kepada membentuk diri mereka. Yang patut kita hindarkan ialah membanding-bandingkan anak-anak dengan hanya fokus kepada yang paling kitang sayang.itu tidak adil dan menafikan hak kepada anak-anak lain. Jom kita lihat apa yang patut kita bezakan dalam mendidik anak lelaki dan anak perempuan...


Membezakan Didikan Antara Anak
Lelaki dan Perempuan
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

 Didikan Utama untuk Anak Lelaki 

i. Latih sidat kepimpinan dalam diri mereka

ii. Dekatkan mereka dengan institusi masjid.

iii. Lebihkan gerak kerja yang lasak, outdoor dan berpanas.

iv. Latih mereka menjadi imam solat berjemaah.

v. Ajarkan ilmu patut diketahui oleh seorang lelaki seperti membaiki paip yang rosak, memotong rumput dan berkebun, bertukang kayu, membaiki alatan elektrik, membaiki jentera motor dan sebagainya.

vi. Elakkan membeli alat permainan untuk anak perempuan seperti anak patung, pinggan mangkuk, pakaian dan sebagainya.

vii. Galakkan mereka sertai kerja-kerja kesukarelaan seperti gotong royong dan sebagainya.

viii. Buat passport antarabangsa untuk mereka dan cari peluang menghantar mereka ke luar Negara sama ada untuk belajar atau mencari pengalaman.
 Didikan Utama untuk Anak Perempuan

i. Didik mereka menutup aurat semenjak kecil. Jangan memakai pakaian lelaki.

ii. Galakkan membuat kerja-kerja dalam rumah berbanding dengan anak-anak lelaki.

iii. Elakkan membeli alat permainan kanak-kanak lelaki seperti kereta mainan, robot, alat pertukangan, pistol dan senapang, dan lain-lain.

iv. Lebih bersopan santun dan lemah lembut.

v. Terangkan kepada mereka tentang haid, nifas, kehamilan dan melahirkan anak apabila mereka akihl baligh.

vi. Ajarkan kemahiran yang patut diketahui oleh seorang wanita seperti memasak, menghias dan mengemas rumah, menjaga anak kecil, menjahit dan asas rawatan kecemasan.
Dari Majalah Solusi keluaran Isu 3.

5 comments:

  1. @Afiqa Dayana Untuk Mak Bapak je... hehe... tapi yang belum kawin tue boleh la ajar adik2 mengenal diri mereka supaya bila mereka besar tidaklah bermasalah..... :)

    ReplyDelete
  2. kne didik dieorng nie betol2 baru bila bsr nnti bole jd org yg bergune.. hehe

    ReplyDelete
  3. @teha Ye betul tue. masa kecik la nak ajar dorg... bila dah besar kepala pun dah keras... susah dibentuk sbb banyak pengaruh luar... hehe

    ReplyDelete
  4. Sexist much? What a bunch of hypocritical pigs.

    ReplyDelete

MSG-Zone

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket

Blog Untuk Download