Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber

Monday, August 01, 2011

Ucapan SMS Sempena Ramadhan

Assalamualaikum semua.... :)

Setiap kali kita menyambut sesuatu peristiwa mesti kita akan memberikan ucapan kepada mereka yang tersayang tidak kiralah sempena Hari kelahiran, Hari Merdeka, Hari ibu, Hari Bapa, Maulidur Rasul, Awal Muharam, Tahun Baru, dan termasuklah Sempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak mahupun Hari Raya Aidilfitri.. Pasti ada berbagai-bagai jenis ucapan yang direka cipta oleh mereka-mereka yang pandai menggunakan bahasa-bahasa yang indah.... Entri kali ini saya ingin kongsikan beberapa SMS yang diterima oleh sya sempena Sambutan Bulan Ramadhan.. kepada rakan-rakan yang ada ucapan-ucapan yang menarik bolehlah kongsikan di sini... okey... :)

Ucapan SMS
Sempena Ramadhan
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas
Tirai Syaaban telah berlabuh,
Lambaian Ramadhan sudah tiba,
Luhur hati ikhlaskan amalan ibadah.
Selamat menunaikan ibadah puasa
Dan Salam Ramadhan Al-Mubarak.
Memohon kemaafan dari hati yang
ikhlas atas kesalahan selama ini
Baik yang besar ataupun kecil.
Yang Nampak ataupun tak nampak
Dan kalau ada tersalah cakap atau menyakitkan hati
Harap dimaafkan.

Jika HATI sejernih AIR, Jangan dibiar ia KERUH
Jika HATI seputih AWAN, Jangan biar ia MENDUNG,
Jika HATI seindah BULAN, Kekalkan ia dengan IMAN.
SALAM RAMADHAN.

Indahnya DUNIA hanya sementara,
Indahnya saat GEMBIRA hanya seketika,
Indahnya MIMPI kadang-kadang tak pasti, tapi
Indahnya Ramadhan tak dapat ditukar ganti
SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

Dalam senyum ada lukanya
Dalam gembira ada sendunya
Dalam pahit ada manisnya
Dalam semanis kurma ada ustaz dan ustazahnya
Hehe  Semoga ibadah kita diterima-Nya
Dan mendapat keberkatan dari-Nya
Salam Ramadhan Al-Mubarak

Bulan Ramadhan telah tiba
Ampun dan maaf pada semua
Atas segala salah silap dan kata-kata
Moga ibadah puasa kita akan diberkati oleh-Nya
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
SALAM RAMADHAN buat semua....^__^
RAMADAN- jangan laburkan duit untuk puaskan perut... inilah masanya belanjakan wang untuk merawat hati,jiwa dan minda... masa terbaik buat roh menikmati 'hidangan' lazat-majlis ilmu,sedekah,solat sunat,qiamullail dll... SELAMAT BERPUASA... semoga mendapat keampunan Ilahi...
Salam, Selamat menyambut kedatangan Ramadhan yang amat dirindui,
Semoga amalan kita lebih berlipat ganda berbanding tahun-tahun sebelumnya. Amin

Selamat berpuasa pada semua saudara2ku sahabat handaiku. semoga ramadhan kali ini kita beroleh sesuatu yang berharga daripada Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..

1 comment:

  1. slmt brpuasa =)
    jgn puasa yang yok sudaa..hehe~

    ReplyDelete

MSG-Zone

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket