Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber

Friday, August 12, 2011

Lagu Merdeka Pilihan - Sudirman - Warisan + Lirik Lagu

Assalamualaikum Semua rakyat Malaysia.. :)

Tujuan join segmen ini adalah untuk menaikkan mood sambutan hari Kebangsaan kita. Secara tidak langsung kita dapat merasai semangat kemerdekaan itu sendiri. Untungnya kita tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan kemerdekaan seperti orang-orang dulu, sebab kita dilahirkan selepas merdeka. Tapi apakah kemerdekaan dan keamanan yang kita kecapi ini akan berkekalan? Apakah peranan kita generasi kini untuk mempertahankan keamanan dan kemerdekaan ini?

Oklah persoalan-persoalan itu anda sendirilah jawab... Berbalik kepada lagu merdeka pilihan, saya telah memilih lagu dari Sudirman yang bertajuk Warisan. Kenapa saya pilih lagu ini? Jawapan saya ialah kerana kita telah diwariskan dengan kemerdekaan. Dan sebagai rakyat yang bertanggungjawab kita perlu mempertahankan kemerdekaan tersebut dengan cara kita sendiri. Tidak semestinya kita menjadi tentera sahaja, Doktor, Guru, Arkitek dan semua pekerjaan menyumbang kepada mempertahankan kemerdekaan.. Walaupun dia bekerja sebagai penyapu sampah di tepi jalan.. semuanya menyumbang kepada kesejahteraan negara...Kepada rakan-rakan blogger yang ingin join segmen ini bolehlah klik pada gambar di bawah ini. Semoga semangat kita terus tersemat dihati...


Sudirman Warisan





Disini Lahirnya Sebuah Cinta
Yang Murni Abadi Sejati
Disini Tersemai Cita-cita
Bercambah Menjadi Warisan

( korus )

Andai Ku Terbuang Tak Diterima
Andai Aku Disingkirkan
Kemana Harusku Bawakan
Kemana Harusku Semaikan Cinta Ini

Betapa
Dibumi Ini Ku Melangkah
Keutara Selatan Timur dan Barat
Ku Jejaki

Aku
Bukanlah Seorang Perwira
Gagah Menghunus Senjata
Namun Hati Rela Berjuang
Walau Dengan Cara Sendiri
Demi Cinta Ini

( ulang korus )

Ku Ingin Kotakan Seribu Janji
Sepanjang Kedewasaan Ini
Ku Ingin Sampaikan Pesanan
Akulah Penyambung Warisan

16 comments:

  1. @cik idora ye sy pun suka lagu nie... memberi semangat... untuk terus berjuang..... walaupun dengan cara kita sendiri namun matlamatnya tetap sama iaitu demi negara kita Malaysia.

    ReplyDelete
  2. wa nanges wo dengar lagu ni..
    BTW,thanx SUPPORT!

    ReplyDelete
  3. @My Name is Mar Kalau kemerdekaan dan keamanan terlepas dari gengaman bukan setakat nangis... meraung terus... hehe... Semangat Merdeka... :)

    ReplyDelete
  4. sy pun ada join segmen Mar ni :)

    lagu ni best jgk..selamat hari merdeka ^^

    ReplyDelete
  5. @[sutera kasih] Hehe... bagus-bagus semangat kena ada... Salam kemerdekaan untuk Sutera Kasih... :)

    ReplyDelete
  6. singgah n tngk lgu pilihan.. same lak lgu kite.. salam prknalan juge..

    ReplyDelete
  7. @sue perbs.. Hehe sama ek... lagu ni memberi motivasi, menaikkan semangat... Salam kemerdekaan..

    ReplyDelete
  8. aq lh penyambung warisan
    MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kita akan terus mewariskan kemerekaan kita kepada generasi akan datang....

      Delete
  9. Replies
    1. Salam Kemerdekaan :)
      Bersama kita menjaga negara kita yg tercinta..

      Delete
  10. Sapa tekan link ni bagus dapat tengok comment dari 10 tahun lepas.

    ReplyDelete
  11. Selamat berpuasa pada 10 march ni dan jangan pulak tak puasa kang aku datang melawat. Bye

    ReplyDelete

MSG-Zone

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket

Blog Untuk Download